Oct 30, 2013

Cawan Masalah

Aku pernah terbaca dalam satu post di Instagram (milik Rieza mungkin) yang mana sampai sekarang, cerita tu melekat di kepala aku.


Ceritanya lebih kurang begini.


Seorang pakar psikologi dalam satu seminar berdiri di depan untuk memberi ceramah. Dia angkat sebuah cawan yang dalamnya takde isi pun. Kemudian dia bertanya :


"Siapa boleh bagitau saya apa tafsiran bagi tindakan saya memegang cawan ini?"


Maka semua ahli psikologi dan psikiatri yang belajar bagai nak lebam tentang 'human behaviour' pun mula keluarkan macam-macam teori. Ada yang kata cawan itu akan terisi dengan molekul-molekul positif atau negetif. Ada yang kata cawan itu satu simbolik kepada semua perkara yang kita pandang remeh.


Macam-macam teori keluar.


Akhirnya pakar psikologi itu mencelah selepas hampir lima minit.


"Apa yang anda semua lihat, saya sedang memegang sebuah cawan yang ringan. Ya, sangat ringan sampai saya tak rasa apa-apa pun. Tapi cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan kalau saya memegang cawan ini selama dua minit, lima minit, setengah jam, dua jam. Agak-agaknya bagaimana perasaan saya?"


Semua hadirin yang ada bingung (sambil berfikir mungkin).


"Walaupun cawan ini ringan, tapi selepas satu tempoh yang lama saya pasti akan merasa lenguh dan sakit pada tangan yang memegang ini. Sama seperti masalah kita."


"Kadangkala satu-satu masalah itu kecil saja sifatnya. Tapi bila kita terlalu lama dan terlalu leka memikirkannya, lama-kelamaan masalah itu akan kelihatan besar dan membebankan kita."


"Jadi anggaplah masalah kita seperti cawan kosong yang ringan ini. Pegang sekejap saja. Kemudian letakkan. Mungkin masalah itu susah atau mustahil untuk diselesaikan, tapi sekurang-kurangnya taklah berat membebankan."


**********

No comments: