Mar 19, 2013

Bukan Aku

Assalamualaikum.


Just now Miera asked me. "Qila kau okay ke?"


Aku senyap. Senyum. "Okay je, kenapa?"


Miera pandang aku. "Aku baca blog kau, and I knew something was wrong. Sejak haritu lagi kau dah lain macam,"


Aku hanya senyum. Senyum yang sungguh-sungguh. Tapi aku tau Miera tak cukup rabun untuk baca muka aku macam baca nota Bio.


Teima kasih Miera. Ya, tipu. Aku tipu. Aku tak okay. I'm screaming inside here.


Bij please I can't stand this uneasy feelings anymore. I can't. Seeing your face every day just made it worse. Hearing your name from their mouth did ruined my mood. Every single day. Every single moment. I don't wanna see your face. I don't wanna hear your name. I don't wanna know you and I don't ever wanna meet you.


Biar aku analogikan satu perkara.


Aku teringin nak beli seutas rantai yang cantik. Rantai itu sangat cantik dan aku cuma mampu pandang dari jauh. Setiap hari aku akan kumpul duit untuk beli rantai itu. Belum puas aku tengok rantai itu dari jauh, aku dapat tau yang rantai itu bakal didagangkan ke India. Aku tak puas hati. Tapi aku tak boleh buat apa-apa. Yang aku tau, aku perlu tunggu rantai itu untuk kembali ke sini. Mungkin harganya lebih mahal, tapi aku tau ianya berbaloi.


Tiba-tiba suatu hari ada orang nak jual seutas gelang pada aku. Mungkin gelang itu tak secantik rantai yang aku nak, tapi gelang itu cantik dengan coraknya tersendiri. Tapi aku menolak. Aku katakan yang aku cuma kumpul duit untuk beli rantai dan bukannya gelang. Tapi jauh dalam sudut hati, ada rasa gembira. Ada sedikit rasa untuk sentiasa melihat gelang itu. Ada rasa tersentuh bila setiap hari penjual gelang itu sentiasa promosikan gelangnya.


Tapi aku diam. Aku tak buat apa-apa keputusan. Sampailah satu saat bila aku rasa aku perlu lupakan niat aku untuk beli rantai dan cuba untuk terima gelang itu, dia dah jual kepada orang lain. Gelang itu bukan lagi ditujukan untuk aku. Gelang itu kini milik orang lain. Gelang itu kini cantik di tangan orang lain. Orang lain, dan bukan aku.


Bukan aku.


Bukan aku.


Aku diam dan teruskan kehidupan seperti biasa. Tak pedulikan kau seperti dulu. Terima kasih kerana merosakkan persahabatan ini dengan perasaan kau yang tak menentu itu. Macam lalang.


One moment I tried to accept something and its gone. Its just gone. In a blink of eyes and its gone. Its hard to let go this three years feelings and till now, I admit it just getting bigger and bigger. But I did tried. I did tried to appreciate something that was given to me. TO ME. After all these years I can't get rid of my feelings towards David Amos. After all these tears of worrying that I just wasted my times watching him from distant, did I just don't deserve to accept another feelings? Did I just being unfaithful or easily gave up when things getting harder?


Adilkah mereka untuk menilai aku bila mereka tidak berada di tempat aku?


Aku hanya ingin belajar menerima kerana aku terlalu faham bagaimana rasanya memberi tanpa mendapat apa-apa pemberian. Aku hanya ingin belajar melupakan sesuatu yang bukan milik aku dan belajar hargai apa yang aku terima.


But I guess I was wrong.


Its easy to say you love someone, and even easier to say you love someone else. You've proved it, bro!


I just opened my heart a lil bit and thats it - you've ruined everything. I've given you one chance and you've screwed it out. The moment I'm welcoming you to my life and you just invited someone else.


Jangan risau. Aku sudah buang semua perasaan yang baru bertunas itu. Aku sudah bina tembok dan dinding yang lebih keras berbanding dulu. Aku takkan biar penjual gelang seperti kau masuk dan hancurkan semua. Kau dan gelang kau boleh pergi buka kilang besar dalam hati dia. Dia, bukan aku.


Bukan aku.


1 comment:

Analenna said...

qila.... tahniah.. n dont give up

- from someone who cares