Jan 13, 2013

Day At Terengganu

Assalamualaikum. Salam dari Terengganu.


Jumaat lepas aku bermusafir ke Terengganu. Menumpang di rumah Tikah selama empat hari. Berharap empat hari itu mampu mengikhlaskan sedikit senyuman yang dah lama palsu kat mulut ini.


Maghrib tadi masa satu family Tikah baru lepas sembahyang, aku duduk diam kat bilik baca Bio (bulan mengambang tiba) Kat sini mak dia suka pasang radio sepanjang hari. Masa tu pulak kebetulan ada tazkirah Maghrib kat radio dari ustaz Terengganu.


" Kalu Tuhan uji kitp dengan macam-macam, toksah kito laghi jauh-jauh! Toksah dok kato Tuhan tu uji kito sebab kito buak banyak dosa. Kito semat elok-elok dalam hati Tuhan tu sebenaknya rindu samo kito, Dio dok panggil-panggil suh kito maghi datang kok Dio, ngadu kok Dio. Dio paham kito kalu sedih memang nok oghang dengo, sebak tu Dio uji kito. Dio yakin kito akan kembali kok Dio. Baik Tuhan tu, kito jo tok tahu! "


Tersentap. Aku stop baca DNA replication dan letak telinga dekat dengan pintu sebab radio tu kat luar bilik je.


Bila habis ustaz tu cakap, ada satu lagu yang takde lagu kat dunia ni boleh tandingi dia. Takkan ada lagu lain yang boleh ketuk dan hentam hati kita sehebat lagu ni.


" Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgamu.. "


" Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.. "


Diam dan terus simpan pen.

No comments: