Jul 26, 2012

Cerita Jepun

Assalamualaikum.


Hanya terkenangkan zaman uniform sekolah


Dah lama sebenarnya entry nie tersimpan kat draft. Setiap kali aku nak sambung menaip, aku akan take a long time to type each words dan akan stop berkali-kali untuk tahan nafas sambil bayangkan perkataan yang sesuai untuk describe the whole scenes.


One short night. So short till I always wondering whether I'm just dreaming bout it or aku memang betul-betul dah buat kerja gila macam tu.


Never did such one crazy thing like that. Never came to my mind I would have a thought to do that. Even in my dream, I never got the guts to follow my heart and  leave every rational words my mind spoken.


Perhaps I read too many komik Jepun yang membuatkan aku terlebih determination untuk kejar apa yang hampir hilang. Till I lose my sanity. Yelah kot.


Kalau dah namanya menapak dari KL-Shah Alam malam-malam buta dan pulang semula awal subuh, tak ke insanity namanya?


Ini perkara paling ekstrem pernah aku buat, setakat inilah. Tapi lepas-lepas nie takde jaminan aku takkan buat lagi.


* * * * * * * * * *


( i )


Menapak dari UM ke pasar Kg Kerinchi dengan Dila, Hanum dan several boys geng audi.


" Kau serius? Harini jugak?"


Ha laaa. Hang ingat aku buat cerita gebang? Aku serius weh.


" Esok tak boleh? Ni dah nak malam, pastu camne kita nak balik? Kau jangan buat gila Qila, kau serius ke?"


Astaghfirullah. Budak nie ingat aku trolol ke dengan muka penuh nekad cam gini. Aku dah lama gila tak jalan Shah Alam cuci-cuci mata window shopping. Aku pergi sebab nak berjalan. Yes, nak berjalan. Berjalan je.


" Kau nekad habis ke ni? Aku on je kalau kau ajak. Tapi call dia dulu, takut datang sana dia takde. Dia jalan gi JJ malam nie kan? "


Tersenyum lebar aku dengar ayat persetujuan Dila. Terlompat di tepi jalan sambil Maddil pandang pelik kat aku. Dalam kepala dah terbayang syoknya berjalan malam-malam pusing JJ. Tengok baju. Tengok makanan. Tengok orang. Hmm, orang.


Tengok dia.


Truttt trutttt..


" Hello? Kenapa Qila? " Panggilan berjawab di sebelah sana.


" Hello. Malam nie aku turun Shah Alam. Jumpa aku kat sana ye. "


Letak gagang several minutes later. With a glory smile I myself couldn't hide it.


* * * * * * * * * *

( ii )


Aku dan Dila menapak turun dari bilik jam sembilan malam mencari teksi dengan penuh harapan untuk kejar masa. Harapan semoga sampai sana sebelum sebelas malam. Sampai ke KL Sentral kira-kira jam sepuluh. Sementara tunggu KTM KL Sentral-Port Klang sampai, aku dan Dila duduk menunggu di subway yang sesak. Berhimpit-himpit dan seriously panas waktu tu. Tapi bila aku genggam tangan sendiri, terasa sejuk semacam.


God, why can't I get rid of these feelings?


Perasaan ini memang kuat selama ini. Tapi aku sendiri tak paham kenapa malam tu lain macam kuatnya. Kalau aku nie gila tak penyabar plus tak pikir duit, dah lama aku cekau teksi sampai Shah Alam. Tak kuasa nak naik KTM bagai. Pokai tak pokai lain cerita. Tapi alhamdulillah aku masih ada sense of sanity walaupun dah tinggal suku.


" Dila, tu macam Raven je? Cer tengok. "


" Mana mana? " Tu haaaaaa.. Aku tuding jari kat arah sana then Dila berpaling.


Oh great. Memang dorang. Raven dan Azila.


It was like ' MATILAH AKU KALAU DORANG TANYA AKU NAK KEMANA MALAM NIE....!! '


A bundle of chit chat between three of them and I was standing static. Mencelah mana yang perlu dan lebih banyak tersenyum ketawa separuh-separuh. Separuh lagi aku melayang-layang fikirkan apa yang akan jadi the next hours.


Yeah after four months since amik result SPM. Peoples do changed right? Hope not.


" What the??? Qila are you serious???? Korang nie ada pape ke??????? "


Hah itu dia. Aku dah kata confirm terkejut beruk kalau dorang tau nie.


* * * * * * * * * *

( iii )


" Aku dah sampai. "


Elok je sebelum turun dari teksi, pakcik teksi tu tanya aku nak balik naik apa. I was like " Errr.. "


Sumpah baru aku teringat camne nak balik. Masa nak pergi kemain lagi redah harung semua benda asal sampai sana dengan selamat. Tapi bila pakcik tu dah start cakap pasal kes rogol lah culik lah etc, aku jadi kecut perut. Tambah-tambah tengok jam dah cecah sebelas lebih.


What the hell am I doing??


Travel KL-Shah Alam malam-malam buta semata-mata sebab ikutkan perasaan.


Tapi takkan aku nak tunjuk kat Dila yang aku pun sama cuak macam dia. Tipulah cakap aku tak takut waktu tu. Tapi nak patah balik memang dah takde masa. Buang duit, buang tenaga, buang masa, buang segala-galanya. 


Buang peluang.


" Hello, aku dah kat depan JJ nie. Kau balik nanti sekali dengan kitorang boleh? Aku tumpang tidur rumah Maman je. "


Lega bila orang di talian sebelah sana kata " Ok jangan risau. Nanti kau balik sekali dengan aku ".


" Err pakcik. Takpelah kitorang turun sini. Nanti kitorang balik sekali dengan kawan, tumpang tidur tempat dia. "


And here I am. Walking, with Dila beside me menuju ke pintu masuk JJ. Terus naik ke tingkat satu sebab dia kata dia sudah tunggu aku di sana.


Buat pertama kali aku rasa aku punya 'tunggu' selama dua tahun tu macam sangat bahagia.


* * * * * * * * * *

( iv )


" Sampai pun, ingatkan tak sampai tadi. "


I smiled. Yeah you donno what have we been through untuk sampai ke sini. Aku pandang Dila dan senyum, sebab cuma dia yang paham apa yang aku rasa waktu tu.


Several months, yet he still look the same as I saw last November. Masih dengan tracksuit dan t-shirt biru dia yang dah dua tahun aku nampak dia pakai. Rambut pun sama, masih serabai macam tak sikat. Muka pulak nampak sangat tak cukup tidur but his smile, yes his smile. Itu yang buat aku rasa gembira sebab sekurang-kurangnya dia sambut aku waktu tu dengan senyuman sama macam yang pernah aku nampak selama dua tahun aku kenal dia.


At that time, I supposed to " Weh lama gila tak jumpa kau! " or " Makin kurus kan aku sekarang? " or even " Kenapa aku asyik nampak kau pakai t-shirt sama je nie? "  etc etc. Tapi tak. Aku tak cakap camtu.


I tend to say nothing. 


Yeah I say it best when I say nothing at all. Cuma orang memang selalu tak paham bila kita tak terjemahkan dalam bentuk kata-kata.


" Terkejut aku waktu kau cakap kau nak datang. Dahlah dua orang je, risau betul aku. Jomlah tengok midnight movie. Kitorang tengok Spiderman. Meh aku teman beli tiket. Carik seat dekat sikit dengan kitorang. "


Dila and I looked at each other. She was grinning. I was smiling. Err, sort of lah kan walaupun senget sebelah.


An hour later, " Eh eh. Orang tu dah tido ke?? " Aku sendiri tak sedar bila aku tertidur.


* * * * * * * * * *

(v)


" Nak balik naik apa nie? "


" Haha. Sorylah Qila, malam-malam camnie mana ada teksi. Kita jalan kaki je tau. Bolehlah tahan jauh dia.. "


Are you kidding me?


Huh.


Selamat sudah aku dan Dila menapak merentas highway sepanjang lima kilometer jam tiga setengah pagi.


" Assalamualaikum... Maman oh Maman.. "


* * * * * * * * * *

(vi)


" Nak makan jomlah. Aku temankan kau makan kat kedai. Kau lapar kan? " Dengar je perkataan makan, mata aku bling bling.


Aku berusaha memujuk Dila yang mata dah tinggal suku terbukak untuk temankan aku turun kedai mamak jam empat pagi. Ikutkan akal yang tak waras, aku selimutkan je budak nie biar tidur terus then aku turun makan dengan orang tu. Tapi hey, bear in mind ok. Cukuplah kegilaan kau sampai di situ saja. Perasaan jangan diikutkan sangat.


Jam lima setengah pagi selepas itu.


" Bye bye.. Gudnight! Eh tak, gud morning! " Terus dia lari naik rumah dia. Aku balas balik ucapan itu dan terus tutup pintu. Senyum lagi.


Text message received : Salam, esok pagi jangan lupa kejut aku. Sebelum balik bagitau dulu :)


Macam apa entah kan kalau aku kata aku tak boleh tidur pagi tu. Selama ini tidur aku lena walaupun dia jauh dari aku. Tapi pagi itu aku tak boleh lelapkan mata langsung walaupun kaki Dila asyik menyepak aku di kala dia lena dibuai mimpi.


Tak boleh tidur bila bayangkan betapa dekatnya aku dengan dia pagi itu. Hanya selang beberapa meter.


Ah sudah. Setitis. Dua titis. Bertitis-titis.


* * * * * * * * * *

(vii)


" Qila, Dila, teksi aku dah sampai! "


Dalam kemamaian akibat tak tidur malam, aku sarung jeans dan tudung yang tak bertukar. Mandi pun tidak, terus grab baju Maman satu. Dila terkocoh-kocoh gosok gigi dan tukar baju. Terasa macam gadis-gadis setinggan kami ini. Tak mandi pagi.


Aku call banyak kali tak berangkat. Hmm tidur mati mungkin. Selepas semalaman aku membuli dia temankan aku makan nasik goreng sampai lima setengah pagi. 


Kali keempat aku call, baru berangkat. Suara bangun tidur. Sayangnya waktu itu aku baru lepas tutup pintu teksi sebab Maman kena cepat ke KL Sentral untuk terus balik rumah. Kalau aku buat tindakan drastik lari keluar dan terus naik ke pintu rumah Nombor 10 (mungkin, tak pasti) ketuk pintu dan ajak dia keluar sarapan sama-sama lalu ikut dia pulang ke Teluk Intan boleh juga. Ya kalau ikut kepala fantasi aku memang boleh. Tapi aku perlu rasional. Ya, aku perlu merasionalkan diri yang sudah tiga suku sejak malam tadi.


Tutup pintu teksi, turun di stesen KTM Padang Jawa dan terus ke KL Sentral. Hantar Maman pulang, naik LRT ke stesen Universiti dan terus amik bas ke UM. Tanpa menoleh ke belakang untuk elakkan rasa ingin berpatah balik.


Sayonara daisukina hito.


Saranghaeyo in silence.


We'll meet again. Maybe.

* * * * * * * * * *


Haah aku gila. Ya aku memang ikutkan perasaan waktu itu. Dan aku macam ada a lil bit sense of regret. Aku menyesal tapi tak menyesal pun ada gak. 


My heart says YES. My iman says NO.


Astaghfirullah.


Inilah nasib one-side-hand love. Hahaha :')


Dan aku tak salahkan dia kerana aku sendiri tak pernah bagitau apa-apa. Let the heart speak the loudest.


Ya aku berusaha. Tapi Allah yang lebih tahu akan jawapannya suatu hari nanti. I'll make sure I'll be prepared when that time comes. InsyaAllah.


Till then, saranghaeyo in silence again.




No comments: