Feb 28, 2013

Dear Dilla

Assalamualaikum.


This post is specially dedicated to my dear Adillah Farhana.


Dear Dilla, thank you for being my greatest friend here. I can tell you one thing, there's nothing I've hide from you. Dari cerita emo sampai ke angan-angan sepuluh tahun akan datang, semua aku dah cerita pada kau. Hewhew.


I'm here to tell you, don't be afraid. Don't let your past build a wall to your future.


Its not wrong to look back, but try to put some boundaries and border lines okay? I know you can. I believe you will always can. You're one of the most stubborn girl I've ever seen (hehe) therefore I believe you can always rise back and shine, no matter how deep a hole you've fall into.


Saya percaya Adillah Farhana saya seorang yang kuat dan takkan mudah berputus asa. Tahu kenapa saya berani untuk cakap begitu? Sebab saya sayang dia :)


Hold my hands. I can see our victory. Its waiting for us there. We just need to keep walk and secure our heart.


Its there. So close, and getting closer.

Feb 21, 2013

Its 4.00 am.

Assalamualaikum.


Bij please, I'm too young for an engagement. So please don't believe in any of the rumors that I've engaged or gonna be engaged soon. Itu semua poyo. Syed je yang pecah rekod nak kahwin terus. Teman idak ler. Hahaha.


By the way Syiru, now all of my classmates thought I've engaged. Thanks to you. Grrrrrr.


Anyway final is just around the edge. Jadi saya sudah mula ikat kepala dengan bendera Jepon serta tidur yang tak statik di satu tempat. I wish I won't repeate the same mistakes ever like before. Bertahan wahai Encik Otak, habis PASUM nanti awak nak koma atas katil tiga bulan pun boleh. Saya pwomiseee saya takkan fikir pape habis final exam nanti. Hihi.


There's a difference between loving someone or just happy when there's someone who loves you. Sort of. Tapi itu hak orang. Kita tak boleh membenci sesorang hanya kerana kita tak suka mereka ada perasaan itu. Hmm.


What you are, I once was. What I am, you will become.


Roda memang telah berputar.


Feb 9, 2013

Student's Post #1

Assalamualaikum.


Masa aku duduk rumah Tikah selama lima hari kat Terengganu, aku sempat singgah BSN untuk beli nombor PIN UPU dan USM. Semangat kau Jah. Hahaha.


Aku dah selesai isi dan hantar ke sistem. Tak perlu nak mention program apa yang aku pilih, cukuplah sekadar sesiapa yang sudi sila doakan aku kekal kuat untuk habiskan satu lagi sem kat sini dan capai hasrat untuk ambil degree dalam bidang itu. Walaupun mungkin susah.


Yang pasti aku tak mintak UM. Hehehe I nak travel jauh ni you. Kalau dapat Sabah atau Sarawak I boleh terus zapppppppp pack barang dalam luggage!


InsyaAllah =)




Dah dua hari aku menggila camwhore sebelum pergi kelas.
Lols.



Feb 4, 2013

Luka


Yang luka itu memang sakit


Biarpun mereka sering berkata "The first cut is always the deepest"


Tak, mereka tipu


Kali kedua, luka itu tetap sakit


Kali ketiga, masih sakit


Kali keempat, juga sakit


Yang membezakan hanya cara kita memujuk luka itu


Dan cara kita sembunyikan semua luka


Yang kita fikir mampu pulih suatu masa nanti


Tak, mereka tipu


Luka tidak pernah mahu belajar erti kurang


Yang belajar cara mengurangkannya adalah kita


Aku.


* * * * * * * * * *


Tidak pasti kenapa setelah hampir tiga tahun pun, yang membawa kelukaan itu masih di sini. Dalam hati. Masih belum pergi. "Setia" dan "tunggu" itu boleh pergi meninggal. Aku bukan setia. Bukan juga tunggu. Cuma perasaan itu masih begitu. Masih statik. Masih tak mahu pergi menyinggah tempat lain.


Masih lagi begitu dan di situ. Itu bukan setia. Itu namanya buntu. Ya, aku temui jalan buntu.


Dan aku lupa bila kali terakhir aku tersenyum bila lagu Percaya Pada Luka itu terpasang. Lupa juga bagaimana rasanya rasa dihargai dan diingati walau sikit. Atau sebenarnya aku je yang rasa dihargai sedangkan realiti boleh membunuh.


Aku cuba untuk faham jadual sibuk itu. Aku cuba untuk terima jarak yang beribu kilometer itu. Aku cuba biasakan diri bila orang menghilangkan diri berhari-hari. Ya aku cuba. Dan aku rasa aku hampir berjaya.


Berjaya tipu diri sendiri.


Tiga tahun. Dan aku sentiasa berjaya sedapkan hati sendiri. Sentiasa berjaya tumpaskan sikap paranoid dalam diri. Sentiasa belajar pujuk diri sendiri bilamana aku sedih.


Tipulah kalau kau buta. Kau tak cukup bodoh untuk tak nampak dan tak sedar. Atau kau memang buat-buat tak sedar. Kalau kau tak suka aku terus-menerus ada perasaan ini, sila cakap. Sila cakap. Sila cakap. Diulang, SILA CAKAP.


Aku akan sedar diri dan terus pergi. Semua perasaan itu boleh pergi meninggal. Aku akan kuburkan tanpa nisan sekalipun. Ya aku janji. Sekali sahaja kau cakap "Jangan tunggu aku" dan aku akan terus campak semua harapan yang aku simpan dalam kepala setiap malam sebelum tidur. 


Bukan susah. Aku tak mintak kau terima aku. Sedangkan aku sendiri masih terumbang-ambing cipta relationship dengan diri sendiri, apatah lagi dengan orang lain. Walaupun dengan engkau yang aku sayang. Aku memang belum sedia dan entah bila mahu sedia cuma Dia yang tahu. Sebab itu aku musykil kenapa perasaan itu masih ada sedangkan belum sampai masanya.


Kalau kau tak mahu aku terus simpan perasaan, sila cakap straight kepada aku. Aku serius.


Kalau kau mahu aku terus simpan perasaan, sila teruskan berbual seperti biasa dengan aku.


Kalau kau ada perasaan seperti aku, aku boleh pergi sembelih ayam kerana itu memang takkan berlaku. Ya aku sedar diri. Aku sentiasa tak lupa untuk sedar siapa diri aku.


Cuma, cakap. Cakap dan aku yakin semuanya akan nampak jelas. Taklah kabur samar-samar macam sekarang.