Nov 16, 2012

White Sari

Assalamualaikum. Greetings.


Menaip dalam keadaan mengesat hidung yang penuh dengan hingus sambil memangku kucing comel yang tak reti duduk diam. 


Baru terjaga dari tidur sebenarnya. Hari ini sepanjang siang aku temankan mama carik kain baju kat Jalan TAR. Disebabkan UM letaknya kat area-area situ je, serious aku rasa nak muntah dah ikut jalan yang sama je sepanjang dah enam bulan ni. Bosang bosang.


Jadi ceritanya mama nak carik kain sari untuk dibuat baju kurung. Entah berapa pasang beliau borong pun aku tak pasti. Yang aku tau, aku borong enam pasang jugak. Wakaka. 


Finally I met one sari I've been looking for. White sari. K fine warna putih tak menarik langsung tapi takpe aku suka. Sejak kebelakangan ni kebanyakan baju aku semuanya warna putih. Donno why but I kinda like it. Resembled pureness and fairness. Eh.


Ingat nak letak gambar sari putih tu tapi battery laptop tinggal 19 %. Malas.


Bila pandang sari teringat orang Bangalore. Aku ada kirim sari warna putih tapi nak sampai Malaysia jawabnya lima tahun lagi ler. Takpe cukup lima tahun aku tunggu. Eh eh.


Sebenarnya memang takde motif aku nak bercerita malam ni. Bukak Facebook takde menda. Bosang. Bukak Twitter pun takde menda. Bosang jugak. Nak bukak Line ke WhatsApp ke Instagram ke, wifi kat rumah takde. So bosang lagi. Sudahnya aku decide nak tido jelah.


Berharap hari esok dan seterusnya akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik.


Nighty night. Qila wanna have a long long sleep. Well you know me kan? =)

No comments: