Jan 29, 2013

Semoga

Assalamualaikum.


Semoga aku takkan mudah mengalah dengan bisik hati yang lemah.


Semoga aku takkan memandang ke belakang lagi dan melihat sisi masa silamku yang kelam.


Semoga aku sentiasa meluruskan kaki untuk berada di landasan yang betul.


Semoga aku takkan bersedih hati dengan perasaan yang masih belum hilang ini.


Semoga aku mampu mengukir senyum ikhlas tanpa perlu berlatih di depan cermin setiap pagi.


Semoga aku boleh menyayangi semua yang aku kenali.


Semoga aku sentiasa melihat warna pelangi di celah kabur senja.


Semoga aku sentiasa berjuang untuk menewaskan sudut diri sendiri yang gelap.


Semoga aku takkan tertipu dengan resmi dunia.


Semoga aku dapat mengikhlaskan hati dan menghumban rasa riak yang tersembunyi.


Semoga aku mampu berdiri teguh melunaskan tanggungjawab yang dipikul di bahu.


Semoga aku mampu kembali kepada Dia dengan pengakhiran yang baik.


Semoga Dia yang aku rindu akan menerimaku semula.


Semoga selamat semuanya.


Semoga. Semoga aku mendapat tempat dalam doa sesiapa. Meski diri kecil hina tidak begitu berjasa kepada agama.


Ameen.


1 comment:

Budak sanguine!! said...

semoga...hehehe jemput ke blog hantu saya..haha