Apr 24, 2013

Drama

Assalamualaikum.


I'm not addicted to Korean but recently when I was at home, all alone, I decided  to browse DramaCrazy and look for some. Satu-satunya drama yang aku pernah tengok ialah Hana Kimi. Itu pun aku buat perangai time SPM dulu tergila-gila sebab tak puas hati dengan ending dia. Aku memang selalu tak puas hati bila heroin tak ended up dengan watak yang aku suka. Haha.


Salah satu sebab kenapa aku takut nak start tengok drama ialah : BILA AKU DAH MULA TENGOK, AKU TAK BOLEH BERHENTI =(


So I found one interesting drama. You're Beautiful. 




I was captivated by Jung Yong Hwa and Park Shin Hye! Berguling-guling gigit bantal bila aku frust sebab at the end, Park Shin Hye pilih orang lain, bukan Yong Hwa. Why director why? Why can't you make a different ending?? *lempar bantal*




Malu nak cakap, tapi part ni aku meleleh-leleh. Melampau-lampau emosi aku
ni terbuai tengok Yong Hwa tepuk sebelah tangan =(





Ya awak hemseng, tapi saya lagi suka kalau dia pilih Yong Hwa =(


Bila habis tengok, aku frust so aku mula buat drama sendiri. Sebelum tidur aku sibuk berangan kalau-kalau Yong Hwa boleh ended up dengan Shin Hye. Siap rangka jalan cerita baru lagi. Punyalah tak puas hati punya pasal! Hahahahaha.


Esoknya, aku browse kat You Tube kalau ada drama Yong Hwa berlakon dengan Shin Hye. Nampak tak betapa tak berpuas hatinya aku sebab tak dapat happy ending yang aku harapkan???!!





And I found one. Heartstrings =)


Akhirnya aku mampu tersenyum gembira dan berpuas hati dengan ending yang aku bayangkan. Terima kasih Yong Hwa dan Shin Hye, malam ini saya boleh tidur dengan gembira!








Sebenarnya aku geli jugak nak tulis macam ni kat blog. Macam, errr, macam Kpop sangat je. Arghhh persetankan itu semua asalkan aku puas hati harini! 


Told you I can't start watching drama. Tengok tu tengok dalam masa tiga hari aku boleh habiskan dua drama 16 episod. Tak mustahil dua tiga bulan macam ni aku boleh jadi Kpopers sejati pulak! *pengsan*

1 comment:

Syahirah Nadiah MJ said...

QILAAAA, YongHwa is mineeee. Please take Jang Geung Suk instead, pweetty pweasseeeee :3 Hihi