Oct 20, 2013

Bangun

Qila.


Keliling kau ada ramai manusia baik dan penuh dengan motivasi semangat untuk kau kutip, pinjam dan belajar.


Keliling kau jugak ada ramai manusia ranap yang tak pernah nak orang lain rasa apa habuk-habuk masa silam yang pernah dia rasa.


Qila. Kau kena buka mata dan buka hati.


Semua itu Allah turunkan dan pinjamkan untuk kau.
Supaya kau bersyukur sikit dengan apa yang kau ada.


Dan gembira dengan apa yang kau tak ditakdirkan untuk ada.


Sebab basically, semua itu ada baik dan buruknya untuk kau.
"Ingat senang ke kita nak dapat peluang untuk terus hidup?"


19 tahun aku hidup. Sedangkan ada orang yang 19 hari dah tak diizinkan untuk hidup.
"Kalau kau dah give up untuk hidup, kau dah ready ke untuk mati?"


.....
.....


Qila please. Bersyukur sebab masih hidup.


Itupun kau masih sibuk buang masa fikir benda yang takde relevan dan mengeluh dengan apa yang orang lain ada tapi kau takde.


Bangunlah Qila.
Pergi sujud depan Dia.


No comments: