Mar 26, 2013

Zombie Malam

Assalamualaikum.


April fool ini aku akan menghadapi final exam. Ah tak lawak mana aih final exam tang-tang jatuh tarikh tu. Ini bukan cubaan ini betul-betul. This is zerious it can't be any real!


Drama. Ya malam ini pentas dunia memang aku yang punya.


Pernah atau tidak kau cuba untuk tidur tapi akhirnya kau terguling-guling bawah selimut peluk bantal busuk selama dua jam. Dan bila kau dah berjaya tidur, kau terjaga kerana didatangi mimpi yang macam asdfghjkl punya tak seronok.


Kau duduk bersila atas katil. Dengan rambut kusut menggerbang seakan pontianak. Dan merenung roommate kau yang nyenyak tidur.


Pandang ke arah tingkap, sayup-sayup dengar bunyi hujan dan guruh. Pandang sekeliling bilik, gelap.


Aku benci suasana ini.


Aku benci bila terjaga dari tidur dan rasa keseorangan. Macam dunia ini dah berputar laju dan kau tertinggal di belakang. Macam kau terjaga dari koma tiga bulan dan semuanya tidak seperti dulu. Ya aku tahu aku macam berhiperbola hei hei tapi itu yang aku rasa selama ini kot. Kau tiada di tempat aku jadi jangan menilai.


Bila kau terjaga dari tidur dan perasaan nak menangis itu membuak-buak. Benci sungguh aku.


Kalau di rumah aku pasti akan terhuyung-hayang cari mana adik aku tidur dan menyelit sebelah dia. Supaya bila aku terjaga sekali lagi, adik aku ada di sebelah dan aku takkan rasa perasaan ini. Entah sejak bila aku ada habit pelik macamni pun aku tak pasti.


Tapi serious. Annoying sungguh perasaan ini.


Dan pernah sekali aku terjaga dari tidur di sini (kolej) dan rasa macam nak berguling-guling menjerit. Bila aku nampak phone, ada satu nama yang melintas spontaneously dalam kepala.


Call orang malam-malam dalam keadaan mamai lepastu meracau-racau mintak roti. Aih tepuk muka sorok dalam bantal.


Itu cerita dulu. Cerita beberapa bulan lalu. Mungkin dia sudah lupa tetapi tidak aku.


Speaking of, errr dah bagaimana harus aku tidur semula? *menggagau meja cari nota bio*


No comments: