Jan 29, 2013

Semoga

Assalamualaikum.


Semoga aku takkan mudah mengalah dengan bisik hati yang lemah.


Semoga aku takkan memandang ke belakang lagi dan melihat sisi masa silamku yang kelam.


Semoga aku sentiasa meluruskan kaki untuk berada di landasan yang betul.


Semoga aku takkan bersedih hati dengan perasaan yang masih belum hilang ini.


Semoga aku mampu mengukir senyum ikhlas tanpa perlu berlatih di depan cermin setiap pagi.


Semoga aku boleh menyayangi semua yang aku kenali.


Semoga aku sentiasa melihat warna pelangi di celah kabur senja.


Semoga aku sentiasa berjuang untuk menewaskan sudut diri sendiri yang gelap.


Semoga aku takkan tertipu dengan resmi dunia.


Semoga aku dapat mengikhlaskan hati dan menghumban rasa riak yang tersembunyi.


Semoga aku mampu berdiri teguh melunaskan tanggungjawab yang dipikul di bahu.


Semoga aku mampu kembali kepada Dia dengan pengakhiran yang baik.


Semoga Dia yang aku rindu akan menerimaku semula.


Semoga selamat semuanya.


Semoga. Semoga aku mendapat tempat dalam doa sesiapa. Meski diri kecil hina tidak begitu berjasa kepada agama.


Ameen.


Jan 27, 2013

Post Exam's Blogpost

Assalamualaikum and Happy Sunday.


Jumaat lepas exam habis dengan tumpasnya paper Fizik Asas 4 dan Genetik & Teknologi DNA. Seminggu nie memang aku pulun habis ala-ala nak ke Perang Saudara. Eyebags toksah cakap. Berlipat-lipat macam lemak terkumpul bawah dagu. Bukan double chin lagi, dah quadraple chin dah.


Isnin : Kimia Asas 3 dan Statistik & Kebarangkalian

Azam aku nak tidur awal pukul 12 malam then nak bangun pukul 4 pagi sebenarnya. Tapi apakan daya nak tidur pun tak sedap hati makanya bila dah bungkus badan dalam selimut atas lantai (aku memang tidur atas lantai setiap kali musim exam) nota Kimia tetap ada kat tangan. Ended up tidur pukul 3 pagi dan bangun pukul 4 pagi -__-


Selasa :Kimia Asas 4 dan Fizik Asas 3

Kimia 4? Jangan berangan nak tidur awal. Sejak zaman SPM lagi aku memang allergik dengan Organic Chemistry and VOILA!! Dah tiga minggu aku menatap lecture notes Alcohol and Carbonyl Compounds. Ended up tidur pukul 3.30 dan bangun pukul 4 jugak -__-


Rabu : Fisiologi Organisma dan Algebra & Kalkulus (plus English For Academic Studies)

Biologi. Campur. Algebra. Campur. Kalkulus. I. Am. So. So. Definitely. Cannot. Sleep. At. All. Aaaaaaaaaaaaaaand waktu jawab soalan English For Academic Studies yang bulat-bulat je tu, I'm not the one who answered those questions. My inner self did that while my true self sleeping like a total whale in the examnination hall -__-


Khamis : Maulidur Rasul

Bangun pukul 5.40 pagi dalam keadaan masih belum solat Isyak disebabkan semalam aku dan Hanum masing-masing pengsan atas katil lepas solat Maghrib. Turun cafe pukul 7.30 pagi, breakfast dan kembali bertapa depan buku sampai malam -__-


Jumaat : Fizik Asas 4 dan Genetik & Teknologi DNA

Aku expect Fizik 4 tu cuma hafal formula je, so aku petang tu aku focus gila-gila kat Biologi dan decide untuk study Fizik malam-malam nanti. Bila aku habis revise Bio, tooodiaaaaaaaaaaaaaa gilo bak ang susah weh Fizik tu!!!!!! Bukan takat nak hafal formula, nak fahamkan konsep pun aku merangkak-rangkak. Bila gi buat soalan past years, toooodiaaaaaaaaaaaa lagi susah! Aku jeling Hanum kat sebelah, dia dah tertidur dengan kalkulator kat muka. Ended up malam itu juga aku tidak tidur -__-


Macam poyo-poyo je kan tulis pasal exam dalam blog. Oh tidak mengapa macamlah ramai sangat orang yang baca blog bosan camni. Aku menulis pasal exam bukan untuk menjadi contoh tauladan bahawa sesungguhnya " Kalau musim exam datang, jangan tidur! Pulun study! Baca buku sampai lebam! Jangan bukak FB! Jangan bukak Twitter! Jangan post kat Instagram! Jangan buat pape pun kecuali study! Study study study sampai mati! " -___-


Oh tidak-tidak bukan begitu. Setiap orang ada cara belajar sendiri. For me, I usually study at about three weeks before exams start. Sebab aku bukan jenis yang boleh ingat sesuatu benda dengan sekali baca je. So aku kena ulang-ulang apa yang aku baca sampailah betul-betul ingat. Then aku jenis yang tak biasa study group atau study beramai-ramai. So aku cuma duduk bilik dan menghadap buku sorang-sorang sampai terjojol bijik mata jatuh atas meja. Dan benda paling tak sihat yang aku amalkan setiap kali musim exam ialah aku memang TAKKAN TIDUR. Yep aku pernah tak tidur dua minggu which was masa final exam Semester Satu dulu. Sepanjang malam aku bersengkang mata kat bilik Dilla dan melihat Dilla tidur dengan perasaan penuh iri hati. Bukannya aku memang niat taknak tidur (eheh kecuali kalau aku belum habis study baru time tu terkujat-kujat nak pulun semua) tapi aku memang tak boleh nak tidur. Rasa macam ada yang kurang yang kena dibaca balik.


So setiap kali musim exam, mata aku memang extra lebam dan hitam.


Aku harap takkan ada sesiapa yang ikut cara aku study especially adik-adik dan sepupu serta anak-anak buah daku yang berlambak itu. Oh tidak Kak Ila engkau ini tidaklah pandai mana usah kau ikut tabiat belajar ku ini jangaaaaaaannn jangaaaaaannnnnn.. Ikutlah cara belajar yang engkau orang semua selesa ye? Tapi kalau nak tips, ada a few tips yang mungkin boleh daku perturunkan buat kalian. Bak kata bidalan, ilmu kalau disimpan sendiri akan hilang. Jangan kedekut ilmu, tak baik.


1) Puasa. 
Yep berpuasalah masa exam. Kalau larat puasa straight sampai habis exam, bagus jugak. Tapi kalau tak larat puasa hari Isnin dan Khamis je pun takpe. Yang penting niat kena betul, Tapi janganlah time exam je engkau orang puasa, minggu-minggu lain engkau orang seronok makan pizza tak ingat dunia pulak.


2) Solat sunat
Kalau nak buat solat sunat tahajud, kena tidur walaupun sekejap. Tapi kalau macam Kak Ila engkau orang ni yang tak tidur malam, tak bolehlah nak buat tahajud. Yang penting solat hajat dan banyakkan baca Al Quran. Bukannya apa, untuk ketenangan hati sebab kita dah berusaha sehabis baik kan. So the rest, we left it to The Almighty. He knows best. He will judge us and granted us for what we've worked for. Tapi janganlah engkau orang solat sunat berpuluh rakaat tapi lima yang wajib itu ditinggal pulak. Ish salah tu dik.


3) Mandi awal pagi
Ada kajian yang menunjukkan mandi awal pagi especially sebelum subuh itu bagus untuk metabolisma badan. Dalam Islam pun ada dinyatakan begitu. Jadi adik-adik, kalau boleh sebelum azan subuh tu mandilah ye. Kalau yang sekolah sesi petang pun mandi jugak pagi-pagi. Lepas mandi otak kita segar. So kalau agak-agak tak cukup bersedia lagi atau tak cukup yakin lagi, bolehlah sambung baca sikit-sikit lepas mandi.


4) Wajib sarapan
Macam yang Kak Ila kata, WAJIB. Jangan tipu aku tau dari zaman tadika lagi cikgu dah pum pang pum pang cakap yang sarapan itu penting. Jangan buat-buat baru pertama kali dengar ye. Cubit kang.


Sebenarnya ada banyak lagi tapi rasanya semua orang dah tau. Masuk dewan exam pakai kaki kanan (Ya Allah aku terlupa nak masuk pakai kaki kanan sepanjang minggu!) Minum air masak banyak-banyak (which I don't) Kurangkan buat dosa (hampir setiap malam aku dan Hanum membazir beli makanan banyak-banyak kat cafe) Dan banyak lagi. Eheh.


On top of all these, have faith in Him. Don't let the terror towards exam grows bigger than your faith towards Allah. Yang menjadikan sesuatu ilmu itu bukan lecturer atau cikgu, tapi Dia. So kalau 2 + 2 kita yakin jawapan dia 4, dengan kuasa Allah tak mustahil 2 + 2 boleh jadi 5. Ini contoh ye, jangan cakap aku ajar Maths sesat pulak. Allah tu Maha Berkuasa. Kun fayakun. Bila Dia kata "Jadi!" maka jadilah. Jangan lupa yang itu.


Believe in yourself. Kalau dah pulun sehabis mungkin tapi results masih lagi tak ohsem, cuba check balik hubungan dengan manusia lain pulak. Kalau hubungan dengan manusia pun takde masalah, mungkin itu bukan rezeki kita. Mungkin Allah masih belum beri sebab Dia nak uji sejauh mana kesabaran kita. Atau mungkin juga Allah masih simpan yang terbaik untuk kita. Semuanya mungkin. Kalau pandai macam Albert Einstein pun, tapi kalau Dia kata "Tidak" maka tidaklah.


Think positive ye dik. Allah never abandoned us. Have faith in Him. Allah knows best. Kalau niat kita ikhlas belajar lillahitaala, inshaAllah walau teru macam mana pun results kita nanti, kita takkan rasa sedih. Believe me. I've done this before. 


Its been so long since I've posted something serious and useful! Hehehe. Believe me one year during foundation programme ain't easy. Lots and lots of things to cover in a short period of time. I even got migrain every night since I've forced myself too hard this week tssssskkkkkkk T_T


So I guess this is it. Hehe. Dah panjang macam railway KTM gini baru nak stop.


One last thing! Aku dah mula menjahit semula. Semalam aku beli kain 2 meter dan malam tadi bersengkang mata 6 jam tak tidur untuk jahit buat loose tshirt. Sebab sejak kebelakangan ni aku sibuk carik tshirt long sleeves dan longgar tapi tak jumpa. So masa aku stress pikir cemana nak carik tshirt tu, VOILA!!! my brilliant brain came up with such a fantastic idea hahahahaha!


Dah siap jahit tapi aku malas nak capture then nak transfer masuk dalam blog lagi. Ah malas. Baik aku kunyah roti canai panas-pnas kat dapur tu. Nanti-nanti aku cadang nak upload masuk tutorial shawl kat dalam blog ni. Err bukan tutorial pun sebenarnya. Just a few tips untuk pakai shawl yang agak pendek without exposing your chest area. Haaaa cemana tu cemana?? Hehe tunggulah nanti aku upload masuk ye :)


Rasanya tadi dah kata nak stop kan? Arghhh.


One last thing. I mean last as literally last! 





Katil guwa masa musim exam. Kbye.

Jan 19, 2013

Air Mata Darah Yang Kembali Masuk Dalam Mata

Assalamualaikum. Salam Januari.


I'm back! The very silly crappy Qila with talkative mouth and loud laugh is here. Finally yabedabeduuuuu! Bum kebabum kebababum bum bum prang prang oh sila bunyikan trompet dan seksofon sekali. Harmonika pun takpe kita layan je okey?





Onyonyonyo comelnya dik tiup trompet sampai kembung pipi
cenggitu! Toksah berangan nak pipi kembung dik akak dah try dah tak comey macam ikan 
kembung je rupanya dik oi!


Couple of weeks I'm being such a depressed, boring, plain, serious and again fake Qila. Yup I'm having some sort of personal problems here and the major part is with my own self huh T___T


Tapi macam ribut jugak. Semua masalah yang datang mesti akan pergi. Ribut hanya singgah dan takkan pernah kekal di sesuatu tempat. Tak percaya? Mana ada taufan Katrina berpusing-pusing kat daerah yang sama je sampai berbulan-bulan? Paling kurang pun beberapa jam je itupun damage yang terhasil tak terkata. Oh begitulah daku beberapa minggu yang lalu. Hati kering umpama bandar yang dilanda ribut taufan dengan gempa bumi 8.7 skala Ritcher dan sampai sekarang aku terfikir mungkin aku patut letakkan nama gempa bumi dalam hati ni sebagai skala Qila. Yelah gempa bumi dalam hati aku kan, bukannya kat hati Ritcher! Tak gitu? So lepas ni boleh tukar nama jadi skala Syifa, skala Syiru, skala Syeranis ke hapa ke kekekeke pandai je aku mention nama-nama orang yang rajin baca blog merepek super emo aku ni kan kekekeke. Camnilah kawan kan suka stalk blog orang tapi tak bagitau pun tskkkkk T___T


Jadi kini aku kembali dengan jiwa yang agak pulih dan bersih. Masalah tetap masalah. Tak semua benda boleh selesai sekelip mata macam petik jari je 'klikkkkk!' gituw kan. Tidak tidak. Masalah aku masih tak selesai dan tak boleh diselesaikan pun sebab benda tu dah berlaku. Tapi tak bermakna masalah tu boleh menimpa aku lagi kan?


So lepas berminggu-minggu emo tak tentu hala sampaikan Hanum keep repeating the same sentences " Qila kau okey ke tak ni? Kenapa kau senyap ni? Ada orang buat kau marah ke? " dan memaksa aku makan nasik at least tiga kali sehari, aku boleh hilangkan hati yang resah gelisah itu. Uh memang tak boleh nak describe betapa awful nya aku ni setiap kali musim emo aku menjelma. Aku akan hilang sense of humor, takkan banyak bercakap macam selalu, tulis blog pun benda-benda parah gaya macam nak bunuh diri, Instagram gambar pelik-pelik, tulis quotes sedih-sedih, tak selera makan, tidur berjam-jam macam mayat, kalau ada orang tak contact tanya khabar pun rasa macam loser gila tahap lifeless dan yang paling obvious, aku akan jadi studyholic. Study sepanjang masa tanpa mengira waktu. 


Sampai mata jadi macam gini haa.






Tu comel lagi tu. Kadang lagi teruk sampai terbentuk warna hitam kat sekeliling eyebags tu wuwuwuwu cemana nak melangkah ke kelas dengan penuh keyakinan gitu? Tskkkkkk.


And the worst part is, aku telah menyebarkan aura negetif kepada manusia sekeliling.


Siapa suka orang yang muram durja kan? Tak siapa suka. Sebab nanti aura muram tu akan berjangkit kepada orang lain. And to Dilla, Syiru and Farah, I'm sorry for being such a bad friend then. I'm neglecting your existence and instead saw only the worst part of myself. Without even realized there are tiny pieces of rainbows in every space.


Aku harap aku takkan mudah down macam kali terakhir aku down ni. Dan kalau aku down balik pun, can someone please comfort me? Macam tak malu kan tapi cuba kalau awak-awak yang tengah baca tu rasa down. Mesti awak pun nak someone comfort awak walaupun dengan sekadar satu phone call kan? Haa if you're down then you'll know how I feel. Thanks Yammy and Syasya for calling me! I love you both so much. You guys made my day then.


Life is not about grab every chances and push aside every single nonsense things. Sebab kadang yang nonsense itulah yang boleh membentuk diri kita hari ini. Life is not about survive for being at the top. The best among all. But to be the best in every single aspects, and brings everyone towards it. Berjaya bersama. Senang bersama. Susah pun bersama. Dan kalau gagal pun, cuba untuk bangkit bersama.


I'm having my midsem exam next week. Dah ikat bendera Jepon kat dahi ni macam kamikaze gitu gayanya. And I've started to sleep at the floor so that I wouldn't exceed my sleep hour kekekekeke eleh Qila padahal kalau habis exam tu tido terbongkang macam penyu nak kena sembelih. Buruk bebenor ghupenye!


So kalau ada sesiapa yang masih sudi membaca blog ini, tskkkkk you made me feel appreciated hahaha walaupun sekadar di alam maya namun daku ini wujud juga dimatamu. Ayat Qila tatabahasa tunggang terbalik maaf Cikgu Eriza saya sudah lupa tatabahasa yang saya belajar dulu and tatabahasa memang benda yang paling saya lemah pun cikgu ku sayang tskkkkkk! Kalau pasal mengarang ayat jiwang tu Qila memang champion tapi bila masuk tatabahasa rasa macam nak lari masuk bawah lori menyorok biar tak kena hempap dengan buku Nahu Melayu Terakhir.





Onyonyo cikgu sila jangan marah saya walaupun BM saya A+ masa SPM
tapi kalau takde bahagian tatabahasa mesti saya boleh bagi cikgu A+++++ punya saya janji cikgu
kalau kena ulang balik paper BM saya berusaha lebih lagi ye cikgu ampun cikgu saya sayang cikgu!



So dear fellas, cmon lets pray for us PASUM's students may we wouldn't go astray next week! And to Doktor Asma, please please please make that Integration questions a lil bit easy please please please pweety pleashhhhhhhhhhe??





Tak cukup kiut ke? Kfine.


Jan 13, 2013

Day At Terengganu

Assalamualaikum. Salam dari Terengganu.


Jumaat lepas aku bermusafir ke Terengganu. Menumpang di rumah Tikah selama empat hari. Berharap empat hari itu mampu mengikhlaskan sedikit senyuman yang dah lama palsu kat mulut ini.


Maghrib tadi masa satu family Tikah baru lepas sembahyang, aku duduk diam kat bilik baca Bio (bulan mengambang tiba) Kat sini mak dia suka pasang radio sepanjang hari. Masa tu pulak kebetulan ada tazkirah Maghrib kat radio dari ustaz Terengganu.


" Kalu Tuhan uji kitp dengan macam-macam, toksah kito laghi jauh-jauh! Toksah dok kato Tuhan tu uji kito sebab kito buak banyak dosa. Kito semat elok-elok dalam hati Tuhan tu sebenaknya rindu samo kito, Dio dok panggil-panggil suh kito maghi datang kok Dio, ngadu kok Dio. Dio paham kito kalu sedih memang nok oghang dengo, sebak tu Dio uji kito. Dio yakin kito akan kembali kok Dio. Baik Tuhan tu, kito jo tok tahu! "


Tersentap. Aku stop baca DNA replication dan letak telinga dekat dengan pintu sebab radio tu kat luar bilik je.


Bila habis ustaz tu cakap, ada satu lagu yang takde lagu kat dunia ni boleh tandingi dia. Takkan ada lagu lain yang boleh ketuk dan hentam hati kita sehebat lagu ni.


" Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.. "


" Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.. "


Diam dan terus simpan pen.

Jan 10, 2013

Kualiti Seorang Doktor

Assalamualaikum.


Me is very the sad now. And mad.


Tadi aku keluar awal escape lecture Dr Fakhrul sebab nak pegi klinik amik surat pelepasan kelas. Pagi tadi dengan mengadanya aku tak datang kelas tutorial Statistics sebab malam tadi tak boleh tido menggaru satu badan punya hal. Ini semua gara-gara aku minum susu dua hari lepas.


Ya anak-anak. Dua hari lepas Qila yg malas nak turun bawah isi air mineral dalam botol ni kehausan. Dalam bilik pulak dah takde sumber air nak diminum. Makanya daku minum susu kotak Dutch Lady tiga kotak untk hilangkan dahaga. Then pukul empat pagi aku terjaga rasa panas satu badan. Mata pulak tak boleh bukak, sepet semacam. bibir pun kebas. Sekali tengok cermin, what the hell muka aku macam mashi maro!


Mata dan mulut aku bengkak. Then satu badan merah-merah plus gatal. Ya Allah azabnya nak menahan tangan dari menggaru. 


Makanya pagi esoknya aku cuti satu hari straight sebab bengkak tu tak hilang lagi. Dan disebabkan pagi tadi aku sepatutnya buat test Statistics, aku kenalah pegi klinik amik mc kalau tak 0/10 lah markah aku. Dan disitu bermulanya kisah cemana aku boleh gagah nak tulis blog dalam keadaan tudung pun tak cabut lagi dari kepala ni.


Aku ajak Syiru temankan. Then masa sampai giliran aku, aku nampak nama doktor kat pintu tu Dr Minh Minh Hwn. Amenda seh camne nak pronounce pun aku tak reti tapi klinik UM ni memang ramai doktor foreigner. Aku masuk je bilik tu terus bau semacam. Ala-ala bau kalau lalu depan tempat sembahyang cina gitu. Then aku belum duduk lagi dia dah tanya aku "Sakit apa?"


Aku pun jawab " Allergic dengan makanan, dah dua hari"


Dia tanya " Mana? " Aku pun rambling lah masa tu cakap kat tangan, kaki then mulut bengkak semua. Tetiba dia tekan suara dia macam aku ni ada salah cakap " Saya tanya kat mana?! "


What the. Tersentak aku masa tu. Then aku tunjuk tangan aku yg luka-luka tu. Dia tengok seimbas lalu je pastu dia tanya " You makan apa? "


" Susu "


" Mana ada orang allergic susu? Dah you tau you tak boleh minum kenapa you nak minum lagi? I tak pernah jumpalah orang tak boleh minum susu. Betul ke you ni tak makan benda lain? "


" Saya minum susu je malam tu. Then mulut dgn mata saya bengkak "


" You jangan merepek, susu mana ada effect sampai macam ni. I rasa you kena gigit serangga lah. Cuba you check balik tempat tidur you ke. Mana lagi yg luka kat badan you? "


Aku pun selaklah kain baju kurung aku. Tunjuk kat dia kesan merah gatal-gatal yg banyak tu.


" Ini macam kudis buta ni I tengok, bukan allergic. Dah dah you ni bukannya allergic susu, I rasa you salah makan something then tempat tidur you kotor "


Aku angguk. " Hmm. "


" You pandai-pandai je datang sini kata allergic. Lain kali you check lah sendiri sebelum datang sini "


" Hmm. "


" Dah ni I bagi you ubat sapu untuk badan you. Next time you nak datang you ingat balik apa yg you makan betul-betul. Mana ada orang tak boleh minum susu. Merepek! "


Aku angguk. Bangun, cakap thanks then keluar.


Kau pernah rasa tak macam kau nak hempas buku kat muka seseorang then suruh dia pasang telinga baik-baik apa yg kau nak cakap before jump into conclusion? The only thing that prevent me from doing so is muka tua berkedut dia yang penuh dengan mekap tu serta kesabaran aku.


Aku keluar terus pegi farmasi amik ubat then balik dengan Syiru.  Keluar dari farmasi tu, setitik. Dua titik. Bertitik-titik.


Kalaulah dia rasa dia betul-betul amik medic nak jadi doktor sebab nak tolong orang sakit, aku rasa aku takkan keluar dari bilik dia dengan perasaan macam nak mencarut.


Susah sangat ke nak cakap elok-elok? Penat sangat ke kerja kat klinik UM yang takde oncall pun? Ramai ke patient yg dia nak bedah dalam bilik operation yg kosong tu? Sikit sangat ke gaji yg UM bagi kat dia sampaikan dia dah tak boleh nak balik ke tanah asal dia whether Tahiland or Myanmar or entah ceruk negara mana dia datang. Then datang sini layan pesakit macam semua pesakit ni bodoh tak reti nak bezakan antara gigitan serangga dengan gatal-gatal allergic. Macam aku ni pengotor sangat tak basuh cadar padahal basuh seminggu sekali. Macamlah aku ni saje datang situ sebab mengada nak mintak mc suka-suka takde sebab.Kalau betullah aku bukan allergic dengan susu pun, tak boleh ke dia check dan tengok luka kat tangan aku tu serta bagitau sebab kenapa jadi begitu? Dan tak boleh ke dia check betul-betul instead of jeling sekali imbas? Aku bukan nak complain apa. Tapi ini ke doktor yg UM hasilkan?


Bukan sebagai doktor je. Sebagai seorang manusia takkanlah dia langsung takde common sense untuk treat orang yang datang dengan penuh harapan supaya dia boleh bagitau apa masalah yang dihadapi oleh orang tu. Tu belum aku masuk bab kredibiliti lagi. Kalau ada borang survey, aku akan jadi insan paling bersemangat nak sukarela isi. Not even a doctor she couldn't be placed into. A human with empathy also she failed on. 


Kalau semua doktor kat klinik kerajaan macam ni, jangan terkejut kalau satu hari nanti ada orang yang sanggup mati atas katil kat rumah daripada pegi jumpa doktor kat hospital.  


Aku ingat nama dia. Minh Minh Hwn. Kalau lepas ni aku masuk hospital sebab kulit terkoyak berdarah-darah asyik dok garu tak berhenti, sila saman dia.  


Jan 4, 2013

Nothing

Dear Syifa, I miss you and your understanding words.


Dear Yam, I want to hug you and I need you for your motivational speech.


Dear Syasya, I hope you're here with your stories to cheer me up.


Dear Nina, I wish I could hear your calmy laugh and jokes to make me feel better.


Dear Zahra, I want to be by your side with you listening to my teardrops.


I never felt this alone in my whole life. I never knew I could endure such pain all by myself. I never felt this tired before. I never knew life could be so gloomy and I have to face everything with my pure little fragile heart. I never felt this rejected when I'm crying and people laughing at me for my idiotness. I never knew people can be this mean. And I never expected to meet them, alive.


I got nowhere to tell except in my pray every morning till night. I got nowhere to cry except in front of The Most Merciful One. I got nothing to read to calm my mind except the Love Letter from Him. I'm not lying when I said I wish my late twin still alive and here to comfort me rather than I comfort myself. Me, and my little broken heart.


I wish I'm not all alone here to feel rejected and questioning why every living person here got no empathy at all.


I'm not asking them to have a sympathy on me. I'm not hoping them to solve all the problems. Not at all.
I just, hoping someone could lend their shoulder and make me feel better. Is it too hard? Is it too tough to smile at me when I'm not? Is it harmful to be by my side? Is it wrong to show some appreciation at time when someone needed it the most?


Am I that filthy to be closed? Am I nothing here? Did every one will got infected by my ugliness and insecurities and every single bad sides of me if they befriends with me?


Is there anyone, I mean anyone that is sincere enough to love me and appreciate my presence? Is there anyone in this whole world that can accept me and my all bad sides? Is there anyone whom worth my life? Is there anyone that wouldn't make me feel that I'm nothing but a piece of dust?


If I said this to Farah, she will say " Its okay Qila just cry and I'll be here as long as you needed me "


Thats enough. One short sentence and I'll be fine. One short, sincere and full of love sentence will make me relief. Is it too hard? Is it waste someone's money and time and energy and every single damn thing?


Where is everyone when I need them the most?


Where is everyone who promised to be with me when I'm facing a tough times here?


Am I really nothing? Yes absolutely. I'm nothing. Nothing at all.


Go away everyone with your teasy smiles and making fun of other people's misery. Go away everyone with all your inconsideration of seeing someone sad but still laughing at them. Laughing at me.


Go away.


And now I wonder how Amanda Todd endure her pain and her tragic ending of story. Do I need to have the worse than her? Or worst?


Friday

Assalamualaikum.





Jan 3, 2013

Rage Against Hanum

Assalamualaikum.


Dah dua hari berlalu semenjak kali terakhir aku makan nasi. Inilah padahnya mengharapkan duit KPT yang tak kesampaian. Sudahnya aku terpaksa ikat perut sampai Jumaat nanti masa ayah bank in duit. Itupun kalau ayah ingat. Kalau tak terpaksa makan megi untuk tiga malam lagi. Sad Qila T.T


Dan ayat sama akan Hanum keluarkan tiap kalau waktu makan.


" Qila nah ni makan nasik, jom turun beli pakai duit aku dulu "


Dan aku dengan poyonya cakap " Taknaklah, aku tak lapar " Padahal dalam perut ada taufan katrina.


" Kalau taknak beli nasik, meh sini share makan dengan aku "


" Takpe, aku tak lapar. Malam nanti aku makan megi "


Mata Hanum pulak akan mencerun. Tajam.


" Makan! "


" Taknak! "


" Makan! Meh sini MAKAN! " 


Aku buat-buat menguap nak tidur.


" Yelah Qila mana nak makan nasik yang aku bagi kan.. Qila nak makan nasik yang orang tu bagi je.. Untunglah orang tu nasik dia je yang Qila nak makan, bukan nasik aku.. Pen pun kalau bukan orang tu belikan mesti Qila taknak pakai punya pen yang aku bagi.. " ( Dengan tempo sedih dan muka merajuk berpaling menghadap dinding untuk elak dari kena baling dengan buku kat tangan beta )


" Meh sini nasik tu. Aku lapar gila "

Error

Assalamualaikum.


It was late at night and I can't even sleep. My eyes wide awake -,-


Hari ini first day kelas untuk tahun 2013. Well simply said aku cuba untuk jadikan setiap hari sebagai hari yang lebih baik untuk aku. Tapi tapi tapi tadi kelas Dr Zahrah aku dah tersengguk T.T Sedih mak nak. Sem dua ni boleh kata sekali dua je aku tertidur masa lecture, itu pun time lecture Bio sebab kalau aku berjaga ke, tidur ke, sama je balik bilik kena baca lecture notes balik baru faham. Tapi tadi Dr Zahrah lanjutkan kelas dia sampai satu jam setengah wuwuwuw daku dahlah tak cukup tidur malam tadi makanya bila nampak Dilla dengan Farah tidur aku pun tertidur sama.


Aku sendiri tak faham kenapa malam buta pukul empat pagi camni aku terasa nak menulis. Menaip dan mengeluarkan apa yang ada kat dalam hati. Sebenarnya sejak kebelakangan ni terlalu banyak yang aku fikirkan. Sampai kadang-kadang aku terlupa yang mana satu prioriti aku. Aku sibuk fikirkan masa depan sedangkan hari yang aku jalani ni pun belum tentu aku habiskan dengan sebaik mungkin.


Mungkin aku terlalu risau fikirkan apa yang akan aku hadapi beberapa bulan dari sekarang.


Tipu cakap kalau aku tak jeles dengan kawan satu batch yang dah masuk degree sekarang. Tipu kalau aku cakap aku tak menyesal mohon program tahapehape waktu fast track MARA dulu. Tipu kalau aku cakap aku tak teringin nak ada kat tempat diorang. Tipu Qila tipu tipu.


Sekurang-kurangnya diorang dah ada haluan yang pasti. Yang medic dengan buku tebal batu batanya. Yang engineering dengan formula Fiziknya. Yang account dengan kalkulatornya. Yang psikologi dengan kepala psikonya. Ah macam-macam lagi yang memamg semuanya buatkan aku tumpang gembira tapi dalam masa yang sama buat aku sedih. Tu belum campur yang kat France lah India lah Mesir lah semua pelosok dunia lagi.


Aku? Kat Pasum. Terhuyung-hayang dengan result final exam yang aku sendiri tak tahu akan bawa aku kemana lepas ni. Masih tercari-cari identiti dan minat sebenar. Masih terumbang-ambing takde panduan dari kawan-kawan. Masih lagi rasa down tengok orang-orang genius stok Albert Einstein kat sini.


"Sekurang-kurangnya kau kat UM! Orang yang tak dapat asasi cam kau tu kau taknak kira pulak?"


Senyaplah. Kau cuma tau cakap je. Ada aku kata aku tak bersyukur? Takde kan? Aku just kata aku tengah mengalami masa yang susah kat sini. Takde pun aku kata aku berharap aku berada in someone else place.


Oh lupa dalam banyak-banyak benda kat dunia ini, ada satu je yang paling susah nak ditutup. Mulut tu ha.


Aku tetap bersyukur dengan apa yang dah ditetapkan untuk aku. Cuma aku berdoa dan berharap aku akan dikurniakan sedikit lagi kekuatan untuk tepis semua perasaan negatif yang aku rasa sekarang ni. Berharap aku akan diberi sisa-sisa ketabahan untuk teruskan beberapa bulan lagi kat sini. Berharap aku takkan mengalah dan kalau aku mengalah pun, berharap dan berdoa aku akan bangun segera. Walaupun tanpa sesiapa disisi aku macam dulu-dulu masa ada Syifa, Yam, Nina, Zahra dan Syasya. Atau Farah. Atau Zai. Atau sesiapa yang sentiasa ada untuk bimbing aku. Entah ada lagi entahkan tidak.


Yang pasti kat sini tiada sesiapa yang aku cukup percaya untuk menjadi kawan aku berkongsi air mata. Yang boleh mendengar tanpa judge atau buat aku rasa lebih teruk. 


Kawan ketawa itu memang ramai. Kawan menangis juga ramai. Tapi yang betul-betul akan menangis bersama itu hampir tiada. Ayat cliche kan. Ah lantak jari aku menaip laju ni aku dah tak peduli ayat tunggang terbalik ke typo ke biar jelah nanti kalau aku rimas aku delete balik senang as abc. Entry emo camni memang tak sepatutnya ditaip tapi ini blog aku kan takpelah aku je pun yang baca. Dah aku takde tempat nak bercerita malam-malam camni bukak blog jelah. 


Oh and I've uninstalled my Twitter from phone. Lagilah bertambah-tambah sunyinya takde menda yang nak dibuat kalau pandang phone tapi takpe aku gembira je. No offence.  


Dan sekarang ni aku sepatutnya dah tidur tapi ended up menaip lagi dengan phone yang dah nak habis battery ni. Memikirkan masa depan aku yang rasa macam suram ni. Entahlah. Rasa macam takde kekuatan yang cukup untuk hadapi dunia yang besar ni memandangkan aku ini bersaiz kecil dan jiwa juga tak berapa nak besar. Tapi sekecil-kecil aku ini pun, aku tau aku berhak nak memiliki kebahagiaan dan kegembiraan aku sendiri. Dan aku inginkannya. Cuma, masa. Aku perlukan masa.  


Masa untuk raih balik kekuatan. Untuk kutip balik semangat yang bertabur. Untuk ikhlaskan balik senyuman yang dah lama fake kat muka aku ni. Untuk berhenti pandang cermin dan judge diri aku sendiri setiap hari. Untuk sentiasa memujuk Iesha atau Din atau sesiapa lagi yang pernah mengadu masalah kepada aku dan dengan poyonya aku memotivasikan mereka sedangkan aku sendiri terasa macam nak minum racun bila tak dapat nak memujuk hati sendiri kalau bersedih.  


Engkau tidak akan membebani hamba-Mu ini dengan apa yang tak mampu untuk kutanggung. Aku yakin akan janji-Mu. Akan kupegang.  


Jan 2, 2013

Sayang Hanum

Assalamualaikum. Salam hari kedua 2013.


Dua hari lepas aku dan Hanum stay up sampai pukul 2 pagi untuk siapkan tutorial. Tiba-tiba dapat tau through mesej yang student Pasum wajib buat online survey kat laman web UM. Memula relaks je. Buang masa lah buat menda alah ni. So aku dan dia proceed untuk beradu. Ok Hanum jelah beradu, aku berdugong kot -,-


Tetiba Syazana dari bilik sebelah cakap benda ni wajib. Kalau tak buat tak boleh jawab final exam. Woi exam-exam ni jangan sebut sensitip guwa!


Dalam kepala terbayang aku berdiri kat luar dewan ketuk-ketuk pintu sambil menangis nak jawab exam. What an imagination.


Mencicit aku dan Hanum pinjam laptop Syazana. Al maklum aku dan dia memasing tak bawak laptop. Ok dia jelah tak bawak, aku memang takde laptop pun -,-


Disebabkan wifi kat bilik macam kucing gemuk berlari, aku dan Hanum angkut laptop Syazana ke tengah aras tempat orang iron baju. Takde meja takde kerusi, duduk je kat lantai. Layan..


Bukak je laman web, rupanya kena buat evaluation untuk setiap pensyarah, demo dan tutor. Aaaannnnnd eventually untuk Hanum sorang je ada 92 evaluation dia kena buat. Kalau bukan sebab due date esoknya, tak kuasa aku nak stay up buat menda alah ni. Sudahnya aku temankan Hanum untuk buat evaluation dia sampai tiga jam.


Bila Hanum dah habis buat, time tu dah dekat pukul 4. Aku pun sambung nak buat tetiba sistem down. Tak boleh nak isi. Kuajaq aku punya dahlah ada 86 evaluations! Guwa rasa macam dugong mengamuk nak musnahkan seluruh kampung dengan perut boyotnya. Then genggam orang Canseleri tu dalam tangan sampai lunyai. Grrrrr!


Dalam kegagahan daku bengang dengan laman web tu, Hanum kat sebelah sabar temankan walaupun esoknya kelas dia pukul lapan pagi. Dan tutorial dia belum siap pun. Mungkin dia kesian tengok muka monyok dan mulut muncung aku, Hanum masak air panas then buatkan aku milo dengan megi. Terharu mak nak :')


Betullah kalau kita susah, ada beberapa kerat manusia je sudi untuk bersama kita. Dan tak semua mereka itu akan bersabar untuk berada disisi kita sampai waktu susah itu habis.


Esoknya pagi-pagi Hanum kejut suruh bangun walaupun kelas aku pukul sepuluh. Hanum letak notebook Ateng atas meja aku, then suruh aku sambung buat evaluation. Padahal masa tu dia dah lambat nak pegi kelas. Sanggup lagi dia pegi bilik Ateng pinjamkan notebook untuk aku.


Terima kasih Hanum.. 


p/s : Menaip guna phone dan duduk like a boss atas katil sambil buat muka selamba depan Hanum yang tengah bersiap nak pegi kelas. Kelas beta pukul sembilan harini hewhew.