Mar 17, 2013

Masa-Masa Terakhir

Assalamualaikum.


Malam ini malam terakhir di rumah sebelum balik ke UM dan struggle untuk final exam. Lepas exam, balik rumah dan terus duduk sini sampai bulan sembilan. Sigh.


Malam ini juga ketiadaan mood untuk bajet mat salleh taip dalam english version. Ya saya tahu english saya tak berapa nak hebat tapi entah bagaimana boleh dapat band X, wallahualam. Mungkin itu cubaan yang Dia bagi untuk aku tahan sabar bila ada orang pernah cakap:


" Seriously MUET kau band X? Waddehel padahal budak Pasum berapa kerat je tau dapat band X tu! Kau recheck tak? Tak sangka kau boleh dapat weh! Classmate kau yang hebat speaking tu pun majoriti band 4 kan? "


-_______-


Rezeki yang Dia beri, aku terima dengan tangan terbuka dan hati yang rendah. Pedih bagaimana pun ayat kau, terima kasih. Tapi terima kasih ajelah. Aku tak nak peduli kerana Dia telah beri rezeki itu kepada aku. Kalau tak puas hati dengan aku, sila tanya kenapa Dia beri rezeki itu kepada aku. Terima kasih.


Jangan bimbang aku tak marah. Aku dah basuh dan sental semua karat pedih yang kau letakkan dulu.



* * * * * * * * * *


Syiru pernah cakap, " Sejak kebelakangan ni Qila suka sangat ambik gambar, kan? "


Aku senyum, lebar dan mersa. Ya kalau boleh aku nak snap semua detik yang tinggal kat sini. Sebelum aku melangkah keluar dari UM dan mungkin tak kembali lagi.


Aku nak rakam semua senyuman yang aku lihat. Semua kegembiraan yang ada di sekeliling aku. Semua yang aku kenal walaupun sekejap. 


Aku nak peluk semua yang pernah buat aku ketawa gembira. Aku nak genggam semua tangan yang pernah menyapu air mata aku. Aku nak ketawa bersama-sama semua yang pernah buat aku sedih atau terasa. Kerana suka duka sedih atau gembira, kenangan itu ada.


Makmal Fizik



















Aku akan rindu. Sab, Aus dan Husaini. Aku akan rindu kebodohan kita dalam memasang litar elektrik berjam-jam (Y)


Makmal Biologi




























Aku juga akan rindu. Semua classmate terutamanya yang tolong papah dan angkat aku masa aku pengsan lepas seksa katak dulu -___-


Aku akan rindu semua. Awak, awak, awak dan awak semua. Termasuk awak. Dan awak. Dan awak juga.


No comments: