Jan 27, 2013

Post Exam's Blogpost

Assalamualaikum and Happy Sunday.


Jumaat lepas exam habis dengan tumpasnya paper Fizik Asas 4 dan Genetik & Teknologi DNA. Seminggu nie memang aku pulun habis ala-ala nak ke Perang Saudara. Eyebags toksah cakap. Berlipat-lipat macam lemak terkumpul bawah dagu. Bukan double chin lagi, dah quadraple chin dah.


Isnin : Kimia Asas 3 dan Statistik & Kebarangkalian

Azam aku nak tidur awal pukul 12 malam then nak bangun pukul 4 pagi sebenarnya. Tapi apakan daya nak tidur pun tak sedap hati makanya bila dah bungkus badan dalam selimut atas lantai (aku memang tidur atas lantai setiap kali musim exam) nota Kimia tetap ada kat tangan. Ended up tidur pukul 3 pagi dan bangun pukul 4 pagi -__-


Selasa :Kimia Asas 4 dan Fizik Asas 3

Kimia 4? Jangan berangan nak tidur awal. Sejak zaman SPM lagi aku memang allergik dengan Organic Chemistry and VOILA!! Dah tiga minggu aku menatap lecture notes Alcohol and Carbonyl Compounds. Ended up tidur pukul 3.30 dan bangun pukul 4 jugak -__-


Rabu : Fisiologi Organisma dan Algebra & Kalkulus (plus English For Academic Studies)

Biologi. Campur. Algebra. Campur. Kalkulus. I. Am. So. So. Definitely. Cannot. Sleep. At. All. Aaaaaaaaaaaaaaand waktu jawab soalan English For Academic Studies yang bulat-bulat je tu, I'm not the one who answered those questions. My inner self did that while my true self sleeping like a total whale in the examnination hall -__-


Khamis : Maulidur Rasul

Bangun pukul 5.40 pagi dalam keadaan masih belum solat Isyak disebabkan semalam aku dan Hanum masing-masing pengsan atas katil lepas solat Maghrib. Turun cafe pukul 7.30 pagi, breakfast dan kembali bertapa depan buku sampai malam -__-


Jumaat : Fizik Asas 4 dan Genetik & Teknologi DNA

Aku expect Fizik 4 tu cuma hafal formula je, so aku petang tu aku focus gila-gila kat Biologi dan decide untuk study Fizik malam-malam nanti. Bila aku habis revise Bio, tooodiaaaaaaaaaaaaaa gilo bak ang susah weh Fizik tu!!!!!! Bukan takat nak hafal formula, nak fahamkan konsep pun aku merangkak-rangkak. Bila gi buat soalan past years, toooodiaaaaaaaaaaaa lagi susah! Aku jeling Hanum kat sebelah, dia dah tertidur dengan kalkulator kat muka. Ended up malam itu juga aku tidak tidur -__-


Macam poyo-poyo je kan tulis pasal exam dalam blog. Oh tidak mengapa macamlah ramai sangat orang yang baca blog bosan camni. Aku menulis pasal exam bukan untuk menjadi contoh tauladan bahawa sesungguhnya " Kalau musim exam datang, jangan tidur! Pulun study! Baca buku sampai lebam! Jangan bukak FB! Jangan bukak Twitter! Jangan post kat Instagram! Jangan buat pape pun kecuali study! Study study study sampai mati! " -___-


Oh tidak-tidak bukan begitu. Setiap orang ada cara belajar sendiri. For me, I usually study at about three weeks before exams start. Sebab aku bukan jenis yang boleh ingat sesuatu benda dengan sekali baca je. So aku kena ulang-ulang apa yang aku baca sampailah betul-betul ingat. Then aku jenis yang tak biasa study group atau study beramai-ramai. So aku cuma duduk bilik dan menghadap buku sorang-sorang sampai terjojol bijik mata jatuh atas meja. Dan benda paling tak sihat yang aku amalkan setiap kali musim exam ialah aku memang TAKKAN TIDUR. Yep aku pernah tak tidur dua minggu which was masa final exam Semester Satu dulu. Sepanjang malam aku bersengkang mata kat bilik Dilla dan melihat Dilla tidur dengan perasaan penuh iri hati. Bukannya aku memang niat taknak tidur (eheh kecuali kalau aku belum habis study baru time tu terkujat-kujat nak pulun semua) tapi aku memang tak boleh nak tidur. Rasa macam ada yang kurang yang kena dibaca balik.


So setiap kali musim exam, mata aku memang extra lebam dan hitam.


Aku harap takkan ada sesiapa yang ikut cara aku study especially adik-adik dan sepupu serta anak-anak buah daku yang berlambak itu. Oh tidak Kak Ila engkau ini tidaklah pandai mana usah kau ikut tabiat belajar ku ini jangaaaaaaannn jangaaaaaannnnnn.. Ikutlah cara belajar yang engkau orang semua selesa ye? Tapi kalau nak tips, ada a few tips yang mungkin boleh daku perturunkan buat kalian. Bak kata bidalan, ilmu kalau disimpan sendiri akan hilang. Jangan kedekut ilmu, tak baik.


1) Puasa. 
Yep berpuasalah masa exam. Kalau larat puasa straight sampai habis exam, bagus jugak. Tapi kalau tak larat puasa hari Isnin dan Khamis je pun takpe. Yang penting niat kena betul, Tapi janganlah time exam je engkau orang puasa, minggu-minggu lain engkau orang seronok makan pizza tak ingat dunia pulak.


2) Solat sunat
Kalau nak buat solat sunat tahajud, kena tidur walaupun sekejap. Tapi kalau macam Kak Ila engkau orang ni yang tak tidur malam, tak bolehlah nak buat tahajud. Yang penting solat hajat dan banyakkan baca Al Quran. Bukannya apa, untuk ketenangan hati sebab kita dah berusaha sehabis baik kan. So the rest, we left it to The Almighty. He knows best. He will judge us and granted us for what we've worked for. Tapi janganlah engkau orang solat sunat berpuluh rakaat tapi lima yang wajib itu ditinggal pulak. Ish salah tu dik.


3) Mandi awal pagi
Ada kajian yang menunjukkan mandi awal pagi especially sebelum subuh itu bagus untuk metabolisma badan. Dalam Islam pun ada dinyatakan begitu. Jadi adik-adik, kalau boleh sebelum azan subuh tu mandilah ye. Kalau yang sekolah sesi petang pun mandi jugak pagi-pagi. Lepas mandi otak kita segar. So kalau agak-agak tak cukup bersedia lagi atau tak cukup yakin lagi, bolehlah sambung baca sikit-sikit lepas mandi.


4) Wajib sarapan
Macam yang Kak Ila kata, WAJIB. Jangan tipu aku tau dari zaman tadika lagi cikgu dah pum pang pum pang cakap yang sarapan itu penting. Jangan buat-buat baru pertama kali dengar ye. Cubit kang.


Sebenarnya ada banyak lagi tapi rasanya semua orang dah tau. Masuk dewan exam pakai kaki kanan (Ya Allah aku terlupa nak masuk pakai kaki kanan sepanjang minggu!) Minum air masak banyak-banyak (which I don't) Kurangkan buat dosa (hampir setiap malam aku dan Hanum membazir beli makanan banyak-banyak kat cafe) Dan banyak lagi. Eheh.


On top of all these, have faith in Him. Don't let the terror towards exam grows bigger than your faith towards Allah. Yang menjadikan sesuatu ilmu itu bukan lecturer atau cikgu, tapi Dia. So kalau 2 + 2 kita yakin jawapan dia 4, dengan kuasa Allah tak mustahil 2 + 2 boleh jadi 5. Ini contoh ye, jangan cakap aku ajar Maths sesat pulak. Allah tu Maha Berkuasa. Kun fayakun. Bila Dia kata "Jadi!" maka jadilah. Jangan lupa yang itu.


Believe in yourself. Kalau dah pulun sehabis mungkin tapi results masih lagi tak ohsem, cuba check balik hubungan dengan manusia lain pulak. Kalau hubungan dengan manusia pun takde masalah, mungkin itu bukan rezeki kita. Mungkin Allah masih belum beri sebab Dia nak uji sejauh mana kesabaran kita. Atau mungkin juga Allah masih simpan yang terbaik untuk kita. Semuanya mungkin. Kalau pandai macam Albert Einstein pun, tapi kalau Dia kata "Tidak" maka tidaklah.


Think positive ye dik. Allah never abandoned us. Have faith in Him. Allah knows best. Kalau niat kita ikhlas belajar lillahitaala, inshaAllah walau teru macam mana pun results kita nanti, kita takkan rasa sedih. Believe me. I've done this before. 


Its been so long since I've posted something serious and useful! Hehehe. Believe me one year during foundation programme ain't easy. Lots and lots of things to cover in a short period of time. I even got migrain every night since I've forced myself too hard this week tssssskkkkkkk T_T


So I guess this is it. Hehe. Dah panjang macam railway KTM gini baru nak stop.


One last thing! Aku dah mula menjahit semula. Semalam aku beli kain 2 meter dan malam tadi bersengkang mata 6 jam tak tidur untuk jahit buat loose tshirt. Sebab sejak kebelakangan ni aku sibuk carik tshirt long sleeves dan longgar tapi tak jumpa. So masa aku stress pikir cemana nak carik tshirt tu, VOILA!!! my brilliant brain came up with such a fantastic idea hahahahaha!


Dah siap jahit tapi aku malas nak capture then nak transfer masuk dalam blog lagi. Ah malas. Baik aku kunyah roti canai panas-pnas kat dapur tu. Nanti-nanti aku cadang nak upload masuk tutorial shawl kat dalam blog ni. Err bukan tutorial pun sebenarnya. Just a few tips untuk pakai shawl yang agak pendek without exposing your chest area. Haaaa cemana tu cemana?? Hehe tunggulah nanti aku upload masuk ye :)


Rasanya tadi dah kata nak stop kan? Arghhh.


One last thing. I mean last as literally last! 





Katil guwa masa musim exam. Kbye.

2 comments:

siti suhana said...

study hard mu nih, btw katil and semua atas tu pink-pink lagi. macam, cadar maktab pun ada, hihi

Aqila Syahiena said...

Bukan macam lagi! Memang cadar maktab pun hahahahahaha I rindu I rinduuuuuuuuuuuu!