Nov 18, 2012

Anna's Memo

Assalamualaikum. Greetings.


Anna's here. She sat on her bed and opened her phone's memo. A sudden thought came across her mind. She quickly scrolled until she found this memo. 


She still keep this. Together with the others.



* * * * * * * * * *



Semalam aku mengetahui kau akan meninggalkan aku jauh di bumi India. Aku gembira dan dalam masa yang sama kesedihan menghimpitku. Gembira kerana akhirnya kau berjaya memperoleh apa yang kau inginkan. Sedih kerana kau akan meninggalkanku jauh di hadapan.


Berkali aku berusaha mengejarmu namun tidak pernah tercapai. Kau seolah-olah ditakdirkan untuk terus berlari dihadapanku dan aku dibelakang mengejar walaupun lelah mendatang. Lelah itu sering kutepis jauh kerana apa yang aku tahu, aku ingin sekali berlari seiring denganmu biarpun jalan kita mungkin tidak sehaluan.


Kau telah memilih jalanmu dan aku memilih jalanku. Dalam hati aku tanamkan semoga jalan kita akan bertemu dan aku akan sentiasa berlari disisimu tanpa perlu mencari hilangnya dirimu. Biarpun aku mungkin akan terjatuh berkali-kali, aku harap kau akan sudi berhenti sebentar untuk menyambutku.


Aku melepaskanmu pergi jauh agar kau dapat mencapai impian serta merealisasikan mimpimu. Aku gembira atas pilihan yang kau buat. Aku berharap walau jauh mana kau melata, kau akan mengingati aku disini, tertinggal di bumi Malaysia. 


Bila tiba waktunya, aku akan menantimu di tanah air dengan hati dan perasaan yang masih sama. Berharap itulah detik jalan kita akan bertemu dan berakhir bersama.


11/10/2012 6:32


* * * * * * * * * *


She closed her phone. Grabbed her pillow and hugged it tightly. No warm fluids streamed down her cheeks. Not at all. Its just an unpleasent annoying sadness in her heart. 


Maybe, just maybe. She still feel his presence in Malaysia.


No comments: