Nov 14, 2012

Keras Kepala

Assalamualaikum. Greetings.


" Ila selalu pelik dengan makcik-makcik ni. Suka jaja keburukan anak sendiri. Kadang tu siap lawan lagi banding-bandingkan anak siapa yang paling buruk perangainya. Kalau nak orang pandang anak dia sebagai seorang yang baik, kenapa mesti jaja keburukan anak sendiri? Itulah yang orang akan nampak. Keburukan, bukan kebaikan. "


Mama yang tengah drive tersenyum.


" Biasalah makcik-makcik kadang anggap benda tu gurauan.. "


" Gurau tak gurau pun, kalau orang sibuk mengata keburukan anak dia tau pulak dia nak marah "


Mama pusing stereng masuk selekoh.


" Kakak Nurul pun dulu pernah cakap camtu kat Wak Yah. Fikiran kamu dengan Kakak Nurul ni sama je. "


Aku yang tengah pandang jalan mula tersengih.


" Maknanya Ila ni sama keras kepala macam Kakak Nurul lah ye? "


" Keras kepala tu memang iye. Tapi mama rasa kamu lebih mirip macam Kakak Yan. "


" Mirip macam mana? "


" Keras kepala tu satu hal. Dah tu kamu tu suka ikut cakap sendiri je kadang-kadang. "


Aku buat muka toya.


" Bukan mama nak kata perangai tu tak bagus.. Cuma kamu kena guna keras kepala kamu tu kat tempat yang sepatutnya. Keras kepala tu yang buat kamu jadi tegas sebenarnya. Tak salah kamu nak keras kepala tapi janganlah sampai memudaratkan diri sendiri. Faham? "


Aku angguk je. Tapi dalam hati terfikir.


Keras kepala ke aku ni? Tetiba rasa sedih pulak bila mama label aku camtu.


Setahu aku, ada orang pernah cakap yang aku ni senang dibawak bincang. Tak cerewet kalau orang suruh buat apa-apa. Bila berkawan pun aku tak banyak songeh. Oranglah yang kata, bukan aku. Dah tu menatang mana datangnya keras kepala aku ni?


Mungkin dengan keluarga je kot aku keras kepala. Sebab aku anak sulung. Aku tak boleh lemah depan adik-adik aku. Mungkin jugak mama dan ayah yang sebenarnya tak pernah nampak side sebenar diri aku. Yang memang aku saja taknak tunjukkan kalau depan dorang.


Enam tahun duduk asrama. Membesar pun depan kawan, bukan depan mata mama dan ayah. Lebih banyak perkara yang aku kongsi dengan kawan berbanding keluarga sendiri. Even period pun kat asrama, bukan kat rumah.


Jadi kiranya aku membesar bukan disaksikan oleh mama dan ayah. Wajarlah kalau mereka tak begitu mengenali aku kan?


Sedih pulak tetiba. Hmm.


No comments: