Nov 21, 2012

Lantern

Assalamualaikum. Blissful day of Wednesday.


Aku try installed Blogger-droid sebelum ni untuk update blog ke dalam phone aku. Tapi tadi aku pinjam laptop Hanum untuk tengok blog aku, bum kebabooom rasa kecewa menyembah tanah. Blog aku buruk. Gambar tak tersusun, Semua serba tak kena. Disebabkan aku salah seorang penghidap minimum Obsessive Compulsive Disorder, aku edit balik semua entry yang aku publish pakai Blogger-droid. Lepas ni nak uninstall! Confirm. Biar update blog seminggu sekali pinjam laptop Hanum pun takpe janji aku bahagia dengan blog aku.


Itu bukan cerewet namanya. Kalau tak tahu apa itu Obsessive Compulsive Disorder (OCD), pegi Google. Guna kemudahan yang ada.


Dua tiga hari ini aku tidur awal. Lepas Maghrib aku dah syahid atas katil. Pukul sepuluh bangun untuk solat Isyak then sambung tidur balik. Sebenarnya takdelah penat mana pun minggu ni tapi disebabkan kelas tutorial dan amali tak mula lagi, maka banyak masa senggang yang pelajar Pasum ada. Di saat aku menaip entry ini, percayalah bahawasanya hampir 60% pelajar Pasum tengah online atau tidur. Selebihnya tengah berjoli kat Mid Valley. Tengok Breaking Dawn mungkin *sigh


Jadi ceritanya hari ini aku hanya ada dua lectures. Statistics and Probability dan Basic Physics 3. Tahap fokus aku sangat tinggi semasa lecture Statistics and Probability tapi semasa Basic Physics 3, aku sibuk tulis dalam notebook pasal barang-barang yang aku rancang nak kumpul duit dan beli. Tehee.


Selepas habis lecture tekak terasa macam nak makan wafel lalu Syiru dan Dilla temankan pergi Daily Fresh yang letaknya bersebelahan library. Dua minggu lebih aku mengidam nak makan wafel dengan aiskrim kat sini. Well, its Qila I'm talking about. The real Qila. Kuat makan tapi alhamdulillah with all His wills, tetap tak gemuk. Lol.


On the way going back to college, we saw Lantern Festival's site at Perdanasiswa. Ada banyak tanglung berbentuk naga, ular, singa and even khinzir -_-


Camwhore us will always be camwhore.






Alah tak clear lah pulak gambar atas sekali belah kanan tu. Ok this is it. Mempersembahkan.






Lol.


* * * * * * * * * *


Now I know the schedule. My Line will 'ping' after 2.00 am at Malaysia time. No matter we're in the same time zone or not, it will always be Bangalore whom sleep earlier than me -___-


No comments: