Jan 3, 2013

Rage Against Hanum

Assalamualaikum.


Dah dua hari berlalu semenjak kali terakhir aku makan nasi. Inilah padahnya mengharapkan duit KPT yang tak kesampaian. Sudahnya aku terpaksa ikat perut sampai Jumaat nanti masa ayah bank in duit. Itupun kalau ayah ingat. Kalau tak terpaksa makan megi untuk tiga malam lagi. Sad Qila T.T


Dan ayat sama akan Hanum keluarkan tiap kalau waktu makan.


" Qila nah ni makan nasik, jom turun beli pakai duit aku dulu "


Dan aku dengan poyonya cakap " Taknaklah, aku tak lapar " Padahal dalam perut ada taufan katrina.


" Kalau taknak beli nasik, meh sini share makan dengan aku "


" Takpe, aku tak lapar. Malam nanti aku makan megi "


Mata Hanum pulak akan mencerun. Tajam.


" Makan! "


" Taknak! "


" Makan! Meh sini MAKAN! " 


Aku buat-buat menguap nak tidur.


" Yelah Qila mana nak makan nasik yang aku bagi kan.. Qila nak makan nasik yang orang tu bagi je.. Untunglah orang tu nasik dia je yang Qila nak makan, bukan nasik aku.. Pen pun kalau bukan orang tu belikan mesti Qila taknak pakai punya pen yang aku bagi.. " ( Dengan tempo sedih dan muka merajuk berpaling menghadap dinding untuk elak dari kena baling dengan buku kat tangan beta )


" Meh sini nasik tu. Aku lapar gila "

No comments: