Aug 20, 2012

Salam Eid

Assalamualaikum. Salam Eid :)


Is it true that a girl who talks and laughs a lot will keep their tears and popped it out when no one can see her?


Bagi aku, itu fakta.


Owh this is raya mood! Okay I'm turning my mood upside down again. Huhuhuww.




Tahun ini baju aku plain saja. Bila pakai kaler putih krim plus corak bunga kecik kecik rasa macam suci semacam dan ayu jer. Ekekeke. Padahal sejam kemudian sibuk sental kain sebab dah kotor --'


Raya tahun ini macam biasa, takde apa-apa yang berubah atau istimewa pun. Apatah lagi bila teringat ayah aku tangguhkan operation dia semata-mata sebab taknak satu keluarga beraya kat hospital. Haah tears stremed down my face macam mintak tadah baldi. Ayah, how can I imagine my raya life without you??


Dan tahun ini, macam tahun-tahun sebelumnya aku balik ke Bukit Kapar yang cuma sepelaung dari rumah. Kalau aku jerit panggil atuk pun dia konfem boleh dengar biarpun sipi-sipi akibat masalah pendengaran yang dimiliki warga emas umumnya. Bila aku dok komplen, ayah tembak pakai ayat power.


"Nak sangat balik jauh-jauh, kahwin dengan orang utara sana."


Ayat cliche kan? --'


Perempuan - 18 - Kahwin. Hah itu memang sinonim. Bukannya orang dok kata " Bila nak kahwin nie?" tapi mereka akan kata " Alahai dah anak dara budak nie. Nanti patlimanam tahun lagi maknya boleh angkat menantu yeeeeeeeeee... " ( Disulami sengihan dan volume suara yang tak terkawal sambil usap usap lengan aku )


Tak paham betul.


Ma, seramnya nak amik Medic --'

No comments: