Oct 30, 2013

Cawan Masalah

Aku pernah terbaca dalam satu post di Instagram (milik Rieza mungkin) yang mana sampai sekarang, cerita tu melekat di kepala aku.


Ceritanya lebih kurang begini.


Seorang pakar psikologi dalam satu seminar berdiri di depan untuk memberi ceramah. Dia angkat sebuah cawan yang dalamnya takde isi pun. Kemudian dia bertanya :


"Siapa boleh bagitau saya apa tafsiran bagi tindakan saya memegang cawan ini?"


Maka semua ahli psikologi dan psikiatri yang belajar bagai nak lebam tentang 'human behaviour' pun mula keluarkan macam-macam teori. Ada yang kata cawan itu akan terisi dengan molekul-molekul positif atau negetif. Ada yang kata cawan itu satu simbolik kepada semua perkara yang kita pandang remeh.


Macam-macam teori keluar.


Akhirnya pakar psikologi itu mencelah selepas hampir lima minit.


"Apa yang anda semua lihat, saya sedang memegang sebuah cawan yang ringan. Ya, sangat ringan sampai saya tak rasa apa-apa pun. Tapi cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan kalau saya memegang cawan ini selama dua minit, lima minit, setengah jam, dua jam. Agak-agaknya bagaimana perasaan saya?"


Semua hadirin yang ada bingung (sambil berfikir mungkin).


"Walaupun cawan ini ringan, tapi selepas satu tempoh yang lama saya pasti akan merasa lenguh dan sakit pada tangan yang memegang ini. Sama seperti masalah kita."


"Kadangkala satu-satu masalah itu kecil saja sifatnya. Tapi bila kita terlalu lama dan terlalu leka memikirkannya, lama-kelamaan masalah itu akan kelihatan besar dan membebankan kita."


"Jadi anggaplah masalah kita seperti cawan kosong yang ringan ini. Pegang sekejap saja. Kemudian letakkan. Mungkin masalah itu susah atau mustahil untuk diselesaikan, tapi sekurang-kurangnya taklah berat membebankan."


**********

Oct 25, 2013

Kaki Tidur


Gambar sekadar hiasan


Aqila. Rekod bersih dari zaman sekolah. Kalau tidur, takde sorang cikgu atau lecturer pun perasan. Penuh dengan taktik untuk cover tidur. Orang sebelah pun takkan perasan kalau dia tengah tidur. Tau-tau bila buka mata, merah dan berair.


Siti Kamaliah (Obie). Kaki tidur. Tak kira di bilik atau di kelas. Setiap kali lecture mesti tidur. Tak pernah cover kalau tidur. Direct terlentok. Tangan dan lengan sudah lut dengan segala cubitan dari orang sebelah.


Nur Sakhinah (Kinah). Budak medic cemerlang gemilang terbilang awesome fantastic tak pernah tidur dalam kelas. Tapi untuk kelas Malaysian Studies masa ini, give up. 



Nota kaki : Exam dah habis yeay :)

Oct 23, 2013

Exam (Lagi)

Assalamualaikum.


24 Oktober 2013 - End of Module Assessment for FOMS 2.


Dah tiga hari tidur lantai.
Dah dua malam menggigil sejuk.


Ini malam, stoking dan sweater dah tersarung. What a perk of having an immune system when it screws you up two days before examination.

Oct 21, 2013

Ma Soul Sister

Satu-satunya kawan lelaki aku (yang rapat dan di-brotherzoned) dari PASUM sampai RCMP ialah Daniel.


Kat sini, aku - Obie - Kinah macam belangkas. Kemana-mana bertiga.
Tapi bila ada emergency automatic cari Daniel hehehe.


Kalau tiba-tiba nak keluar makan dan malas bawak kereta, aku call Daniel. Nak pergi Tambun and takde kawan, aku dengan Obie ajak Daniel. Nak pinjam camera, mintak Daniel. Even nak balik rumah dari Ipoh pun Daniel paksa aku balik sekali dengan dia.


Tapi bukan aku amik kesempatan atau pergunakan dia. Sebab sebenarnya Daniel lagi selalu paksa aku teman dia belajar and belanja makan --"


Lagipun Daniel sorang je lelaki yang aku nampak sebagai 'soul sister'.
A brother and one of my family thou.
Daniel ma forever brothah yo!


----


Harini charger aku rosak. Charger tab. Sudahlah Khamis ni exam hmm semua notes and lectures slide ada dalam ni. Battery tinggal 39% what a bad day Qila.


Aku tengok Kinah dah tak larat nak bawa kereta. Obie pulak dah terguling gelintang atas katil. Mana tak penatnya - Harini kelas pagi sampai petang siap ada kelas revision dengan Dr. Basant lagi :(


Aku capai phone. Dail nama Daniel.


"Kau kat mana?"
"Starbucks. Why?"


"Dan (his surname), charger aku rosak. Notes aku semua dalam ni."
"Oh, okay."


"Dan, kau tengah makan ke?"
Pause kejap. Bagi hint kat dia.


"Aku tengah hafal hookworm. Kau siap dulu. Nanti another half an hour aku amik kau kat rumah. Beli charger. Kau keluarlah makan sekali."


:)


Glad I have Daniel here.
Ada reason kenapa aku panggil dia soul sister.
Sebab bila Daniel ada, aku nampak Dilla dengan aku. My truly soul sister.


Kalau camnilah kan.
Forever alone pun takpe. Haha.




Nota kaki : Sehari lepas aku post benda ni, aku gaduh dengan Daniel hmm.

Oct 20, 2013

Bangun

Qila.


Keliling kau ada ramai manusia baik dan penuh dengan motivasi semangat untuk kau kutip, pinjam dan belajar.


Keliling kau jugak ada ramai manusia ranap yang tak pernah nak orang lain rasa apa habuk-habuk masa silam yang pernah dia rasa.


Qila. Kau kena buka mata dan buka hati.


Semua itu Allah turunkan dan pinjamkan untuk kau.
Supaya kau bersyukur sikit dengan apa yang kau ada.


Dan gembira dengan apa yang kau tak ditakdirkan untuk ada.


Sebab basically, semua itu ada baik dan buruknya untuk kau.
"Ingat senang ke kita nak dapat peluang untuk terus hidup?"


19 tahun aku hidup. Sedangkan ada orang yang 19 hari dah tak diizinkan untuk hidup.
"Kalau kau dah give up untuk hidup, kau dah ready ke untuk mati?"


.....
.....


Qila please. Bersyukur sebab masih hidup.


Itupun kau masih sibuk buang masa fikir benda yang takde relevan dan mengeluh dengan apa yang orang lain ada tapi kau takde.


Bangunlah Qila.
Pergi sujud depan Dia.


Oct 19, 2013

Bila Entah Kau Nak Sedar

Bila aku fikir balik. Sebenarnya satu-satunya manusia yang paling susah untuk kita hormat dan jatuh cinta all over hill ialah - Diri sendiri.


Bagi akulah.
Aku tak pasti orang lain macam mana. Tapi aku dengan penuh kebodohan dan kadang-kadang tak berapa tinggi tahap rasionaliti, selalu melebihkan orang lain dari diri aku sendiri.


---


Sampai satu tahap, kebaikan itu diinjak-injak.


Macam dah terlupa apa yang kita sanggup tolak ansur demi kesenangan hati dia.
Macam tak berbaloi kita pujuk hati yang berdarah semata nak menangkan dia.


Bila kita ungkit, dikatanya minta balasan.
Bila kita diamkan, dilupanya semua yang kita buat untuk dia.


---


Kalaulah kau tahu, untuk menangkan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri itu tak terkata susahnya.


Kalaulah kau tahu, pijar telinga bila aku terpaksa telan maki hamun sendiri.


Aku bukan maki hamun pada kau. Aku maki hamun pada diri aku sendiri. Sebab aku sayang kau lebih daripada aku sayang kemahuan diri sendiri.


Kalaulah kau juga tahu dan belajar.
Susahnya untuk manusia ini memaksa diri untuk mengikhlaskan semua benda.


Jangan nak menipu. Takde sape yang 100% ikhlas kat dunia ni. Secubit sebutir mesti ada terdetik perasaan :
"Eh dulu aku dah buat untuk dia, takkan sekarang dia tak boleh tolak ansur untuk buat kat aku pulak?"


Jangan tipu.
Kita semua pernah.


Cuma banyak atau sikit, terpulang pada tahap iman masing-masing.


---
---


Dan maaf, tahap iman aku agak lemah sekarang. Hmm.


Oct 17, 2013

Imaginasi

Aku gembira duduk disini :)


Aku gembira duduk dan belajar disini.


Aku gembira bila setiap kali aku terbayang lima tahun lagi (insyaAllah) aku bakal pakai topi dan jubah graduasi dengan sijil perubatan dalam genggaman aku.


Aku gembira bila terbayang aku bakal round wad di hospital dan lakukan sebaiknya untuk bakal pesakit-pesakit aku. Untuk jaga dan rawat mereka dengan semampu aku.


Aku gembira, bila terbayang muka mama dan ayah sewaktu hari pertama aku bertugas dengan labcoat tersarung. Dengan stetoskop yang tergantung. Dengan amanah yang tertimbun di bahu.


Sekarang pun, aku gembira dengan semua silibus yang banyak. Dengan semua buku yang tebal. Dengan semua exam yang buat pecah kepala. Dengan semua stress dan hardship dan emosi yang tenggelam timbul. 


Aku gembira. Serious. Aku syukur :)


---


"Untuk susah dan masalah, terpulang pada kita untuk pilih bagaimana jalan keluarnya."


"Takkan nak sia-siakan hidup buat benda separuh hati sekerat jalan?"


"Belajar untuk cintakan diri sendiri."


Ya. Belajar untuk cintakan diri sendiri.


Cinta, dan hormat pada diri sendiri.
Sebab kalau bukan kita yang buat benda terbaik untuk diri sendiri, sampai mati pun sila jangan beharap akan ada orang lakukannya untuk kita.


Mama and ayah. I'll be a daughter both of you can be proud of.


---


p/s : Minggu depan wa exam. Peace.

Oct 1, 2013

Housemates

Moga.
Cinta kasih sesama kita kekal sampai kita lupa tarikh jumpa.


Moga.
Diizinkan Dia, sama-sama capai cita pegang amanah Dr.


Amin :)