Oct 16, 2012

Dinner At Food Village, Kolej Za'ba

Assalamualaikum.


Jadi ceritanya malam semalam aku beserta tiga orang anakku yakni Danial, Syiru dan Dila mengada-ngada nak makan malam di Food Village. Farah kecik pun join sekaki. Disebabkan kira-kira sebulan lepas aku ternampak Food Village ni, terus rasa teringin nak makan situ tapi kolej empat sangat jauh dari kolej 12. Ketar lutut mak woi nak jalan situ. Tapi mujurlah Danial dikurniakan keizinan untuk bawak kereta walaupun secara haaram. Makanya apalagi, pergunakan dia secukupnya. Guna kereta dia sehabis mungkin. Muahahaha.


Rasanya akulah yang bertanggungjawab mengajar mereka
menjadi camwhore..

At eight o clock Danial already in his car, waiting for us. Aku yang kaki siap lambat ni pun turun awal. Makan lah katakan. Then terus pergi kolej empat untuk memuaskan nafsu makan. Sebagai salah seorang warga varsiti UM, aku rasa bangga bebenor adanya Food Village ini. Food Village ni berbeza dengan kebanyakan kafe kolej. Suasana kat sini ala-ala kalau kau pergi Padang Kota kat Penang nu haa. Disebabkan kolej empat ni macam kat ceruk hutan sikit, so suasana kampung tu memang betul-betul terasa. Ada banyak food stall sekeliling dan kat tengah-tengah ada meja untuk makan. Eksklusif woi. Siap ada muzik latar belakang lagi tu. Kalaulah aku pergi sini dengan tunang ke hapa satu hari nanti........


Epic failed Qila. Epic failed. Kau single dan tak available untuk orang pandang pun. Fine.


See? Best kan suasana dia?



Aku nampak genetic inheritance disitu. Mungkinkah kami ini mitosis? Hmm



This blue one is Farah.


Ya meet the cacat Danial.

Hidangan aku malam itu ialah char kuey tiow. Hamekkau nak sangat merasa ala-ala Penang lah katakan. RM5 dan teramat sangat sedap. Berbaloi aku bersiap cantik-cantik dan tinggalkan semua buku-buku aku kesepian dahagakan perhatian. Muahahaha.


Lepas habis makan, Danial bawak pusing satu UM. Aku tetiba mengidam nak tengok Fakulti Perubatan terus suruh dia pusing masuk situ. Hebat tak hebat catalyst aku? Muahahaha lagi.


Jadi dipendekkan cerita disinilah kami.


One day will be. InsyaAllah..

Disebabkan keinginan dan sikap ingin tahu yang tinggi, kami berlima masuk ke dalam fakulti tersebut. Like seriously gelap gila plus haram kot menceroboh masuk. Tapi aku peduli apa. Aku punya sukalah nak masuk lagipun aku ni warga UM jugak cuma tak sah umur mengundi je. Pro Mahasiswa lepas ni tolonglah consider pasal budak Asasi sikit ye?


Lima orang budak jahat ini masuk dan merayap kat sekitar fakulti. Tengah cool jalan tiba-tiba si Danial tarik tangan aku (baca : lengan baju) "Mak mak Danial takut mak.." Kurang hajo punya anak. Kebetulan lorong yang kitorang lalu teramatlah gelap dan sunyi. Memula aku cool je tetiba aku nampak Danial, Farah dgn Syiru dah bukak langkah seribu. Apalagi aku dgn Dila pun joinlah lari. Ketar lutut kot tetiba dorang berdesup lari! Admitlah, cool mana pun kau mesti taknak kena tinggal punya bila semua orang pecut lari..


Di tangga yang maha sunyi lagi sepi.

Lepas puas berlari-lari anak macam orang gila, budak berlima ni turun untuk kembali ke pangkal jalan. Tetiba nampak pakguard jalan kat depan. Aku pandang dorang berempat, masing-masing muka cuak. Then pakguard tu macam syak something tapi aku cecepat bisik kat dorang. Lima saat kemudian, semua lari lintang-pukang ngalahkan kena kejar anjing. Danial terus start enjin kereta then pecut balik kolej. Semput kot!


Nak tau apa yang aku bisik kat dorang?


"Tegakkan badan korang. Jalan cool then pretend kita ni budak fakulti. Kalau dia tanya kau soalan, kau jawab je semua yg kau dah belajar dalam Bio!"


Tapi aku rasa pakguard zaman sekarang tak bodoh. Lagi-lagi pakguard UM.




YOLO. Thanks for reading! :P

No comments: