Sep 23, 2013

Cari Dia, Dengan Cinta


Bila terkadang datang rasa mengalah :
Semangat jatuh merudum.

Rasa macam takde apa yang aku nampak lagi selain kegagalan dan "Kenapa aku tak boleh?"


"Kenapa semua malapetaka turun kat aku?"
"Kenapa yang susah itu mesti aku?"



Segala jenis "Kenapa" itu selalu membunuh aku.
Senyap tak terluahkan.

Yang mana bila aku terbunuh dari dalam, hilang semua minat dan passion untuk terus jalan kedepan.



Bila yang aku nampak cuma gelap dan duri tajam :
Aku duduk senyap.


Duduk tunggu tenang.
Biar cahaya datang perlahan-lahan.
Biar semua yang negative tersepak pergi.



Sebab kadang bila kita terus fikir kesusahan
Bila kita perhati pintu-pintu yang tertutup
Terlupanya kita untuk lihat :
Masih ada tingkap untuk dibolos keluar.


I've learnt it from the hard way.
Untuk setiap susah yang menghimpit, manusia takkan selamanya ada untuk dengar keluh kesah kita.


Even kadang berdegar-degar cakapnya "Aku sayang kau"
"Kalau kau sedih, aku pun sedih"
"I will always be there for you"


Tak.

Mereka punya masa dan waktu yang tertentu.

Mereka punya hidup sendiri yang mungkin lagi keruh kalau nak dibandingkan dengan kita.

Mungkin mereka akan ada untuk kita :
Sekejap. Untuk time interval yang tak sahih.


Cuma Dia yang sentiasa dan selalu dan takkan jemu dan takkan pernah jemu ada untuk kita.
Tanpa sebarang terma atau syarat.
Dia selalu ada.

Hanya perlu cari Dia dan tabur semua pahit yang tak ternampak orang lain.


Kalau ada yang judge "Kau time susah baru nak carik Tuhan!"
"Kau ingat Dia cuma ada waktu kau susah?"


Bersyukurlah.

Sekurang-kurangnya bila terasa dunia tak lagi berpihak pada kita :
Kita masih punya secubit sedar untuk cari Dia.


Berbanding mereka yang dalam lubang tersepit pun tak pernah sedar diri untuk fikirkan Dia.
Masa senang tak terfikir Dia, masa susah apatah lagi?


Jadi senyum. Dan terus cari Dia.
Moga pencarian itu tak terhad di masa susah saja.


:)