Sep 2, 2013

Maaf

Di setiap kali engkau menggeleng bila aku mengajak.
Aku hanya mampu senyum.


Maaf. Aku masih tidak kuat.
Aku masih tidak kuat untuk memujuk kau.


Aku masih tidak punya daya untuk cuba melembutkan hati kau.


"Aku tak berapa suka nak pegi majlis-majlis camtu. Bukan ada apa pun."
"Aku malas sikit bab-bab camni. Kau nak, kau pegilah sana."
"Aku pegi bukan dapat apa pun. Ngantuk je."
"Kau takpelah, aku lain. Aku malaslah."


Aku hanya mampu senyum dan senyum.


Sedang dalam hati aku menjerit maki hamun pada diri sendiri.
Lemahnya aku ; Untuk cuba membawa kau bersama-sama mencari jalan lurus.


Aku pun bengkok. Aku pun masih cuba melentur diri.


Sisi hitam yang aku ada masih banyak bekasnya.
Aku tidak sebaik mereka yang cuba aku contohi.


Mungkin itu silap aku.
Mungkin masih banyak dosa hitam yang aku lakukan.
Sehingga kau pun tak mahu mengikut aku.
Maaf.


Sayangnya aku pada kau ;
Sehingga aku tidak mahu lihat kau gagal dunia dan seterusnya.


Moga Dia perkuat hati untuk terus memujuk engkau.


Walaupun aku bengkok.
Biarlah engkau pun tidak sama-sama bengkok seperti aku.


Aku sayang kau, kawan :'(

No comments: