Nov 12, 2012

Tanda Kasihku

Assalamualaikum. Greetings.


Sedang aku sibuk membasuh pinggan lepas makan nasi dan ikan gelama goreng, mama laung dari ruang tamu.


" Kak, mama teringin nak makan ikan pekasam kak.. Gorengkanlah mama ikan pekasam.. "


Waktu tu penat bermaharajalela dalam diri. Plan aku ialah lepas je makan, aku nak duduk depan tv sampai mengantuk then terus tidur. Walaupun hakikatnya aku dah tiga malam berjaga malam tak boleh tidur. Hewhew.


Jadi dalam hati aku rasa macam 'Alah penatnya nak masak. Bukannya aku reti pun ikan pekasam tu rupa apa' Aku pun jawab.


" Mana Ila reti ma.. " (Dengan muka malas dan nada yang annoying)


Selepas itu aku direct pergi masuk dalam bilik nak baring atas katil tapi suddenly aku terfikir sesuatu.


Selama aku duduk asrama dulu, kalau aku teringin nak makan ayam masak merah ke nasi lemak ke boleh je mama datang dari Meru ke Pasir Salak walaupun terpaksa bangun awal pagi semata-mata untuk masakkan aku. Jadi kenapa setakat ikan pekasam tu aku berkira pulak?


Tiba-tiba jugak aku rasa berdosa dengan ibu aku sendiri. Lapan belas tahun hidup ni, banyak ke perkara yang aku buat untuk gembirakan hati ibu aku? Layak ke kalau aku nak cium bau syurga dari tapak kaki beliau?


Teringat jugak blog Aliah Farhah yang aku baca minggu lepas. Her mother was sick and she tried everything to make her mother happy and well. She cooked for her, she took a good care of her and she even tweet bout her mother every single time. She loves her mother in whatever state her mother is.


Aku rasa malu dengan diri aku sendiri. Serius malu.


Jadi berbekalkan rasa kasih sayang aku pada mama, aku masakkan jugak ikan pekasam tu. Setakat belajar masak ikan pekasam, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang mama dah belajar untuk besarkan aku sampai aku jadi macam hari ini.


So I went back to the kitchen and grabbed some ikan pekasam in the fridge.


Ok macam gini rupanya ikan pekasam..





Bukannya aku tak reti masak. Cuma disebabkan aku tak berapa suka makan ikan dan daging, aku jarang masak apa-apa yang berkaitan ikan atau daging. Selalunya kalau aku ada kat rumah, menu utama untuk seminggu mesti ayam. Ayam ayam ayam ayam. Sampai perut adik-adik aku pun macam ayam. Hewhew.


Jadi itulah mukadimahnya kenapa aku tak pandai masak ikan pekasam. Rupa ikan tu pun aku baru kenal tadi.


Aku goreng secukup rasa dan bila aku dah siap, aku panggil mama untuk makan. Walaupun mungkin hanya sekadar ikan pekasam yang rasanya entah hapa-hapa, aku tetap masak dengan ikhlas. Berharap perasaan sayang aku itu tersalur pada mama melalui ikan pekasam ni.






Dan aku gembira mama makan dengan penuh selera.


Sampai ke saat ni aku tetap tak boleh nak hilangkan perasaan bersalah sebab terdetik dalam hati untuk malas turutkan permintaan mama itu tadi. Sungguh, aku masih jauh untuk jadi seorang anak yang baik.


Walau macam mana sekalipun seorang ibu tu, dia tetap insan yang telah melahirkan kita ke dunia ini. Syurga kita bawah telapak kaki mereka. Kalaulah syurga bawah tapak kaki pun kita malas nak hormat, toksah mengadalah nak cari pemilik tulang rusuk bagai. 


Aku sayangkan mama. Aku berharap aku sempat kecapi peluang untuk berusaha supaya suatu hari nanti, aku mampu mencium bau syurga bawah tapak kaki mama.


Dan aku berdoa semoga mama turut serta bersama-sama aku untuk mencium bau syurga itu. Amin.

No comments: