Sep 18, 2013

Selasa

Sarung baju kurung pagi Selasa dengan senyum tak layu.


Sumbat earphone dalam telinga. Tekan play. Bergema sajak tersimpan dalam playlist dua tahun lepas.


Senyum. Sedih.


Hari ini hari Selasa. Sari putih yang dijahit sebagai baju kurung tersarung pada badan. Pukul lima petang, bakal deklamasikan sajak yang pernah dibaca dua tahun lepas oleh orang lain.


Orang lain, yang beri aku senyum untuk sari putih itu.


Hari ini, aku kembali rasa dia hampir disini.
Dekat disisi.


Hari ini, aku cuba letakkan diri aku kembali ke tiga tahun lepas.


Macam biasa. Dia cuma ada dalam jauh.
Macam biasa. Tak tersampai rasa ini.


Dekat atau jauh, setahun atau tiga tahun, aku sentiasa jadi bayang-bayang.


Selalu ada. Dan tak ternampak.

No comments: