Nov 14, 2012

Masa Silam

Assalamualaikum. 


Menu sarapan hari ini ialah nasi lemak dan udang masak cili. Tung tang tung tang aku berhempas pulas kat dapur. Maklumlah jarang buat sarapan.


Keluarga aku merupakan salah satu keluarga yang tak bersarapan kat rumah. Boleh kata setiap hari mama dan ayah akan sarapan kat tempat kerja masing-masing. Tinggallah aku kesepian melangut takde makanan. K tipu padahal melangut kat katil muahaha.


Jadi ceritanya lepas aku kenyang bersajikan nasi lemak lauk udang dan secawan nescafe, aku terus masuk bilik untuk lipat selimut. Tiba-tiba mata terarah kat satu tempat.






Segaris senyum pahit untuk sesaat dua.


Dah bertahun aku letak kat sudut bilik dan tak pernah perasan pun kewujudan kotak tu. Tiba-tiba harini mata jadi sensitif nak pandang pulak.


Aku bukak almari dan keluarkan dua biji bantal yang dah bertahun jugak aku tak sentuh. Dua biji bantal yang datangnya bersama-sama kotak itu tiga tahun lepas.






Segaris senyuman pahit sekali lagi.


Kadang aku tertanya-tanya, masih ingatkah dia padaku lepas bertahun-tahun? Apa yang aku tau, sekarang dia masih lagi berbahagia dengan girlfriend zaman sekolahnya. Yang pasti seribu kali ganda lebih sepadan dengan dia.


Tapi itu cerita dulu. Antara aku dengan dia, dah ada satu ending yang nyata. Antara aku dengan dia, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Dia dengan kebahagiaan hidup dia. Aku dengan jalan nak capai kebahagiaan aku.


Sudahlah tu. Buang semua kenangan. Campak jauh-jauh benda yang dah tak berguna. 


First love is beautiful, but wasn't meaningful if it never gonna be the last love in one's life.


May happiness be with you all the time Hizamie. And for sure, it will never came from me. Never again.


No comments: