Oct 19, 2013

Bila Entah Kau Nak Sedar

Bila aku fikir balik. Sebenarnya satu-satunya manusia yang paling susah untuk kita hormat dan jatuh cinta all over hill ialah - Diri sendiri.


Bagi akulah.
Aku tak pasti orang lain macam mana. Tapi aku dengan penuh kebodohan dan kadang-kadang tak berapa tinggi tahap rasionaliti, selalu melebihkan orang lain dari diri aku sendiri.


---


Sampai satu tahap, kebaikan itu diinjak-injak.


Macam dah terlupa apa yang kita sanggup tolak ansur demi kesenangan hati dia.
Macam tak berbaloi kita pujuk hati yang berdarah semata nak menangkan dia.


Bila kita ungkit, dikatanya minta balasan.
Bila kita diamkan, dilupanya semua yang kita buat untuk dia.


---


Kalaulah kau tahu, untuk menangkan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri itu tak terkata susahnya.


Kalaulah kau tahu, pijar telinga bila aku terpaksa telan maki hamun sendiri.


Aku bukan maki hamun pada kau. Aku maki hamun pada diri aku sendiri. Sebab aku sayang kau lebih daripada aku sayang kemahuan diri sendiri.


Kalaulah kau juga tahu dan belajar.
Susahnya untuk manusia ini memaksa diri untuk mengikhlaskan semua benda.


Jangan nak menipu. Takde sape yang 100% ikhlas kat dunia ni. Secubit sebutir mesti ada terdetik perasaan :
"Eh dulu aku dah buat untuk dia, takkan sekarang dia tak boleh tolak ansur untuk buat kat aku pulak?"


Jangan tipu.
Kita semua pernah.


Cuma banyak atau sikit, terpulang pada tahap iman masing-masing.


---
---


Dan maaf, tahap iman aku agak lemah sekarang. Hmm.


No comments: