Jun 14, 2012

Mentaliti Kini

Assalamualaikum dan Hye.

Selalunya kalau ikut kebiasaan saya akan post benda-benda yang happy dan seronok. Saya sangat sukakan kehidupan saya di PASUM tapi tipulah kalau sentiasa happy kan. Mestilah ada campur-campur perasaan sikit. Ada pasang surutnya.

Disebabkan saya dah berumur lapan belas tahun, saya mula melihat dunia ini dengan perspektif baru. Banyak perkara yang sebelum ni saya rasa macam a big thing tapi sebenarnya kecik je kalau nak dibandingkan dengan perkara lain. Now there's one thing that disturbed my mind most - Couple.

Haha macam lawak. Apakejadahnya pulak lah benda ni nak mengusutkan kepala.

Sebelum ini saya tak pernah kisah kalau orang tanya ada couple ke? Saya angguk then senyum macam apa je pastu gelak. Then cover-cover cakap aku ni manade cantik, manade orang nak kat aku bla bla bla etc. Tapi bila sekarang saya bukak mata dan lihat dunia keliling, saya perasan satu benda. Kebanyakan remaja seusia saya semuanya dah ada yang punya. Tak kiralah serius ke flirting ke tapi mesti dah ada. Aqila Syahiena? Jalan sengsorang then makanan pun beli kat cafe bungkus bawak masuk bilik. Pastu gelak sengsorang baca 9Gag padahal tutorial berlambak kat meja.

Itu namanya hidup orang bujang. Eh tak. Hidup orang keseorangan. Heheheww.

Then aku mula tertanya-tanya. Kenapa aku masih single? Kenapa aku tak tergerak hati nak bercouple macam orang lain? Perghhh ayat kau Qila oi nak kontroversi je kannn...

Tipulah kalau cakap saya tak terasa tengok kawan-kawan bahagia dengan lovelife mereka. Tipulah cakap kalau saya tak terasa nak pandang muka sepuluh kali kat cermin kot-kotlah hodoh sangat sampai takde siapa yang nak ajak couple. Tipulah kalau saya seronok cuci mata tengok lelaki macam kpop tapi sebenarnya lelaki tu tak perasan saya pun.

Saya tak tipu, kadang-kadang saya tak suka dengan keadaan ini. Saya tak suka perasaan bahawa saya ini sebenarnya forever alone dengan umur seperti ini.

Saya mula rasa macam loser sangat sejak minggu lepas. Semasa di bilik auditorium saya dan Dillah sangat suka cuci mata tengok mamat-mamat handsome. Mengantuk punya hal, lecturer kengkadang sangat membosankan. Usha punya usha, mamat tu ada gambar perempuan dalam handphone dia. Ok fine. Usha punya usha mamat lain, dia ada pencil box teddy bear dengan tag tertulis save baik-baik. Ok fine sekali lagi. Nampaknya semua lelaki yang agak berkualiti telah dikebas orang. Hmmmmmmmph.

Bukanlah nak menggatal atau desperately nak ada boyfriend. Bukan juga nak yang handsome-handsome atau setailo mailo je. Bukan juga cuma nak couple buat cukup syarat je. Tidak tidak.

Saya cuma rasa agak tercicir dan tersisih dengan environment seperti ini. Sampaikan saya tertanya-tanya, sangat hodoh dan tidak menarikkah saya ini? Luar biasa sangatkah saya ini? Pelikkah perangai saya ini? Atau mentaliti saya yang tidak suka bercouple itu sebenarnya kolot??

Kalau jawapannya ayat terakhir itu, maknanya larangan Allah mendekati zina itu kolotlah? Janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik serta sebaliknya itu kolotlah? Tegahan Allah agar tidak bercinta sebelum berkahwin itu kolotlah? Love after marriage itu kolotlah? Begitu?

Saya kolotkah kerana takut untuk bercinta sebelum sampai masanya?

Saya ketinggalan zamankah kerana masih rasa kekok untuk bergaul mesra dengan boys yang saya tak berapa kenal?

Saya kunokah kerana masih single?

Atau sebenarnya mentaliti dan prinsip saya yang semakin goyah? Nauzubillah.

Saya mengaku saya takut sekiranya saya tidak akan bertemu dengan si dia. Saya takut untuk jadi andartu sampai tua. Saya takut saya tidak akan pernah mempunyai si dia. My future him.


* * * * * * * * * * * *

If you're single, don't ever think that nobody wants you. It is just Allah is buzy writing your greatest love story.

Insya Allah.






Motipp kau letak gambar besar dabak pulak ==;

No comments: