Jun 14, 2013

Sama Pandang Matahari

Assalamualaikum.


Aku tahu perit pedih bilamana kau gagal dalam semua perkara yg kau cuba.
Bila diidam satu lagi peluang dan peluang itu tak datang.


Aku tahu besar kesal yg kau rasa.
Bila dulu kau sia-siakan semua masa dan sekarang menagih ulangan.


Yg dulu akan sentiasa jadi 'dulu', dik.
Was takkan berubah jadi is.


Sebab itu bila dikurnia satu lagi 'kini', usah dipersia.
Jangan duduk baring dalam sesal lama sampai kau tak lihat masa kini yg kau masih ada.
Jangan kau harap untuk betulkan silap yg lepas sedangkan kau punya peluang betulkan hari esok yg masih belum kunjung tiba.


" Don't define your future based on your past. Define it based on whom you are today.
And what will you do tomorrow. "


Dik,


Moga sentiasa terlindung dari kecelakaan masa lalu yg pernah kau rasa.
Moga senyum tawa yg kau selalu beri kekal sampai esok dan seterusnya.


Moga esok -- Bila ada garis masa kita berjumpa semula.
Kau aku boleh ketawa bersama lihat cerah matahari yg kita sama rasa.


:)


No comments: