Dec 15, 2012

Gol Dan Gincu

Assalamualaikum.


Its been a very busy week for Qila. I got futsal every evening and now even spent about RM 2.50 a day for food. Ha-ha-ha-ha. Its not that I'm planning for a diet (which I never thought of) but I realized how much I could spent on food for a day. Kalau dah kuat makan tu kuat makan jugak -,-


Too tired to type an entry as it is 4.00 am in the morning now but for the sake of my friends, daku gagahkan jua menaip sebarang dua kata untuk minggu ini punya event. Nampak kesungguhan Qila disitu sedangkan tutorial yang bersusun atas meja tidak pula daku pedulikan kehadirannya.


Ah peduli apa dengan tutorial. Esok Sabtu dan bagi student yang tak punyai kehidupan macam aku ni, Sabtu is Study. Study is Sabtu. Sehari suntuk aku bakal melekat kat meja belajar dan hanya bergerak untuk makan. Itu pun dah cukup bernasib baik kalau tak tergoda dengan duniawi yang berpusat kat Mid Valley. Lagha semua tu lagha. Jadi untuk aku yang sedang berjimat cermat ni, Mid Valley adalah diharomkan dan paling mewah aku boleh makan pun kat Daily Fresh tepi library je. Kalau rasa nak tengok movie dipersilakan laptop Hanum depan mata. See? Jalan mudah ada jadi buat apa nak pilih jalan panjang yang menyusahkan.


Kalaulah aku tak belajar berjimat cermat sekarang, entah bila agaknya angka 10.00 kat bank simpanan aku tu akan bertambah. Kalau dah namanya duit, nak habiskan memang senang. Nak dapat pulak kadang-kadang menuntut air mata. Aku tau aku dah besar, dah pandai fikir baik buruk sesuatu. Jadi perbelanjaan aku minggu ni bukan sebab aku dok 'challenge accepted' cabaran orang, tapi sebab memang itu yang aku mahukan.


Kalau sekarang aku tak merasa hidup susah tanpa duit yang banyak, aku khuatir aku tak tahu nak hidup bila ditakdirkan satu hari nanti musibah datang dan aku sebatang kara tanpa duit untuk teruskan hidup. Hidup ini kan macam roda. Kejap ada kat atas. Kau kelip mata dua kali, tau-tau roda tu dah berpusing ke bawah.


Dan cerita sebenarnya aku cuma nak letak a couple of pictures beserta satu dua ayat tapi end up aku dah tulis pendahuluan long-jong macam ni -___-


So here's the main objective.






Tarammrammmrammm here's our futsal team! Minggu ini aku sangat busy dengan futsal setiap petang dan end up balik bilik masa maghrib dengan badan berpeluh, busuk dan sakit-sakit badan. Mana tak sakit badan dah aku yang suka berdugong atas katil setiap petang kini berada di barisan pertahanan untuk setiap game. Walaupun badan aku tak besar mana dan kaki juga tidak kuat mana untuk menyepak bola serta tak berapa nak hebat pun skil main bola yang aku miliki, aku tetap reda dengan posisi aku. Dah itu je pun yang aku rasa paling hebat aku boleh buat. Kalau nak letak aku kat striker memang jawabnya bola tu melayang-layang atas tanah jelah.


Tapi sebangku-bangku kaki aku pun, team futsal ni menang jugak tiga game. Plus dua kali seri dan yang paling penting TAK PERNAH KALAH. Kemain caps lock gitu. Mungkin sebanarnya kitorang punyai bakat cuma terpendam dengan ke-ulatbuku-an yang dimiliki di Pasum ni. Kemain lagi.



Dilla, Miera, Fiza, Farah, Nana, Syiru, Ain and Qila

Two stands for dua gol yang diperoleh :)





Mula-mula main memang penat tapi lepas dua tiga hari aku mula seronok. Farah akan jadi keeper dan dia memang keeper paling hebat sebab bola kat tangan pun boleh kena sepak lagi wakaka. Aku dan Miera defends. Nana dan Ain striker. Nana memang superstar. Aku salute sama dia. Kalau bukan sebab Nana rasanya enam gol yang team No Idea ni dapat boleh jadi -4. Ain pun sama harap badan kecik tapi sekali dia dapat bola fulamak aku yang kat belakang pulak teruja menjerit suruh dia tendang masuk gol terus. Hebak gilo mung.


Tapi team ni takkan jadi hebat mana kalau tiada Dilla dan Syiru. Dua orang ni act as baking powder. Sebab kalau bukan sebab jeritan dorang, sure hambar game tu. Tinggal nak suruh pakai skirt kembang dengan pegang pom pom je. Hewhew.


Pernah sekali sorang hamba Allah tersepak bola dan straight kena kat perut aku. Sakitnya kau usah tanya. Bola sebesar kepala aku kena kat perut. Aku memang tak expect pun dia sanggup tendang kat aku tapi apakan daya mungkin dia tak sebaik hati yang aku sangka. Tertunduk-tunduk aku kat situ. Nasib baik Farah sedar dan terus suruh Fiza masuk gantikan aku. Dia punya sakit memang boleh buat perut aku senak. Tapi aku malas nak besarkan perkara ni nampak cam budak kecik je kena bola sikit dah mengaduh sakit. Mengada.


And lepas main futsal, Farah ajak main satu game pijak-pijak kaki. Menda entah nama dia aku tak ingat sangat tapi yang pasti memerlukan darjah lompatan yang tinggi serta ketajaman kaki memijak orang. Aaaaaaannnnnd dia menang. So here's the trophy.



" Tahniah anda berjaya menjuarai Kejohanan Lompatan
Katak Berkaki Batu Sedunia. Ini hadiah awak.
Jangan lupa lepas ni masa lompat pakai atas kepala
tau confirm teletabis pun ternganga ni "


Bukan takat katak je. Ternyata aku juga boleh bertukar menjadi kuda kepang. Ini dah sah-sah masa kecik mama tak bagi aku naik permainan masukkan syiling 50 sen kat kuda then kuda mainan tu bergerak-gerak sambil keluar lagu. Tu yang kempunan semacam anak dia lantas ambil keputusan jadi kuda kepang separuh masa kat UM. Tak pun terlebih tengok Barbie and The Swan Lake sampai berangan nak jadi unicorn tanpa tanduk.


" Peluk trophy tu dik, peluk peluk.. Kuda kepang kat sebelah dah merasa
kon besar dabak gitu kat kepala tu pasal ler kuda kepang ni cabut kon tu
kasi kat adik.. "


* * * * * * * * * *


Macam yang aku cakap, rasanya aku cuma nak letak beberapa gambar tapi tengok tu dah melalut tahap giga sampai keluar kuda kepang semua. Ni esok nak sukaneka ni cemana ni nak lari dalam guni nanti terbangun lambat terus kena bungkus dengan guni campak masuk padang. 


Eh lupa Sabtu is Study. So esok tak payah pergi sukaneka lah nak duduk bilik menghadap tutorial berlambak. Ok boleh sambung bukak You Tube lah cenggini esok tak payah bangun awal. Hewhew.


Kalau dah malas tu malas jugak.


1 comment:

Syahirah Nadiah MJ said...

Ahahaha lawak baca kau punya post. Rasa macam nak rewind balik main futsal! NO IDEA RULES!