Jun 10, 2012

First Post After PASUM Life

Assalamualaikum dan Hye. Salam sejahtera dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah di UM.

Kalau blogger feymes mesti akan cakap Sorry uolls dah lama I tak update blog. I buzy dengan exams, photoshoot, kerja, assignment bla bla bla etc.. Haha. Tapi tu blog mereka. Bukan blog Aqila Syahiena.

Dah dua minggu ++ saya tak bukak blog dan taip menda merepek. Sejak jadi student Pasum nie jadual memang pack.  Seminggu saya kena jalani Minggu Haluansiswa (MHS) yang memang what the heck punya buzy nak mampuih. Orientasi yang memang horror dan kalau bebudak yang homesick tu tambah-tambah gila mereka punya juraian air mata. Ecewah haha. Tapi saya tak homesick tau. Kaki jer melecet-lecet sebab mengada jalan dari kolej ke Dewan Tunku Canselor pakai kasut baru yang masih keras kat bahagian belakang yang tutup tumit. Habis I jalan berdengkot yknowwww..

Niat nak cerita the whole story pasai MHS tu tapi malaslah pulak. Yeah dulu aku selalu kutuk blogger yang ada blog best-best tapi malas update. Asal bukak je entry lama yang tak berusik. Now I got the feelingsss.. Hahaha. Yeah buzy tahap infinity. During MHS, I woke up at 5.30 to rebut bilik mandi dan 6.15 dah kena turun bawah kat court untuk riadah. Fuh riadah pepagi buta memang tak syok. Dahlah ngantuk, gelap pulak tu. Tak boleh cuci mata tengok mamat-mamat encemm. Muahahaha joking joking. Eh fyi kan, saya pelajar Asasi Sains Hayat dimana populasi perempuan ialah tiga kali ganda dengan lelaki. Serius persaingan memang sengit. Muahahaha. Joking lagi.

Bila malam, selagi belum jam 12.45 jangan harap muka saya nak terpacul kat bilik. Bila dah jejak katil, mata secara otomatik akan digam sampai pagi dan bila dah cecah pukul 5.30, bangun dalam keadaan mengeluh sambil rasa nak cucuk mata biar terbukak. Itulah yang saya hadapi selama seminggu. Macam normal lah kan untuk ex budak asrama macam saya? Eh manade. Dah enam bulan jam biologi saya bertabur sejak duduk rumah tau. Selagi tak jejak pukul 12 tengahari selagi itu saya berjoging atas katil. Heheheww.

Mujurlah MHS cuma seminggu. Kalau setahun, mahu jadi tengkorak saya yang segar bugar nie. Baru seminggu pun muka dah sunburn macam duduk Afrika je gayanya. Cisssss..


Mak saya kata saya anak Indon :(

Itu gambar masa Hari Sukan. Takyah bajet sangatlah kau padahal masuk sukaneka je pownnnnnn.. Kemain semangat saya main lari berganti-ganti passing telur tapi tak menang pun. Loser gila hukhuk. Down rasanya.






Sila perhati si tudung kelabu yang terkinja-kinja melompat itu.


Sorry its a lil bit blur. Saya scan semua gambar tu. Itu gambar sel saya, H7. Kami dari company H. Paham tak? Ada lapan company kat sini, A B C D E F G dan H. Setiap satu company ada enam hingga tujuh sel. Setiap sel ada 15 hingga 30 ahli. Gedditt?? Nampak tak nampak betapa ramainya makhluk Allah kat sini. It was like mustahil lerrr nak kenal dengan almost 2000 people dalam masa setahun kat sini..




Itu roommate saya. Zakiah Hanum. Random je pilih roommate masa daftar haritu and alhamdulillah I felt shoooo happy for getting a roommate like her! She's kind, generous, understanding and tak homesick walaupun tak pernah duduk asrama sebelum nih. Teheeeee. Bersyukur sangat sebab saya jenis takut nak memujuk orang homesick nih. Silap-silap tak tido malam nak pujuk orang tu jangan nanges. Pergh jahat gila kau... Tak sedar diri Form 1 dulu kemain lagi nanges sorok-sorok tepi tingkap..




Itu kawan baru. Adillah Farhana. Teheee joking jokinggg she's my schoolmate kat maktab dulu. Saje gedeh bebenor posing depan signboard taman je punnnnn..








Gambar itu sewaktu kami buat rombongan cik kiah ke Stesen Angkasapuri RTM. Ecewahhh bunyik macam bajet sangat. Tak masuk tb pun muka cun melecun nih. Jadi penonton untuk program Bicara Kampus je. Muahaha.. Tapi a lil bit syiok sebab merasa nak naik bas UM yang gagah tu. So kalau sape-sape usha TV1  dan nampak kelibat tudung bintik-bintik macam di atas ni nanti calling-calling kita tau tau! Muka tak dapat masuk, tudung pun jadi lewrrrrr.. Dasar suka mencari publisiti lah kau ni.




Itu ketika pulang dari kuliah hari keberapa pun aku tak hengat. First day kuliah ada jugak amik gambar tapi taknak upload sebab tudung saya serebeh macam tak reti pakai tudung. First impression tu penting kata orang. Tapi saya kata don't judge the book by its cover. Wakaka.

Ada banyak cerita. Banyak benda yang terjadi tapi tipulah kalau aku cakap aku gagah nak menaip panjang-panjang. Ini pun sebab ada kat rumah, thats why boleh update blog. Walaupun kat sana wifi 24/7 ada, tetap susah nak update sebab budak lelaki macam mintak penyepak je asyik download movie then main game. Itu akan affected kelajuan wifi yknowwww.. Kalau nak wifi laju, bukak internet time subuh-subuh buta. Confirm semua tak celik mata lagi time tu. Kantoiiiii dorang bangun lambat dan secara tak langsung menunjukkan yang aku bangun awal. Eheh.

Owh lupa. Kita pakai contact lens tau sekarang. Hihi :)




* * * * * * * * * * * *

Ringtone Big Bang-Blue berbunyi.

2/6/2012 : Helo assalamualaikum. Camne duduk UM? Cite lah sikit!

7/6/2012 : Belajar leklok, jangan tido lambat. Esok pagi kejut aku sampai bangun.

The list goes on. 


No comments: