Nov 12, 2012

Minat


Assalamualaikum.


" Tadi kawan Ameen tanya pasal kakak. Dia tanya kakak ni baik ke tak, pandai masak ke tak. Ameen fikir camni hah. Kalau Ameen kata baik, nanti dia mintak nombor telefon kakak. So Ameen cakaplah yang kakak ni garang. Pernah tumbuk muka Ameen sampai patah gigi Ameen. "


Me was laughing till ma heart out of my rib cage.


" Pastu kawan kau tu cakap apa? "


" Dia kata hmm takpelah kalau camtu terima kasih je. "


Direct gila budak bawah umur nak nilai aku. Wakaka. Nasib baik aku bukan pedophile nak suka budak-budak ni (Lol padahal dalam hati suka gilaaaaa ada secret admirer!)






Dat black shirt one is my brother. Kalau dulu kecik-kecik dia langsung tak reti nak protect ke nak back up aku atau mak aku. Contoh camni hah.


Mama : Ameen tolong jagakan handbag mama dengan beg kakak ni kejap ye. Mama dengan kakak nak masuk kedai tu kejap.


Sejam kemudian.


Ameen : Mama nah beg mama dengan kakak ni.


Mama : Eh mama belum siap lagi ni. Peganglah kejap kenapa kamu bagi kat mama?


Ameen : Ameen nak masuk toilet kejap takkan nak bawak beg mama dengan kakak sekali.


-_____-


Tu dia cerita beberapa tahun lepas. Walaupun aku anak sulung tapi disebabkan aku ni perempuan, mama dengan ayah selalu anggap aku macam adik dan Ameen ialah abang. Dan disebabkan juga Ameen ni tak berapa nak ada kesedaran sivik lagi, aku tak pernah rasa selamat walaupun mama harapkan dia jaga aku dari sebarang bahaya. Lol sudahnya aku yang jaga diri aku sendiri.


Tapi sejak Ameen masuk SBPI Sabak Bernam, dia dah semakin boleh diharap untuk jaga aku dan mama kalau keluar dari rumah. Sekali lagi insiden macam kat atas tadi berlaku tapi dengan ending yang berbeza.


Mama : Ameen tolong pegangkan beg mama dengan kakak ni kejap.


Aku : Kalau ada orang call biar je tau! (Menyibuk)


Sejam kemudian.


Mama : Eh mana beg mama dengan kakak? Kamu tak pegangkan ke?


Ameen : Tadi Ameen pegi toilet kejap. Ameen simpan beg mama dengan kakak kat loker simpan barang yang ada guard tu.


^_____^

No comments: