Sep 20, 2013

2.5 Years

Haritu aku dan Obie sibuk rancang to-do-list untuk dua tahun lima bulan kami buat pre-clinical years kat sini sebelum fly ke India.


1) Lost World of Tambun - Checked! (tapi asdfghjkl hambar -.-)
2) Tengok sunrise Bukit Kelebang
3) Picnic tepi sungai kat Bercham (tengok budak lelaki pegi haritu macam best)
4) Barbeku area rumah Miera
5) Funfair
6) Burger bakar Abang Burn cawangan Ipoh
7) Naik bot sekeliling Gunung Lang (kak Nil and kak Yasmin suggest pegi)
8) Midnight movie
9) Lepak atas bumbung rumah (kalau Dr. Elvin tau ni mampus hahaha)
10) Tidur berjemaah depan tv kat ruang tamu


Pejam celik dah dua bulan lebih aku tinggal kat sini. Bila fikir balik, macam-macam hardship aku dan housemates dah lalui.


Masuk balai? Dua kali. 


Accident? Dah pernah. Siap accident dengan gangster Cina lagi.


Kereta kena pecah masuk? Pun sudah.


Laptop hilang? ......


Settlekan bil rumah yang astaghfirullahalazim nya mahal.


Naik office TM buat report pasal pemasangan wifi yang asyik tertangguh (sampai sekarang masih belum pasang -.-)


Ulat sampah masuk bilik.


Berhempas pulas cabut cendawan yang tiba-tiba luar tabii alam boleh tumbuh kat mop lantai.
Sampai sekarang aku dan Obie tak boleh digest macam mana cendawan boleh tumbuh kat mop. Like asdfghjkl its scumbag weird!


Gaduh dengan abang stesen bas? Itu tanya Obie.


Bulan puasa haritu, masing-masing sibuk kejar berbuka kat masjid.
Makanan free ohoi!


Sebab nak beli makanan/masak setiap hari, boleh kena kayap dompet kitorang kat sini.


Kinah pulak banyak masalahnya. Bak kata Obie - Kinah ni maintainance tinggi. Hahaha.


Kalau takde aku dan Obie, mahu apa jadi kat si Kinah ni.
Bayangkan kunci kereta dan kunci rumah boleh tertinggal kat dalam bilik yang dah berkunci.


Pernah sekali, dia keluar rumah tak kunci pintu and tak pasang alarm pun. Sampai sudah Obie asyik membebel kat dia.


Hahaha.


Bila fikir balik, habis lima tahun kat sini nanti bukan setakat sijil MBBS yang aku dapat (insyaAllah).
Tapi sekali dengan sijil kehidupan.


Bila dah merasa satu demi satu hardship - 
Kita akan dewasa.


Tak siapa pilih untuk susah.
Tak siapa pilih untuk masalah.
Tapi bila itu yang Dia hadiahkan - Terima.


Terima dengan besar hati dan hadapi je.
Go on.


Sebab at the end, the bitterness itself will reward us with smile and hillarious memories :)







Tapi takdelah sampai 2.5 tahun aku kat sini, aku nak kumpul kenangan keluar masuk balai pasal kereta -.-

2 comments:

QHURAISYA annuar said...
This comment has been removed by the author.
QHURAISYA annuar said...

U MADE ME REALIZED , THANK YOU. :D I CHOOSE TO SMILE AT THE END OF MY JOURNEY.