Jun 19, 2012

Masa Peribadi Yang Kian Sempit..

Assalamualaikum dan Hye. Suria pagi memancar lesu pada mata aku pagi tadi. Terasa macam nak terjun tingkat bawah dan menyorok masuk semak. Taknak bangun pagi pergi kuliah punya hal.

Masaklah gini. Baru dua hari cek dah kelam kabut mandi pagi bangun lewat punya hal. Kalau time-time bulan mengambang nie memang bangun lewat je kerjanya. Uhuhuk. Kalau sebut pasal ciri-ciri anak dara millenium, buat-buat tak terasa jelah. Hahaha.

Bila aku kenang memori semalam, rasa nak tumbuh bisul kat muka nie. Malu punya hal. Time nak carik makmal biologi aku sesat sampai pusing seluruh bangunan Pasum and AAJ. Dahtu buat muka eksaited kemain masuk kelas Alam Bina. Malu bai, malu! Manade budak Alam Bina belajar pakai lab coat! Paling-paling aku tengok jiran bilik sebelah pun lukis pelan pakai telekung je. Tawaduk habis kot, entahlah. Heheww. Then buat muka innocent habis aku chow dari kelas tu. Aku dengar dari jauh hamba-hamba Allah itu gelakkan aku. Ceh.

Hari ini akhirnya aku berjumpa dengan ahli group R1 masa kelas MUET. Owh rupa-rupanya lelaki ada empat, bukan tiga. Hehehewww. Maka kiranya hamba  menyimpulkan bahawa kaum adam masih lagi di takuk kepupusn globalisasi. Ayat karangan BM seyh. Rindu cikgu Jun, rindu cikgu Eriza. Rindu nak berjiwang karat tulis karangan BM waktu trial. Sampai terlebih patah perkataan pulak tu. Eheh. Eh tetiba.

Takde motif nak update blog sebab mood nak merepek takde lagi. Ini update pakai phone, so leceh gila. Kalau ada typo buat-buat tak nampak ok. Hihi. Neragaklah bro nak type perfect jer pakai android nih. Kematu tangan cek noh. Eh cakap Penang! Hahaha show off.

So sorry to MH sebab tak dapat nak send satu lagi chapter novel macam yang diminta setiap minggu. Aku buzy, nak bukak mailbox pun macam tak sempat. Baru hantar sinopsis dgn prolog yang dia sendiri tak paham. Muehehehe. Jiwa sains ada hati nak baca novel sastera beb. Nasib baik tak hujan batu. Terharu pun hado tulisan tulus aku nie ada orang yang nak baca. Sob sob :'(

Horizon Masa masih belum dihantar ke pihak yg sepatutnya. Aku nak edit sikit tapi takde masa. Penyakit M pun kronik jugakkkkkk.. Now, in progress for Deja Vu yg aku sendiri pening nak habiskan. Hehehewwwww.

Sekian, entry bajet femes. Bajet PM.

Lebih baik hidup berkalang tanah daripada mati berbau bangkai.

No comments: