Dec 27, 2012

Monthly Sickness

Assalamualaikum.


Buat lab report Chemistry sambil tekan-tekan perut. Then sambung buat Genetics sambil menggagau cari minyak angin sapu kat perut. Tak sempat habis buat Genetics dah tak tahan. Mengengsot pegi kat katil.


" Qila kau baringlah dulu. Jangan buat kerja lagi nanti makin sakit perut tu.. "


" Kejutkan aku lima minit lagi ok Hanum "


Sedar-sedar Hanum kejut.


" Qila, phone kau bunyi. Ada mesej. Bangun Qila ada mesej tu "



Balas mesej dalam keadaan mamai. Tidur balik dalam keadaan bergulung macam ulat gonggok sambil tekan perut.


" Qila bangun, ada mesej lagi tu.. " 


Balas mesej dalam keadaan mabuk. Tidur balik sambil bergulung dalam selimut. Hanum slowkan kipas sampai tiga.



" Qila Qila ada call tu, bangun Qila.. Nak angkat call tak? " 



Perasaan sebal nak jawab call itu da tapi bila tengok nombor yang tertera macam tak boleh nak sebal sangat. India.


" Hello assalamualaikum.. Ha ni kenapa suara macam ni? Baru bangun tido ke?

Etc etc.


Sah aku balas mesej tulis benda melalut tadi ni.


* * * * * * * * * *


Panaskan iron. Then cabut plug. Letak comforter atas perut dan mula mengiron perut. Macam makin sakit tapi teruskan jugak.


Dua tiga minit iron perut, lari pegi toilet. Oh muntah memang aktiviti bulanan feveret aku.


Hanum kemas buku kat meja, bagi minyak angin, selimutkan balik roommate dia yang terketar-ketar pegang perut balik. Rasa macam seluruh usus dan rahim berpusing kat dalam badan.


To all gentlemen yang pernah cakap being a girl is much more easier than you guys, ni aku bagi minyak angin buat sapu kat kepala biar berfikir sikit. You will never know how it feels to have period pain every month and sometimes even vomitting at the toilet. Oh ini baru period pain. Belum lagi pregnant sickness.


Ya Allah seksanya senggugut camni tiap bulan..

1 comment:

Syahirah Nadiah MJ said...

Alololo kesian Qila, I know how it feels :( Stay strong mate!