Dec 24, 2012

With Love From Cherating

Assalamualaikum.


Tired Qila is tired.


Cuti Krismas ini daku manfaatkan dengan pulang ke rumah dan subuh esoknya bertolak ke Cherating, Pahang. Memandangkan kedua orang adik yang tengah sedap cuti sekolah tu baru pulih dari OKU, maka wajiblah membawa mereka berjalan sebelum musim sekolah buka. Dan daku yang tidak bercuti sekolah ini pun tumpang sekaki hewhew.





Bangun pagi gosok gigi dan sempat camwhore atas katil sementara tunggu ayah keluar start enjin. Bila tengok balik gambar baru perasan ada makhluk gemuk tersengih nampak gigi. Pengsan.






There. Sebenarnya Qila tak tinggi mana tapi amik inisiatif bijak pakai heels berapa inci entah. Kalau tak konpem dress tu meleret je buat sapu pasir kat pantai. Habis Pasum boleh buat side work jadi penyapu pantai ni. Eh.






Check in masuk Sanctuary Resort and then terus cabut dress tukar tshirt dengan jeans buruk turun pantai. Ombak rindu memanggil daku. Oh senangnya dalam hati.












Tengok tu tengok tu dah kenapa macam photoshoot je gayanya nak popular sorang-sorang ke cemana tu mama? T_T






Maka daku yang tak berapa nak fotogenik ni pun nak bergaya jugak posing tepi pantai. Muntah darah.







Si gemuk yang baru baik dari bersunat teruja nak mandi pantai. Terkedek-kedek dia lari dengan big butt nya tu. Amboih Qila kemain kutuk adik padahal kalau dia big butt kau pun sama what. Eh taklah.






Another mantan OKU yang baru sembuh lepas sebulan tak boleh berjalan bila kaki dilaser untuk buang ketuat sebanyak 23 biji. Ini lagi sorang big butt. Plus gemuk. Eheh.






Ayah told us not to get into the sea as the tide is too high but but but...






We're just too stubborn to follow his advice and ended up terjun-macam-tak-cukup-tanah into the sea. Yabedabeduuuuuuuuuuuu..












Buat-buat tak nampak ombak yang menggulung deras sedangkan posisi aku dan Wafi masa tu kira-kira dua kaki je dari pantai. Degil anak-anak ayah ni.


Tak pasal-pasal kena sumpah karang. Derhaka cakap ayah punya pasal.






Hah kan dah kata! Tengok tu tengok Wafi dah bertukar jadi dugong terdampar tepi laut!


Aku pulak..






Bertukar menjadi kucing kecik yang putih lagi comel! Meowww meoowwwww.. Nak makan ikan plish! Plish! Meoowww meoowwwww..


* * * * * * * * * *


K fine entry bodoh. Ngantuk sangat ni. Tak pun biul sebab kena hempas ombak pantai kuat sangat.


-____-


1 comment:

sn :) said...

Dress awak cantikkk !!