Jan 10, 2013

Kualiti Seorang Doktor

Assalamualaikum.


Me is very the sad now. And mad.


Tadi aku keluar awal escape lecture Dr Fakhrul sebab nak pegi klinik amik surat pelepasan kelas. Pagi tadi dengan mengadanya aku tak datang kelas tutorial Statistics sebab malam tadi tak boleh tido menggaru satu badan punya hal. Ini semua gara-gara aku minum susu dua hari lepas.


Ya anak-anak. Dua hari lepas Qila yg malas nak turun bawah isi air mineral dalam botol ni kehausan. Dalam bilik pulak dah takde sumber air nak diminum. Makanya daku minum susu kotak Dutch Lady tiga kotak untk hilangkan dahaga. Then pukul empat pagi aku terjaga rasa panas satu badan. Mata pulak tak boleh bukak, sepet semacam. bibir pun kebas. Sekali tengok cermin, what the hell muka aku macam mashi maro!


Mata dan mulut aku bengkak. Then satu badan merah-merah plus gatal. Ya Allah azabnya nak menahan tangan dari menggaru. 


Makanya pagi esoknya aku cuti satu hari straight sebab bengkak tu tak hilang lagi. Dan disebabkan pagi tadi aku sepatutnya buat test Statistics, aku kenalah pegi klinik amik mc kalau tak 0/10 lah markah aku. Dan disitu bermulanya kisah cemana aku boleh gagah nak tulis blog dalam keadaan tudung pun tak cabut lagi dari kepala ni.


Aku ajak Syiru temankan. Then masa sampai giliran aku, aku nampak nama doktor kat pintu tu Dr Minh Minh Hwn. Amenda seh camne nak pronounce pun aku tak reti tapi klinik UM ni memang ramai doktor foreigner. Aku masuk je bilik tu terus bau semacam. Ala-ala bau kalau lalu depan tempat sembahyang cina gitu. Then aku belum duduk lagi dia dah tanya aku "Sakit apa?"


Aku pun jawab " Allergic dengan makanan, dah dua hari"


Dia tanya " Mana? " Aku pun rambling lah masa tu cakap kat tangan, kaki then mulut bengkak semua. Tetiba dia tekan suara dia macam aku ni ada salah cakap " Saya tanya kat mana?! "


What the. Tersentak aku masa tu. Then aku tunjuk tangan aku yg luka-luka tu. Dia tengok seimbas lalu je pastu dia tanya " You makan apa? "


" Susu "


" Mana ada orang allergic susu? Dah you tau you tak boleh minum kenapa you nak minum lagi? I tak pernah jumpalah orang tak boleh minum susu. Betul ke you ni tak makan benda lain? "


" Saya minum susu je malam tu. Then mulut dgn mata saya bengkak "


" You jangan merepek, susu mana ada effect sampai macam ni. I rasa you kena gigit serangga lah. Cuba you check balik tempat tidur you ke. Mana lagi yg luka kat badan you? "


Aku pun selaklah kain baju kurung aku. Tunjuk kat dia kesan merah gatal-gatal yg banyak tu.


" Ini macam kudis buta ni I tengok, bukan allergic. Dah dah you ni bukannya allergic susu, I rasa you salah makan something then tempat tidur you kotor "


Aku angguk. " Hmm. "


" You pandai-pandai je datang sini kata allergic. Lain kali you check lah sendiri sebelum datang sini "


" Hmm. "


" Dah ni I bagi you ubat sapu untuk badan you. Next time you nak datang you ingat balik apa yg you makan betul-betul. Mana ada orang tak boleh minum susu. Merepek! "


Aku angguk. Bangun, cakap thanks then keluar.


Kau pernah rasa tak macam kau nak hempas buku kat muka seseorang then suruh dia pasang telinga baik-baik apa yg kau nak cakap before jump into conclusion? The only thing that prevent me from doing so is muka tua berkedut dia yang penuh dengan mekap tu serta kesabaran aku.


Aku keluar terus pegi farmasi amik ubat then balik dengan Syiru.  Keluar dari farmasi tu, setitik. Dua titik. Bertitik-titik.


Kalaulah dia rasa dia betul-betul amik medic nak jadi doktor sebab nak tolong orang sakit, aku rasa aku takkan keluar dari bilik dia dengan perasaan macam nak mencarut.


Susah sangat ke nak cakap elok-elok? Penat sangat ke kerja kat klinik UM yang takde oncall pun? Ramai ke patient yg dia nak bedah dalam bilik operation yg kosong tu? Sikit sangat ke gaji yg UM bagi kat dia sampaikan dia dah tak boleh nak balik ke tanah asal dia whether Tahiland or Myanmar or entah ceruk negara mana dia datang. Then datang sini layan pesakit macam semua pesakit ni bodoh tak reti nak bezakan antara gigitan serangga dengan gatal-gatal allergic. Macam aku ni pengotor sangat tak basuh cadar padahal basuh seminggu sekali. Macamlah aku ni saje datang situ sebab mengada nak mintak mc suka-suka takde sebab.Kalau betullah aku bukan allergic dengan susu pun, tak boleh ke dia check dan tengok luka kat tangan aku tu serta bagitau sebab kenapa jadi begitu? Dan tak boleh ke dia check betul-betul instead of jeling sekali imbas? Aku bukan nak complain apa. Tapi ini ke doktor yg UM hasilkan?


Bukan sebagai doktor je. Sebagai seorang manusia takkanlah dia langsung takde common sense untuk treat orang yang datang dengan penuh harapan supaya dia boleh bagitau apa masalah yang dihadapi oleh orang tu. Tu belum aku masuk bab kredibiliti lagi. Kalau ada borang survey, aku akan jadi insan paling bersemangat nak sukarela isi. Not even a doctor she couldn't be placed into. A human with empathy also she failed on. 


Kalau semua doktor kat klinik kerajaan macam ni, jangan terkejut kalau satu hari nanti ada orang yang sanggup mati atas katil kat rumah daripada pegi jumpa doktor kat hospital.  


Aku ingat nama dia. Minh Minh Hwn. Kalau lepas ni aku masuk hospital sebab kulit terkoyak berdarah-darah asyik dok garu tak berhenti, sila saman dia.