Feb 4, 2013

Luka


Yang luka itu memang sakit


Biarpun mereka sering berkata "The first cut is always the deepest"


Tak, mereka tipu


Kali kedua, luka itu tetap sakit


Kali ketiga, masih sakit


Kali keempat, juga sakit


Yang membezakan hanya cara kita memujuk luka itu


Dan cara kita sembunyikan semua luka


Yang kita fikir mampu pulih suatu masa nanti


Tak, mereka tipu


Luka tidak pernah mahu belajar erti kurang


Yang belajar cara mengurangkannya adalah kita


Aku.


* * * * * * * * * *


Tidak pasti kenapa setelah hampir tiga tahun pun, yang membawa kelukaan itu masih di sini. Dalam hati. Masih belum pergi. "Setia" dan "tunggu" itu boleh pergi meninggal. Aku bukan setia. Bukan juga tunggu. Cuma perasaan itu masih begitu. Masih statik. Masih tak mahu pergi menyinggah tempat lain.


Masih lagi begitu dan di situ. Itu bukan setia. Itu namanya buntu. Ya, aku temui jalan buntu.


Dan aku lupa bila kali terakhir aku tersenyum bila lagu Percaya Pada Luka itu terpasang. Lupa juga bagaimana rasanya rasa dihargai dan diingati walau sikit. Atau sebenarnya aku je yang rasa dihargai sedangkan realiti boleh membunuh.


Aku cuba untuk faham jadual sibuk itu. Aku cuba untuk terima jarak yang beribu kilometer itu. Aku cuba biasakan diri bila orang menghilangkan diri berhari-hari. Ya aku cuba. Dan aku rasa aku hampir berjaya.


Berjaya tipu diri sendiri.


Tiga tahun. Dan aku sentiasa berjaya sedapkan hati sendiri. Sentiasa berjaya tumpaskan sikap paranoid dalam diri. Sentiasa belajar pujuk diri sendiri bilamana aku sedih.


Tipulah kalau kau buta. Kau tak cukup bodoh untuk tak nampak dan tak sedar. Atau kau memang buat-buat tak sedar. Kalau kau tak suka aku terus-menerus ada perasaan ini, sila cakap. Sila cakap. Sila cakap. Diulang, SILA CAKAP.


Aku akan sedar diri dan terus pergi. Semua perasaan itu boleh pergi meninggal. Aku akan kuburkan tanpa nisan sekalipun. Ya aku janji. Sekali sahaja kau cakap "Jangan tunggu aku" dan aku akan terus campak semua harapan yang aku simpan dalam kepala setiap malam sebelum tidur. 


Bukan susah. Aku tak mintak kau terima aku. Sedangkan aku sendiri masih terumbang-ambing cipta relationship dengan diri sendiri, apatah lagi dengan orang lain. Walaupun dengan engkau yang aku sayang. Aku memang belum sedia dan entah bila mahu sedia cuma Dia yang tahu. Sebab itu aku musykil kenapa perasaan itu masih ada sedangkan belum sampai masanya.


Kalau kau tak mahu aku terus simpan perasaan, sila cakap straight kepada aku. Aku serius.


Kalau kau mahu aku terus simpan perasaan, sila teruskan berbual seperti biasa dengan aku.


Kalau kau ada perasaan seperti aku, aku boleh pergi sembelih ayam kerana itu memang takkan berlaku. Ya aku sedar diri. Aku sentiasa tak lupa untuk sedar siapa diri aku.


Cuma, cakap. Cakap dan aku yakin semuanya akan nampak jelas. Taklah kabur samar-samar macam sekarang. 

No comments: