Dec 1, 2012

Change

Assalamualaikum.


Dah lama tak online Facebook. Twitter pulak aku dah uninstalled dari phone. No source of entertainment langsung minggu ni tapi aku bahagia je. I can live without those hahaha.


Tapi tadi aku online kejap sebab junior STAR ajak sembang. Lama tak sembang dengan Nazrul ni. Kalau dulu aku dengan dia macam belangkas. Suka sangat bersembang. Dulu kat STAR aku rapat dengan ramai junior walaupun aku bukan senior yang baik. Hahaha. Senior yang baik takkan buat junior menangis sampai keluar asrama hokey. And senior yang baik takkan tadah air mata junior pakai sudu dengan baldi. Ehehe kantoi.


Tapi itu dulu. Zaman-zaman aku tak boleh beza baik buruk. Zaman-zaman aku buat semua benda ikut kepala aku sendiri. Sekarang semua dah membesar. Semua dah berubah. Semua dah boleh fikir apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat. 


Alhamdulillah aku pun turut membesar bersama mereka.


Lepas aku sembang dengan Nazrul, ingat nak offline sebab dah lama sangat aku online. Tetiba adik angkat aku zaman sekolah kat STAR dulu ajak sembang. Ilham mintak pendapat aku pasal course yang dia nak amik nanti. Ilham kata dia minat akaun. Aku pun advice lah dia macam-macam. Dulu Ilham ni comel je. Suka mengada-ngada dekat aku sebab dia takde kakak. Hahaha. Aku ingat lagi dulu aku dengan Ilham ni macam in a relationship. Mana taknya dia je yang aku ada masa tu. Ke hulu hilir aku dengan dia. Ilham pun sabar je melayan aku yang tak rupa lebih tua ni. Tapi sekejap je. Lepas Ilham couple dengan junior aku, terus kitorang renggang. Waktu form four aku pindah Pasir Salak. Sebelum aku pindah Ilham ada jumpa aku tapi masa tu aku dah membesar bersama usia jadinya aku malu dengan dia masa tu wakakaka hebak gilo mung Qila hoi..


Sedar tak sedar, dah bertahun aku tak jumpa Ilham. Entah macam mana rupa adik aku ni pun aku tak pasti. Dulu Ilham pernah mesej aku tapi lepas tu entah macam mana lost contact. 


Then masa aku nak offline lagi, Fadhli pulak masuk IM aku. Fadhli dulu classmate aku dari form one sampai form three. The only one yang tak pernah kisah kalau aku marah-marah dia dari dulu sampai sekarang. Dulu dia suka panggil aku gangster. Sampai sekarang pun dia masih rajin panggil aku camtu.


Lepas berapa jam aku sembang dengan orang-orang ni, baru aku teringat something.


Aku boleh bersembang dengan orang-orang lama yang pernah ada dalam hidup aku macam kitorang tak pernah terpisah.


Kenangan lama itu walaupun pahit, bila dah dibawa pergi oleh masa sebenarnya boleh tukar jadi sesuatu yang manis. 


Dulu aku pernah menangis. Semua orang pernah menangis. Dulu aku pernah kecewa. Semua orang pernah kecewa. Dulu aku pernah putus cinta sekali. Semua orang pernah putus cinta sekali. Dulu aku pernah gembira. Dan semua orang semestinya pernah gembira.


Yang dulu itu, kadangkala banyak membentuk siapa diri kita hari ini.


STAR



Pasir Salak



UM


Membesar bersama masa dan usia. Dan membawa segala yang lama itu sebagai kenangan. Nak simpan atau tidak, terpulang kepada kau. Tapi bagi aku, aku simpan semua.







* * * * * * * * * *


.. When violet eyes got brighter, and heavy wings got lighter, I'll taste the sky and feel alive again.
And I'll forget the world that I knew but I swear I won't forget you.
If my voive could reach back through the past, I'll whisper in your ear,
" I WISH YOU WERE HERE " ..


* * * * * * * * * *



I wish you were here.


Semua yang pernah ada dalam hidup aku hingga kini.


No comments: