Mar 27, 2013

Keep Calm

Assalamualaikum.


One thing I'm proud of. I didn't shed a single tears for months.


Three weeks. Another three weeks and everything will be gone.


Gonna stay at home and reset everything. As if all these never happened and I never encountered anything.


Maybe time will heals me. Maybe two months. Or three months. Or a year. Or maybe five years. Or maybe never. I don't know.


One thing to bear in mind : What you give, you'll get back. What goes around comes around. Today you hurt someone and tomorrow you'll get hurt, maybe even deeper.


This is not revenge. Wohoooooo tidak tidak. Karma atau balasan bukan kerja aku. Itu kerja Dia.


Keep calm and delete everything. Macamlah tak biasa. Jadi watak sampingan memang bakat aku.


Aku boleh cari bahagia sendiri. Hanya kerana aku masih belum jumpa, tak bermaksud aku perlu berhenti percaya.


Mar 26, 2013

Zombie Malam

Assalamualaikum.


April fool ini aku akan menghadapi final exam. Ah tak lawak mana aih final exam tang-tang jatuh tarikh tu. Ini bukan cubaan ini betul-betul. This is zerious it can't be any real!


Drama. Ya malam ini pentas dunia memang aku yang punya.


Pernah atau tidak kau cuba untuk tidur tapi akhirnya kau terguling-guling bawah selimut peluk bantal busuk selama dua jam. Dan bila kau dah berjaya tidur, kau terjaga kerana didatangi mimpi yang macam asdfghjkl punya tak seronok.


Kau duduk bersila atas katil. Dengan rambut kusut menggerbang seakan pontianak. Dan merenung roommate kau yang nyenyak tidur.


Pandang ke arah tingkap, sayup-sayup dengar bunyi hujan dan guruh. Pandang sekeliling bilik, gelap.


Aku benci suasana ini.


Aku benci bila terjaga dari tidur dan rasa keseorangan. Macam dunia ini dah berputar laju dan kau tertinggal di belakang. Macam kau terjaga dari koma tiga bulan dan semuanya tidak seperti dulu. Ya aku tahu aku macam berhiperbola hei hei tapi itu yang aku rasa selama ini kot. Kau tiada di tempat aku jadi jangan menilai.


Bila kau terjaga dari tidur dan perasaan nak menangis itu membuak-buak. Benci sungguh aku.


Kalau di rumah aku pasti akan terhuyung-hayang cari mana adik aku tidur dan menyelit sebelah dia. Supaya bila aku terjaga sekali lagi, adik aku ada di sebelah dan aku takkan rasa perasaan ini. Entah sejak bila aku ada habit pelik macamni pun aku tak pasti.


Tapi serious. Annoying sungguh perasaan ini.


Dan pernah sekali aku terjaga dari tidur di sini (kolej) dan rasa macam nak berguling-guling menjerit. Bila aku nampak phone, ada satu nama yang melintas spontaneously dalam kepala.


Call orang malam-malam dalam keadaan mamai lepastu meracau-racau mintak roti. Aih tepuk muka sorok dalam bantal.


Itu cerita dulu. Cerita beberapa bulan lalu. Mungkin dia sudah lupa tetapi tidak aku.


Speaking of, errr dah bagaimana harus aku tidur semula? *menggagau meja cari nota bio*


Mar 22, 2013

Kekal Kuat

Assalamualaikum.


Malam punyai rahsia sendiri. Dan mata macam memahami. Kerana itu mata tidak pernah mahu pejam. Kerana mata mengerti, ia perlu mengeluarkan semua yang disimpan dalam hati.


Air mata. Ya aku seorang perempuan yang murah dengan air mata di malam hari. Betapa hitam hari siang yang aku lalui, mata tidak pernah mahu tunjukkan aibnya. Hati juga tidak pernah gagal menyimpan semuanya.


Kedua belah mata dan sekeping hati aku tahu, aku perlu kekal kuat. Meski kadang tak tertanggung rasanya.


Aku tidak punyai kehidupan seindah yang mereka lihat pada senyum dan gelak tawa aku. Aku tidak punyai masa silam yang jernih tanpa air mata seperti cerpen-cerpen pendek yang selalu aku tulis. Aku tidak punyai impian indah seperti yang aku lakar dalam setiap lukisan kanvas putih. Dan setiap not-not muzik yang aku tulis.


Ya, aku seperti engkau. Seperti kita semua. Berusaha mencari bahagia sendiri walaupun masa silam tak seindah yang engkau impi.


Kerana lumrah manusia itu, takkan pernah terlepas tanpa diuji. Dan aku angkat tangan setinggi-tinggi kepada Dia kerana mengurniakan aku kehidupan yang tidak indah. Yang tidak sempurna. Agar aku kenal dan belajar erti usaha. Agar aku tahu apa itu air mata dan berapa nilainya.


Agar aku belajar untuk tidak mensia-siakannya kepada sesuatu yang tidak berguna.


Terima kasih Tuhan. Untuk kehidupan yang serba sederhana ini. Terima kasih Tuhan. Masih pemurah meminjamkan sebuah keluarga untuk aku. Terima kasih Tuhan. Untuk mereka yang ada disisi. Terima kasih untuk semua kesedihan dan kepahitan yang aku terima sekarang.


Kerana jika itu harga yang perlu aku bayar untuk kebahagiaan di masa akan datang, aku bersyukur.


Mata dan hati aku akan kekal kuat.


Mar 19, 2013

Bukan Aku

Assalamualaikum.


Just now Miera asked me. "Qila kau okay ke?"


Aku senyap. Senyum. "Okay je, kenapa?"


Miera pandang aku. "Aku baca blog kau, and I knew something was wrong. Sejak haritu lagi kau dah lain macam,"


Aku hanya senyum. Senyum yang sungguh-sungguh. Tapi aku tau Miera tak cukup rabun untuk baca muka aku macam baca nota Bio.


Teima kasih Miera. Ya, tipu. Aku tipu. Aku tak okay. I'm screaming inside here.


Bij please I can't stand this uneasy feelings anymore. I can't. Seeing your face every day just made it worse. Hearing your name from their mouth did ruined my mood. Every single day. Every single moment. I don't wanna see your face. I don't wanna hear your name. I don't wanna know you and I don't ever wanna meet you.


Biar aku analogikan satu perkara.


Aku teringin nak beli seutas rantai yang cantik. Rantai itu sangat cantik dan aku cuma mampu pandang dari jauh. Setiap hari aku akan kumpul duit untuk beli rantai itu. Belum puas aku tengok rantai itu dari jauh, aku dapat tau yang rantai itu bakal didagangkan ke India. Aku tak puas hati. Tapi aku tak boleh buat apa-apa. Yang aku tau, aku perlu tunggu rantai itu untuk kembali ke sini. Mungkin harganya lebih mahal, tapi aku tau ianya berbaloi.


Tiba-tiba suatu hari ada orang nak jual seutas gelang pada aku. Mungkin gelang itu tak secantik rantai yang aku nak, tapi gelang itu cantik dengan coraknya tersendiri. Tapi aku menolak. Aku katakan yang aku cuma kumpul duit untuk beli rantai dan bukannya gelang. Tapi jauh dalam sudut hati, ada rasa gembira. Ada sedikit rasa untuk sentiasa melihat gelang itu. Ada rasa tersentuh bila setiap hari penjual gelang itu sentiasa promosikan gelangnya.


Tapi aku diam. Aku tak buat apa-apa keputusan. Sampailah satu saat bila aku rasa aku perlu lupakan niat aku untuk beli rantai dan cuba untuk terima gelang itu, dia dah jual kepada orang lain. Gelang itu bukan lagi ditujukan untuk aku. Gelang itu kini milik orang lain. Gelang itu kini cantik di tangan orang lain. Orang lain, dan bukan aku.


Bukan aku.


Bukan aku.


Aku diam dan teruskan kehidupan seperti biasa. Tak pedulikan kau seperti dulu. Terima kasih kerana merosakkan persahabatan ini dengan perasaan kau yang tak menentu itu. Macam lalang.


One moment I tried to accept something and its gone. Its just gone. In a blink of eyes and its gone. Its hard to let go this three years feelings and till now, I admit it just getting bigger and bigger. But I did tried. I did tried to appreciate something that was given to me. TO ME. After all these years I can't get rid of my feelings towards David Amos. After all these tears of worrying that I just wasted my times watching him from distant, did I just don't deserve to accept another feelings? Did I just being unfaithful or easily gave up when things getting harder?


Adilkah mereka untuk menilai aku bila mereka tidak berada di tempat aku?


Aku hanya ingin belajar menerima kerana aku terlalu faham bagaimana rasanya memberi tanpa mendapat apa-apa pemberian. Aku hanya ingin belajar melupakan sesuatu yang bukan milik aku dan belajar hargai apa yang aku terima.


But I guess I was wrong.


Its easy to say you love someone, and even easier to say you love someone else. You've proved it, bro!


I just opened my heart a lil bit and thats it - you've ruined everything. I've given you one chance and you've screwed it out. The moment I'm welcoming you to my life and you just invited someone else.


Jangan risau. Aku sudah buang semua perasaan yang baru bertunas itu. Aku sudah bina tembok dan dinding yang lebih keras berbanding dulu. Aku takkan biar penjual gelang seperti kau masuk dan hancurkan semua. Kau dan gelang kau boleh pergi buka kilang besar dalam hati dia. Dia, bukan aku.


Bukan aku.


Mar 17, 2013

Masa-Masa Terakhir

Assalamualaikum.


Malam ini malam terakhir di rumah sebelum balik ke UM dan struggle untuk final exam. Lepas exam, balik rumah dan terus duduk sini sampai bulan sembilan. Sigh.


Malam ini juga ketiadaan mood untuk bajet mat salleh taip dalam english version. Ya saya tahu english saya tak berapa nak hebat tapi entah bagaimana boleh dapat band X, wallahualam. Mungkin itu cubaan yang Dia bagi untuk aku tahan sabar bila ada orang pernah cakap:


" Seriously MUET kau band X? Waddehel padahal budak Pasum berapa kerat je tau dapat band X tu! Kau recheck tak? Tak sangka kau boleh dapat weh! Classmate kau yang hebat speaking tu pun majoriti band 4 kan? "


-_______-


Rezeki yang Dia beri, aku terima dengan tangan terbuka dan hati yang rendah. Pedih bagaimana pun ayat kau, terima kasih. Tapi terima kasih ajelah. Aku tak nak peduli kerana Dia telah beri rezeki itu kepada aku. Kalau tak puas hati dengan aku, sila tanya kenapa Dia beri rezeki itu kepada aku. Terima kasih.


Jangan bimbang aku tak marah. Aku dah basuh dan sental semua karat pedih yang kau letakkan dulu.



* * * * * * * * * *


Syiru pernah cakap, " Sejak kebelakangan ni Qila suka sangat ambik gambar, kan? "


Aku senyum, lebar dan mersa. Ya kalau boleh aku nak snap semua detik yang tinggal kat sini. Sebelum aku melangkah keluar dari UM dan mungkin tak kembali lagi.


Aku nak rakam semua senyuman yang aku lihat. Semua kegembiraan yang ada di sekeliling aku. Semua yang aku kenal walaupun sekejap. 


Aku nak peluk semua yang pernah buat aku ketawa gembira. Aku nak genggam semua tangan yang pernah menyapu air mata aku. Aku nak ketawa bersama-sama semua yang pernah buat aku sedih atau terasa. Kerana suka duka sedih atau gembira, kenangan itu ada.


Makmal Fizik



















Aku akan rindu. Sab, Aus dan Husaini. Aku akan rindu kebodohan kita dalam memasang litar elektrik berjam-jam (Y)


Makmal Biologi




























Aku juga akan rindu. Semua classmate terutamanya yang tolong papah dan angkat aku masa aku pengsan lepas seksa katak dulu -___-


Aku akan rindu semua. Awak, awak, awak dan awak semua. Termasuk awak. Dan awak. Dan awak juga.


Mar 15, 2013

Keluarga Bahagia

Assalamualaikum.


Saya ada keluarga yang bahagia di sini. Bukan satu, tapi dua. Kihkih.


Keluarga pertama tercipta semasa sedang duduk semeja makan kek di kafe. Buka kedai kopi dan ketawa kuat-kuat. Berangan, bagaimana aku boleh melahirkan tiga orang anak tanpa seorang ayah.


-__-''









Saya Mama Qila dan ini anak-anak saya. Daniel, Dilla dan Syiru. Maafkan mama sebab tak mampu nak cari calon ayah di Pasum. Puas mama carik tak jumpa-jumpa calon ayah yang berkenan nak terima perangai korang ni. Hikhik.


* * * * * * * * * *


Keluarga kedua. Tertubuh semasa sedang duduk berempat di Chatime Bangsar Village. Makan sempena Din menang Dota dapat 500 hinggit omg.








Adik Juji yang comel!




Bang ngah Husaini yang, errr, yang macam Husaini lah.





Adik Juji dan Kak long Miera! Sayang anak-anak mama!




Mempersembahkan Mama Qila dan Ayah Din (Y)








Gituwww. Mama Qila dengan Ayah Din ada anak angkat. Tiki namanya. Si katak yang mama seksa sampai nazak and eventually aku pengsan kat tengah-tengah lab -__-


Tapi aku dah bercerai dengan Din. Harap maklum. Aku menunggu calon ayah di India sana.


Sayangi keluarga anda. Semakin hari semakin sayang. Sekian terima kasih. 


Mar 13, 2013

Hipsters Are Mainstream

Assalamualaikum.


Retards mode is ON.




Meet Syiwu Miwu. Funniest, craziest and adorable friend of mine. Not to mention, she's got a GREAT sense of HUMOUR. 




Meet Adillah. Woody Woodpecker of mine. Anytime anywhere, she'll be there to talk and just talk.
And a good crying shoulder though she's kinda lack of affection. Nyihihi.




Meet Athirah. Behind her spectacles, she's got such a beautiful eyes that I always adore!




And meet Qila. Prettiest human being ever lived. (She's single though!)
Ahaks.
















Simply because, we can.


Mar 10, 2013

Student's Post #2

Assalamualaikum.


Basically, mom is the one whom tought me how to cook. So the taste of my dishes and her's should be the same, kan?


But it went oppositely. My dishes have the entirely different taste than mom's dishes! Leulz.


So everytime I finished doing my works at the kitchen, mom will always came by and tasted my dishes. Then she will always said something like:


" Tell me what is the mystery ingredients you've put into this lauk! C'mon tell me tell me I knew you've put something different than I always put! This lauk taste different than mine! "


Mom you're so cute I should pinched your cheeks.


* * * * * * * * * *


There should be at about three weeks before I finished my foundations here at PASUM. The first time I entered this place I was so eager to hold books and pens back but now hell yeah I could probably vomit in front of Physic's books right now.


Well said, this place is remarkable. A place where I learnt to love myself. A place I grow up and became a girl blended into a woman. A place that gave me ups and downs, tears and laughs.












I'm sorry if sometimes I'm being quite a jerk. I always nag, act like a total retards and even get emotional for a lousy reason. Maybe its just a part of me that I've chose to show you guys.


The wall that I build around me is too thick and high. I'm sorry.


I owe you guys this whole heart of love for being my buddies here. I love all of you.


Mar 5, 2013

Saya Suka


Saya sayang mereka.


Mereka buah hati pengarang jantung saya di sini.


Bila mereka bersama saya, saya mampu ketawa dengan ketawa yang sebenar-benarnya.


Tak kisah apa yang mereka buat, saya tetap ada untuk mereka.


Bila mereka sedih, saya rasa tempiasnya.


Bila saya gembira, saya cuba sebarkan kepada mereka.


Saya suka Adillah yang mengada-ngada dan suka berpura-pura heartless.


Saya suka Syiru yang kebudak-budakan dan suka buat lawak hambar.


Saya suka Farah yang penakut dan suka kena kacau sampai menangis.


Saya suka Daniel yang degil dan suka paksa saya belanja dia makan.


Saya suka Miera yang emotional dan suka manjakan saya.


Saya suka Azleen yang rempit motor dan suka menipu buat orang terkejut.


Saya suka Naruto yang baik hati bagi tiru tutorial dan suka anime.


Saya suka Juji yang comel dan suka usap kepala saya.


Saya suka Syida yang kepala senget dan suka menggila.


Saya suka Tikah yang garang dan suka tanya keadaan saya.


Saya suka Husaini yang pemalu dan suka makan apa yang saya masak.


Saya suka Din yang takde emosi dan suka buat orang gelak.


Saya suka Amyrul yang poyo dan bajet dan suka buat orang sakit hati.


Saya suka Hanum yang baik hati dan suka paksa saya makan.


Saya suka Sam yang selalu saya peluk dan suka buat saya gelak.


Saya suka Nurin yang selalu bagi inspirasi dan suka tweet benda comel.


Saya suka Marsya yang cantik dan suka pegang tangan saya.


Saya suka Sab yang happy go lucky dan suka buat kepala gila.


Saya suka Aus yang bercita-cita tinggi dan suka tiru lab report saya.


Saya suka semuanya.


Saya sayang mereka.


Mar 1, 2013

Penyesalan

Assalamualaikum.


Rasa bersalah. Perasaan yang paling sakit dan pedih selepas kecewa. Nak diluah ada ego. Nak disimpan sakit sendiri.


" Kau rasa tak Qila yang kita ni macam awkward? "


Entah. Awkward kenapa? Kau rasa?


" Entahlah Qila kita tak macam dulu. Aku ada buat salah ke dengan kau? "


Seminggu lepas dia tanya kepada aku sama ada dia ada buat salah sampaikan dah berminggu-minggu aku dingin dengan dia. Aku tak tau nak jawab apa. Sebab aku sendiri tak tahu kenapa aku langsung dah tak boleh nak bercakap dengan dia macam dulu. Semuanya lepas apa yang Box beritahu Dilla, tentang itu.


Tentang itu yang buat aku rasa buntu. Dan tertanya-tanya kenapa.


Takkan aku nak jawab " Siapa tak awkward lepas dapat tau apa yang kau cakap kat Box? " atau " Betul ke apa yang kau cakap kat Box? " Hai aku pun tau juga erti malu. Walaupun dalam kelas aku sentiasa buat perangai tak senonoh menari tarian Hindustan. Errr.


Untuk menulis tentang ini juga aku malu tapi demi perasaan bersalah yang menikam jantung sejak pagi tadi, aku gagahkan jugak tepis semua itu. Persetankan.


Bila teringat tentang nasi ayam yang kau masak dan suruh aku komen tapi aku buat tak tahu sampai hari ini, aku rasa bersalah. Bila aku tolak pelawaan kau nak belanja aiskrim Icy Grape depan abang koop, aku rasa bersalah. Bila kau nak berkomunikasi dengan aku dalam kelas tapi aku buat tak dengar, aku rasa bersalah. Bila aku tegur kau depan-depan dengan muka masam tentang kesalahan kau tulis speech outline, aku rasa bersalah. Bila kau duduk dengan Din dan aku cuma bercakap dengan Din serta buat-buat tak nampak kau, aku rasa bersalah.


Bila kau cerita pada aku tentang emak kau yang diserang diabetes dan tak boleh berjalan, aku boleh ikut kepala angin aku. Dengar sebelah telinga dan senyum tawar. Esoknya buat silent treatment macam biasa.


Ya aku rasa bersalah. Aku memang bersalah.


Dan Tuhan tahu aku perlu dihukum dengan perasaan bersalah ini dengan seberat-berat rasa bersalah.


Bila pagi tadi aku dapat tahu emak dia telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang.


Dasar manusia. Bila semua yang aku lakukan memakan diri aku semula, baru tahu apa erti menyesal. Baru tahu apa erti pahitnya mengakui kesalahan. What I've done?? Yeah I know. The damage is immeasurable. 


Aku turutkan hati yang marah. Seolah-olah dia dah buat kesalahan yang tak boleh dimaafkan. Okay sebenarnya dia tak buat apa-apa kesalahan pun kepada aku. Aku yang emosi. Aku yang ikutkan kata hati. Manusia jenis apa yang ikutkan emosi sendiri dan langsung tak peka perasaan orang lain yang juga ada masalah? Apa aku seorang ke yang punyai masalah dalam dunia ini? Bodoh.


Bukan aku tak terkesan bila dapat tahu keadaan mak dia yang sakit masa tu. Tapi aku buang jauh-jauh rasa itu. Tertutup dengan marah yang tak berkesudahan. Tipu diri sendiri. Berpura-pura tak peduli sedangkan dia antara orang yang aku cukup prihatin di sini. Antara orang yang aku akan ingat.


Dan masih sangat prihatin. Masih aku ingat.


Al Fatihah untuk arwah emak kepada dia. Semoga Allah lapangkan dada Ahmad Husaini untuk sentiasa reda dengan ketentuan-Nya. You have my du'a here, bro.