Jan 2, 2013

Sayang Hanum

Assalamualaikum. Salam hari kedua 2013.


Dua hari lepas aku dan Hanum stay up sampai pukul 2 pagi untuk siapkan tutorial. Tiba-tiba dapat tau through mesej yang student Pasum wajib buat online survey kat laman web UM. Memula relaks je. Buang masa lah buat menda alah ni. So aku dan dia proceed untuk beradu. Ok Hanum jelah beradu, aku berdugong kot -,-


Tetiba Syazana dari bilik sebelah cakap benda ni wajib. Kalau tak buat tak boleh jawab final exam. Woi exam-exam ni jangan sebut sensitip guwa!


Dalam kepala terbayang aku berdiri kat luar dewan ketuk-ketuk pintu sambil menangis nak jawab exam. What an imagination.


Mencicit aku dan Hanum pinjam laptop Syazana. Al maklum aku dan dia memasing tak bawak laptop. Ok dia jelah tak bawak, aku memang takde laptop pun -,-


Disebabkan wifi kat bilik macam kucing gemuk berlari, aku dan Hanum angkut laptop Syazana ke tengah aras tempat orang iron baju. Takde meja takde kerusi, duduk je kat lantai. Layan..


Bukak je laman web, rupanya kena buat evaluation untuk setiap pensyarah, demo dan tutor. Aaaannnnnd eventually untuk Hanum sorang je ada 92 evaluation dia kena buat. Kalau bukan sebab due date esoknya, tak kuasa aku nak stay up buat menda alah ni. Sudahnya aku temankan Hanum untuk buat evaluation dia sampai tiga jam.


Bila Hanum dah habis buat, time tu dah dekat pukul 4. Aku pun sambung nak buat tetiba sistem down. Tak boleh nak isi. Kuajaq aku punya dahlah ada 86 evaluations! Guwa rasa macam dugong mengamuk nak musnahkan seluruh kampung dengan perut boyotnya. Then genggam orang Canseleri tu dalam tangan sampai lunyai. Grrrrr!


Dalam kegagahan daku bengang dengan laman web tu, Hanum kat sebelah sabar temankan walaupun esoknya kelas dia pukul lapan pagi. Dan tutorial dia belum siap pun. Mungkin dia kesian tengok muka monyok dan mulut muncung aku, Hanum masak air panas then buatkan aku milo dengan megi. Terharu mak nak :')


Betullah kalau kita susah, ada beberapa kerat manusia je sudi untuk bersama kita. Dan tak semua mereka itu akan bersabar untuk berada disisi kita sampai waktu susah itu habis.


Esoknya pagi-pagi Hanum kejut suruh bangun walaupun kelas aku pukul sepuluh. Hanum letak notebook Ateng atas meja aku, then suruh aku sambung buat evaluation. Padahal masa tu dia dah lambat nak pegi kelas. Sanggup lagi dia pegi bilik Ateng pinjamkan notebook untuk aku.


Terima kasih Hanum.. 


p/s : Menaip guna phone dan duduk like a boss atas katil sambil buat muka selamba depan Hanum yang tengah bersiap nak pegi kelas. Kelas beta pukul sembilan harini hewhew.

No comments: