Nov 30, 2012

Hadapi Kesedihan

Assalamualaikum. Blissful day of Friday.


Menaip dalam keadaan kedua belah betis sakit dan pergelangan kaki kiri terseliuh. Itulah padahnya bila ber-YOLO hari Selasa lepas. Mengeluh.


" Qila, Danial ajak tengok Breaking Dawn dengan Syiru sekali, nak tak? "


Laju kepala aku mengangguk. Teringat note yang aku highlight dekat buku ' JANGAN ENJOY ' tapi kalau dah suka berjalan tu berjalan jugak. Mengeluh lagi.


Jadi ceritanya selamat sudah ber-Breaking Dawn haritu. Aku keluar dengan Syiru, Dilla and Danial. Farah tak ikut sebab dah tengok dengan Amri dia. 





















Ololo cuwitnyeeee anak mama dua orang ni..


Habis tengok Breaking Dawn, temankan Danial carik highlight rambut dia. Balik UM pukul 9.30 malam. Tapi disebabkan teksi lalu jalan jauh, kitorang decide untuk turun kat Akademi Pengajian Islam and terus naik bukit simen. YOLO habis kau. Bukit tu dahlah gelap. Pohon pulak macam melambai-lambai sepi. Takut berulang balik tragedi malam kitorang ceroboh Fakulti Perubatan dulu tu je. Hewhew.


Dilla mengantuk. Danial penakut. Paranoid gila pasal hantu. Aku rasa nak sumbat mulut dia dengan kasut aku masa tu. Why ler Danial ni tak protective langsung -___-


Aku dengan Syiru paling awesome. Panjat bukit pakai heels. Sudahnya aku tak tahan sebab kaki dah sakit. Aku dengan Syiru bukak kasut and teruskan memanjat dengan kaki ayam. Awesome us are awesome. 


Sampai kat puncak, kitorang terus baring tengok langit. Ala-ala E.T gituww. Tapi Danial spoil gila. Sibuk nak menyempit celah kitorang sebab takut nak baring kat tepi. Risau sangat ada hantu kak limah sampuk dia. Aku rasa kalau ada pun hantu kak limah tu, dia gelak je tengok budak laki penakut mengalahkan orang perempuan. Amboih seronok bebenor aku mengutuk Danial ni al maklum lah dia takkan jumpa punya blog aku ni wakakakaka.


I love the precious beauty scenery at night when we saw it from the top of the hill =)




This is Kuala Lumpur at night. I wondered how Bangalore will look like at night. Is it the same as this? =(


Bila dah ada kat atas tu, kitorang main Truth or Dare. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa permainan itu sangat special. Sebab kadang kita rasa kita dah cukup kenal kawan kita tapi sebenarnya apa yang paling dia suka pun kita tak tahu. Macam masa aku main tu, baru aku tau Danial suka warna biru. Baru aku tau apa jenis orang yang Dilla tak suka. Baru aku tau Syiru punya kekecewaan yang terbesar. See? Dats why aku suka main permainan ni walaupun ada orang kata permainan ni tak best sebab kita kena dedahkan rahsia kita.


Bagi aku, tak semua perkara kita perlu simpan seorang. Kadang-kadang kita tak tahu ada orang yang sudi mendengar rahsia kita dan cukup amanah untuk rahsiakannya. Masa inilah kita kena belajar percaya. Belajar untuk menyimpan rahsia. Belajar untuk tunaikan amanah. Semua kita perlu belajar sebab itulah tujuan kita membesar. Belajar dan terus belajar. Two ways learning process. Apa yang kau beri, itulah apa yang kau akan terima. 


Prinsip hidup aku mudah. Kalau aku tak suka orang buat sesuatu perkara tu kat aku, maka aku pun takkan buat perkara yang sama pada dia. Easy as that. Jadi kalau aku tak suka orang bocorkan rahsia yang aku percaya dia akan menyimpannya, maka aku pun takkan bocorkan pada orang.


Thats why aku tak kisah main permainan ni. Teheee peace.


Aku tak tau apa yang Syiru, Dilla dengan Danial rasa tapi bagi aku, aku cukup gembira malam tu. Walaupun setiap kali kitorang berkumpul berempat mesti ada benda gila yang kitorang buat, aku tetap rasa yang gila itulah yang istimewa. Yang pelik itulah yang sebenarnya akan kita ingat. 


Berkumpul dengan dorang buatkan aku rasa aku masih kanak-kanak sekolah yang kerjanya asyik nak bersuka ria berjimba tak tentu hala. Masih lagi bersih dari fikirkan apa yang akan jadi hari esok. Bebas dari kerisauan pasal kehidupan yang memang tak pernah mudah. Memang orang kata bergembira tanpa fikirkan hari esok itu tak bagus. Tapi bagi aku, buat apa kau sibuk fikirkan hari esok dan kau tak nikmati hari ini yang kau masih ada tu? Kau yakin esok kau akan lebih gembira berbanding hari ini? Kau yakin esok kau mampu tersenyum kalau hari ini kau tak belajar senyum?


Dan yang paling penting, kau yakin esok masih ada untuk kau?


Dats why kita perlu nikmati hidup kita. Susah manapun, pahit manapun masa lalu seseorang tu tak bermakna dia tak berhak jalani kehidupan yang bahagia. Tak susah nak bahagia. Kau hanya perlu tunaikan kewajipan kepada Tuhan kau, hargai apa yang kau ada dan sentiasa nikmati apa yang kau hadapi.


Aku tak cakap hidup aku senang. Takde siapa yang punyai hidup senang. Tapi kalau hidup kita susah, pahit, perit, derita macam mana pun, kita punyai pilihan untuk jadikannya senang. Kalau kita kata kita mahu gembira, jalan itu sentiasa ada. Cuma perlu buka mata untuk sedar yang gembira dan bahagia itu ada dimana-mana. Sentiasa ada. 


Jangan butakan mata kau untuk melihat sisi yang positif dalam kehidupan pahit kau itu ok.


Bagi aku sendiri pun, aku tahu memang susah nak nampak kegembiraan masa kau tengah sedih. Aku pun, kalau tengah sedih memang aku rasa dunia ni tak indah langsung. Rasa suram je. Sama macam nak mencari kebahagiaan dalam musibah. Boleh kata macam mustahil je nak nampak. Tapi satu yang aku boleh cakap.


Teruskan je. Tutup mata kau terhadap kesedihan tu dan lakukan apa yang terlintas dalam fikiran kau. Sebab secara lumrahnya manusia memang akan mencari jalan untuk hilangkan kesedihan mereka. Lakukan apa yang kau rasa selama ini remeh pada pandangan mata kau. Contohnya, panjat bukit dengan kawan kau.  Jalan-jalan keliling taman. Beli air dan duduk tepi tasik. Tak pun, lawat jiran sebelah bilik kau dan ajak mereka tengok movie sama-sama walaupun sebelum ini kau tak pernah pun tegur mereka (akulah tu wakaka) Memang macam remeh temeh, tapi kalau kau betul-betul hargai saat yang kau habiskan dengan mereka, kau akan sedar yang kau masih boleh tersenyum. 


Macam yang aku kata, kadangkala yang gila dan pelik itulah yang sebenarnya membahagiakan kita =)


* * * * * * * * * *


Main reason kenapa aku relate panjat bukit dengan hadapi kesedihan ialah, aku sememangnya tengah bersedih masa dorang ajak keluar tengok movie tu. Dan waktu panjat bukit pun, kesedihan tu masih berganda. Tapi aku bersyukur kerana dah temui bahagia di atas bukit itu bersama mereka.


Kadangkala, kita tak keseorangan. Masih ada yang sudi bersama kita. Cuma kadang kita tak nampak.


1 comment:

Syahirah Nadiah MJ said...

Sumpah ni macam diary kita semua! After habis pasum, kalau rindu korang, ada jugak pengubatnya! Haha thanks Qila sebab catatkan semua ni LOL hahha :)