Jun 29, 2013

Pelangi Dan Matahari

Assalamualaikum.


" Dia macam pelangi. Tak semua orang nampak waktu terang. Tapi dia akan ada lepas hujan. Untuk beri warna di setiap yang suram. "


" Kadang dia macam matahari. Panas, terang. Tapi kadang dia juga macam ais. Dingin, beku. "


" Dia berbeza. Cuma dia buta untuk tengok pelangi dan matahari yang selalu mewakili dia. "


- Hs, 2013 -



**********



Pelangi atau matahari. Aku cuma aku yang biasa.
Yang sedang belajar untuk jatuh cinta dengan diri sendiri.


Selalu bermain dengan bahasa.
Menulis untuk tuangkan semua sisi gelap yang ada.
Sebab itu aku tak pernah kisah kalau ada orang baca atau tidak blog aku yang ini.
Apa yang aku rasa : Aku curah semua.


Aku tak pandai susun kata ekspresikan apa yang aku rasa.
Kalau dulu mungkin ya. Aku selalu cakap berdegar-degar bahaskan apa yang ada dalam kepala.


Dulu aku pemantun. Pemidato. Pendebat. Kaki bahas berlawan kata. Hebat bercakap.


Tapi semakin aku dewasakan diri, semakin aku nampak semua itu bukan apa yang aku gemar.
Semua itu bukan apa yang boleh timbulkan teruja dan passion dalam diri.


Aku sudah hilang bakat untuk bercakap dan berucap.


Aku cintakan penulisan dari dalam diri.
Bukan karang novel atau cerpen yang mana watak dalam itu cuma fantasi.


Aku cintakan penulisan. Yang mana semua tulisan itu datang dari hati.
Semua perkataan yang aku tak mampu nak sebut.
Semua ayat yang tak pandai aku nak susun dalam realiti.
Semua cerita dan perasaan yang tak boleh aku luahkan.


Aku selesa mendengar. Pandang sekeliling. Senyum.
Dan tulis semula apa yang aku rasa bilamana aku terlihat sesuatu.


Aku selesa begini : Punya dua watak yang jauh beza.


Luar dunia tulisan, aku punya jiwa riang ria gembira yang boleh ketawa berdekah-dekah.
Boleh game orang ikut suka hati. Carefree and happy.
Normal -- Macam kebanyakan remaja yang lain.
Macam kau. Senyum kenyit mata ;)


Tapi bila aku hanyut dalam dunia tulisan, aku jadi penyendiri.


Jadi aku mohon. Jangan menilai aku complicated atau kompleks atau rumit.
Jangan dilabel aku susah difahami atau lain dari yang lain.
Jangan dibaca blog ini hanya untuk judge aku sebagai deep atau emotional.


Sebab aku normal. Cuma aku suka bermain dengan huruf aksara. Itu saja.


Dan blog ini antara tempat aku mencurah rasa.
Macam yang aku cakap :
Untuk bagitau seseorang "Aku sayang kau" pun aku tak reti susun lidah untuk cakap.


Jadi aku tulis.
Dan terus menulis selagi masih ada rasa itu.

No comments: