Aug 19, 2013

Pearl In A Tragedy

Kita semua sedia maklum. Bila susah menghimpit, nafas tersekat, tak mampu pusing mana-mana arah :
Baru kita ingat kita masih punya Dia.


Baru kita ingin menangis dan serah semua air mata kepada Dia.
Sebab Dia sentiasa ada.


Khamis lepas aku dan housemates ditimpa tragedi.
Balik dari kelas dan ingin pulang ke rumah - Kereta Kinah diceroboh masuk.
And something hits me. To the deepest part of my inner soul.
It stabbed and crushed my heart till pieces.
Thousands of pieces.


I've lost my laptop.


My brand new laptop that my father bought for me last two weeks.


Sedih. Kaku.
Tapi tak terekspresi melalui tindakan.
Tak terkeluar air mata yang aku simpan.
Tak mampu nak keluarkan apa-apa perkataan.


Yang aku sebut cuma beberapa "Hah?" "Serious?" "Hmm" "Oh"
Dan pijak diri sendiri sebab tinggalkan laptop dalam kereta. Virtually stab myself.


Bila Kinah nak start enjin, kereta tak berbunyi.
Of course : Makhluk Tuhan itu curi bateri kereta dan potong wayar enjin.


Dugaan. Tak terduga rasanya.
Baru sekejap aku, Kinah dan Obie pergi pasaraya beli sayur.
Baru 20 minit kereta ditinggalkan.
Baru 20 minit aku terlepas pandang pada laptop.


Hilang. Semua hilang.


Mujur masih ada yang sudi hulur bantuan.
Bila semua yang berkromosom XX ini buntu.
Nadhil, Muthiain and the geng datang jenguk lepas Obie call minta tolong.


And abang senior Aidil yang kebetulan singgah tanya keadaan.
Of course. Mana tak pelik bila kau lihat empat orang perempuan termangu-mangu depan kereta.


Terima kasih.
Terima kasih Miera yang sudi teman ke balai polis buat laporan.
Terima kasih Nadhil yang tolong belikan bateri kereta dan panggil mekanik datang repair.
Terima kasih Muthiain yang jagakan kereta sementara semua pergi buat report.
Terima kasih abang Aidil yang banyak bagi semangat and peringatan.


Terima kasih.


Bawah hujan lebat dan bala yang tertimpa, Dia masih sudi perlihatkan kasih sayang-Nya.
Even aku sedar laptop yang cecah 2k itu tak mampu nak terkejar semula -
Sekurang-kurangnya Dia telah tunjuk rahmat dan pertolongan dia tak boleh diukur dengan harga.


Sekurang-kurangnya Dia sampaikan ilham kepada Kak Nik untuk beri aku Al Baqarah : 214.


Untuk aku sabar. Untuk aku kuatkan kesabaran.
Untuk aku tebus rasa bersalah pada ayah dan mama yang banyak berkorban untuk aku sambung pelajaran dalam bidang ini.
Untuk aku bangun dari mimpi.
Dan agar aku sedar - Tanggungjawab aku yg belum tertunai kepada keluarga.


Dear mom and dad, I'll never forgive myself for being so careless and clumsy. I'll never be able to repay all your kindness and worth of money you've spent for me.


But I can promise you one thing.


I'll give my heart and soul to make you proud of me. I'll fight and shout my inner strength to be what I've always dream of.
What you've always dream of.


Terima kasih Tuhan.
Masih meminjamkan aku kesedaran dan kesabaran.
Mungkin ini peringatan untuk aku agar bangun -
Dan lupakan semua mimpi yang menjatuhkan aku.


Biarpun dah bermalam-malam tidur aku tak pernah lena.
Biarpun dah berhari-hari aku menangis dalam hati.
Bila teringat laptop yang aku hilang sekelip mata.


Syukur. Masih kuat untuk simpan kesedihan sendiri tanpa bebankan orang lain.


Terima kasih Tuhan.


"In tears and letting go, I found peace and acceptance"
Inspired by Yasmin Mogahed.

3 comments:

MusiC_PranksterZ said...

bawak2 bersabo ea..
setiap benda tu ada hikmahnya, kan.. :)

cik zara :) said...

malang tak berbau. stay strong qilah :D

Anonymous said...

Qilaaaaaaa! I know how that feels :/
Sabar okay :)
Btw awat hang tak reply msg aku sobsss :/ Babap kang!
-Syiru :)