Jan 3, 2013

Error

Assalamualaikum.


It was late at night and I can't even sleep. My eyes wide awake -,-


Hari ini first day kelas untuk tahun 2013. Well simply said aku cuba untuk jadikan setiap hari sebagai hari yang lebih baik untuk aku. Tapi tapi tapi tadi kelas Dr Zahrah aku dah tersengguk T.T Sedih mak nak. Sem dua ni boleh kata sekali dua je aku tertidur masa lecture, itu pun time lecture Bio sebab kalau aku berjaga ke, tidur ke, sama je balik bilik kena baca lecture notes balik baru faham. Tapi tadi Dr Zahrah lanjutkan kelas dia sampai satu jam setengah wuwuwuw daku dahlah tak cukup tidur malam tadi makanya bila nampak Dilla dengan Farah tidur aku pun tertidur sama.


Aku sendiri tak faham kenapa malam buta pukul empat pagi camni aku terasa nak menulis. Menaip dan mengeluarkan apa yang ada kat dalam hati. Sebenarnya sejak kebelakangan ni terlalu banyak yang aku fikirkan. Sampai kadang-kadang aku terlupa yang mana satu prioriti aku. Aku sibuk fikirkan masa depan sedangkan hari yang aku jalani ni pun belum tentu aku habiskan dengan sebaik mungkin.


Mungkin aku terlalu risau fikirkan apa yang akan aku hadapi beberapa bulan dari sekarang.


Tipu cakap kalau aku tak jeles dengan kawan satu batch yang dah masuk degree sekarang. Tipu kalau aku cakap aku tak menyesal mohon program tahapehape waktu fast track MARA dulu. Tipu kalau aku cakap aku tak teringin nak ada kat tempat diorang. Tipu Qila tipu tipu.


Sekurang-kurangnya diorang dah ada haluan yang pasti. Yang medic dengan buku tebal batu batanya. Yang engineering dengan formula Fiziknya. Yang account dengan kalkulatornya. Yang psikologi dengan kepala psikonya. Ah macam-macam lagi yang memamg semuanya buatkan aku tumpang gembira tapi dalam masa yang sama buat aku sedih. Tu belum campur yang kat France lah India lah Mesir lah semua pelosok dunia lagi.


Aku? Kat Pasum. Terhuyung-hayang dengan result final exam yang aku sendiri tak tahu akan bawa aku kemana lepas ni. Masih tercari-cari identiti dan minat sebenar. Masih terumbang-ambing takde panduan dari kawan-kawan. Masih lagi rasa down tengok orang-orang genius stok Albert Einstein kat sini.


"Sekurang-kurangnya kau kat UM! Orang yang tak dapat asasi cam kau tu kau taknak kira pulak?"


Senyaplah. Kau cuma tau cakap je. Ada aku kata aku tak bersyukur? Takde kan? Aku just kata aku tengah mengalami masa yang susah kat sini. Takde pun aku kata aku berharap aku berada in someone else place.


Oh lupa dalam banyak-banyak benda kat dunia ini, ada satu je yang paling susah nak ditutup. Mulut tu ha.


Aku tetap bersyukur dengan apa yang dah ditetapkan untuk aku. Cuma aku berdoa dan berharap aku akan dikurniakan sedikit lagi kekuatan untuk tepis semua perasaan negatif yang aku rasa sekarang ni. Berharap aku akan diberi sisa-sisa ketabahan untuk teruskan beberapa bulan lagi kat sini. Berharap aku takkan mengalah dan kalau aku mengalah pun, berharap dan berdoa aku akan bangun segera. Walaupun tanpa sesiapa disisi aku macam dulu-dulu masa ada Syifa, Yam, Nina, Zahra dan Syasya. Atau Farah. Atau Zai. Atau sesiapa yang sentiasa ada untuk bimbing aku. Entah ada lagi entahkan tidak.


Yang pasti kat sini tiada sesiapa yang aku cukup percaya untuk menjadi kawan aku berkongsi air mata. Yang boleh mendengar tanpa judge atau buat aku rasa lebih teruk. 


Kawan ketawa itu memang ramai. Kawan menangis juga ramai. Tapi yang betul-betul akan menangis bersama itu hampir tiada. Ayat cliche kan. Ah lantak jari aku menaip laju ni aku dah tak peduli ayat tunggang terbalik ke typo ke biar jelah nanti kalau aku rimas aku delete balik senang as abc. Entry emo camni memang tak sepatutnya ditaip tapi ini blog aku kan takpelah aku je pun yang baca. Dah aku takde tempat nak bercerita malam-malam camni bukak blog jelah. 


Oh and I've uninstalled my Twitter from phone. Lagilah bertambah-tambah sunyinya takde menda yang nak dibuat kalau pandang phone tapi takpe aku gembira je. No offence.  


Dan sekarang ni aku sepatutnya dah tidur tapi ended up menaip lagi dengan phone yang dah nak habis battery ni. Memikirkan masa depan aku yang rasa macam suram ni. Entahlah. Rasa macam takde kekuatan yang cukup untuk hadapi dunia yang besar ni memandangkan aku ini bersaiz kecil dan jiwa juga tak berapa nak besar. Tapi sekecil-kecil aku ini pun, aku tau aku berhak nak memiliki kebahagiaan dan kegembiraan aku sendiri. Dan aku inginkannya. Cuma, masa. Aku perlukan masa.  


Masa untuk raih balik kekuatan. Untuk kutip balik semangat yang bertabur. Untuk ikhlaskan balik senyuman yang dah lama fake kat muka aku ni. Untuk berhenti pandang cermin dan judge diri aku sendiri setiap hari. Untuk sentiasa memujuk Iesha atau Din atau sesiapa lagi yang pernah mengadu masalah kepada aku dan dengan poyonya aku memotivasikan mereka sedangkan aku sendiri terasa macam nak minum racun bila tak dapat nak memujuk hati sendiri kalau bersedih.  


Engkau tidak akan membebani hamba-Mu ini dengan apa yang tak mampu untuk kutanggung. Aku yakin akan janji-Mu. Akan kupegang.  


No comments: