Jul 2, 2012

Plastik

Assalamualaikum. Saturday is superlepak day.

Disebabkan hari ni mak Hanum nak datang, maka aku dan dia yang stay up sampai pukul empat pagi malam tadi terpaksa bangun jugak pukul sebelas walaupun mata begitu mendesak untuk terus tertutup dan mimpi terhenti pad a bab kesebelas. Ala ala drama indon punya sinetron.

Hasilnya, dua orang anak dara millenium yang agak hipokrit pun mula bertungkus lumus membanting tulang mengemas bilik agar satu kutil habuk pun tarak. Semuanya dilakukan agar first impression beliau ialah:

Ya rabbi ya karim.. Rajin betul budak budak ni mengemas. Siap hias pintu dgn kertas kaler kaler lagi. Eh eh apa ni? Amboooooooiiiiii bukan main lagi tampal tampal gambar kat meja belajar ye. Sejuk hati mak tengok korang ingat keluarga masing masing..


Teeeeettttttttt. Segala visual yg makcik lihat tu diusahakan sejam lepas.



Boys, kalau nampak pintu kaler kaler dari blok korang tu
silalah fahami ini bilik Aqila Syahiena dan Zakiah Hanum.



Ingatkan dah kemas baik punya bersih, mak dia pujilah sikit kerajinan kitorang nie.

Eh bersihnya bilik? Pagi tadi acik call suruh bangun dua dua tak angkat. Hah bangun lambat lah tu! Subuh pukul berapa entah anak dara dua orang nie. Eh eh tu kenapa banyak sangat baju bertimbun kat dalam bakul baju tu? Nie barapa minggu tak basuh ni? 


Ok foine makcik. Foineeeeeee.

No comments: