Dec 3, 2012

From Qila To Syifa

Assalamualaikum. Bilssful Sunday.


Waktu aku jenguk jam kat tepi meja, dah pukul 8 malam. Bermakna dah berjam-jam aku menghadap lecture notes dan siapkan tutorial Basic Chemistry 3 sejak petang tadi. Tiba-tiba terdengar handphone Hanum berbunyi. Mak dia call. Terdengar Hanum cakap kat mak dia pasal telekung dia yang koyak masa masuk mesin basuh semalam. Aku teringat something.


Cepat-cepat turun bilik Dilla kat floor dua mintak jarum dengan benang dari Hajar. Bila naik bilik, aku terus grab telekung Hanum yang koyak tu dan terus jahit. Banyak jugak koyak dia. Around sepuluh gitu. Aku tau dah reaksi Hanum. Terus dia bangun dari meja nak grab telekung tu dari tangan aku. Katanya biar dia yang jahit sendiri. Aku bukan taknak bagi, tapi kalau aku bagi dia jahit sendiri alamatnya esok jugak dah kena beli telekung baru punya. Hewhew jangan marah Hanum.


Hanum merengek-rengek mintak telekung tu biar dia yang jahit tapi aku buat tak dengar. Aku tau dia rasa bersalah sebab takut dah menyusahkan aku. Jadi untuk kurangkan perasaan bersalah yang Hanum rasa, aku sumbat telinga dengan earphone and pasang lagu kuat-kuat serta teruskan menjahit dengan ayunya. Biar aku tak dengar langsung apa yang dia cakap. Sebenarnya aku tak rasa susah langsung. Lima jam aku menghadap Basic Cemistry 3 tu boleh gila woi. Dan aku rasa Hanum lupa satu benda sebenarnya.


Hanum lupa malam tadi masa aku tidur awal sebab sakit perut, dia yang sidaikan baju aku yang berlambak tu kat ampaian. Hanum lupa minggu lepas masa aku senggugut teruk, dia yang gosokkan baju kurung dengan tudung aku. Hanum lupa semua tu. Entah-entah Hanum lupa aku sayang dia. Ketuk kepala baru tau.


Lepas habis menjahit (disertai gangguan dari Hanum yang cuba nak rampas jarum tu dari aku) aku jenguk kalendar. Esok 3 Disember. Tersenyum.


Esok hari lahir dua insan yang sangat aku sayang. Adik aku Ameen dan Nurul Assyifa.


Beberapa hari lepas Syifa IM aku ingatkan pasal birthday dia. Nipis betul muka dia ni promote birthday sendiri hewhew. Tapi kalau dia tak ingatkan pun esok pukul 6 pagi mesti reminder kat phone aku melalak punya. Hahaha. Kalaulah esok takde kelas, mesti petang ni jugak aku dah terpacak kat depan Nottingham mengacau hidup Syifa. Tapi apakan daya esok first day tutorial dengan lab Physics untuk sem dua. Tak cantiklah rekod aku first day lagi dah ponteng ='(


So here Syifa, I'm creating an entry just for you.. I'm sorry this is all I can. You've been a very good friend of mine but still, this is the only present that I can give you on your special day. But I've put my effort on writing all these and no other things in this world can be a present for you as special as my effort hihihi..


Thanks Syifa, sebab jadi pendengar aku yang paling setia.


Thanks Syifa, sebab sabar tenangkan aku setiap kali aku hilang kawalan emosi.


Thanks Syifa, sebab banyak tolong aku especially masa aku demam.


Thanks Syifa, sebab selalu tayang muka cool walaupun aku tengah panik.


Thanks Syifa, sebab bantu aku untuk menjadi aku yang seperti hari ini.


Thanks Syifa, sebab sudi datang UM tidur sini dan bagi semangat masa aku nak midsem.


Thanks Syifa, sebab yakinkan aku untuk hadapi ketakutan terbesar aku empat minggu lepas.


Thanks Syifa, sebab sudi genggam tangan aku masa kita pijakkan kaki ke KLIA..


Kalau ada orang suruh aku cerita pasal kenangan-kenangan terindah yang aku ada, tak sah kalau tak ada nama kau. Jemu pulak aku nak sebut nama kau wkwkwkwk (aku harap kau ingat lagi cara aku gelak ni =P)


Aku banyak belajar pasal kesabaran dari kau. Belajar pasal ketabahan. Aku yang fragile ni banyak ikut perangai kau. Err, perangai gedik kau pun aku tiru jugak hewhew. Jangan salahkan aku. Jadi betullah satu ayat yang pernah aku dengar, 'Kalau nak tengok peribadi seseorang, tengok peribadi kawan rapatnya' And for that, aku bersyukur punya kau sebagai kawan rapat aku =)


Aku tahu kau rajin stalk blog aku. Jadi kau mesti dah baca entry-entry lama aku kan? Dari situ dah nampak yang aku sayang kau *wink wink* Aku akan sentiasa sayang kau dan kita akan sentiasa jadi kawan. Terpisah jarak takpe. Terpisah masa pun takpe. Tapi aku nak kau tau yang aku sentiasa ada untuk kau bersembang dan luahkan perasaan kau. Ingat lagi tak apa yang pernah aku cakap? Once you'll came into my life, you'll never leave. And once I stopped into your life, I will stay. Datang tak berjemput, tapi perginya pasti kembali. Keep my words Syifa.


I've got so much to say but but but I know I'll repeat the same thing over and over again. That I love you and love you and love you and again and again. Argh bosan bosan. Bosan sebenarnya nak tulis yang aku sayang kau ni. Sebab kalau aku nak tulis, it will take a lifetime to finish. A lifetime! Kenapalah banyak sangat sayang aku kat kau ni. Ish.


So here I would like to say this officially,




HAPPY BIRTHDAY SYIFA!!






















Insan yang mengelap air mata aku 3 November lepas =')



And I love you, always.


Argh bosannya kena cakap lagi -,- 


I love you x Infinity = Forever till Jannah. Ok complete equations boleh dapat 10/10 ni hewhew.


Salam sayang, Qila =)



p/s : Nak call kau tapi dah tiga minggu aku takde kredit. Huhu.

pp/s : Eh lagha pulak aku depan laptop Hanum ni. Aku nak sambung buat Chemist ni, bye!

ppp/s : Aku sayang kau. Nak muntah dah ni sebut banyak sangat. Hewhew. Bye lagi!


1 comment:

sn :) said...

She should proud be a friend of yours. Plus, nice post. Ada gambar aku lagi. Ngehehe