Oct 17, 2013

Imaginasi

Aku gembira duduk disini :)


Aku gembira duduk dan belajar disini.


Aku gembira bila setiap kali aku terbayang lima tahun lagi (insyaAllah) aku bakal pakai topi dan jubah graduasi dengan sijil perubatan dalam genggaman aku.


Aku gembira bila terbayang aku bakal round wad di hospital dan lakukan sebaiknya untuk bakal pesakit-pesakit aku. Untuk jaga dan rawat mereka dengan semampu aku.


Aku gembira, bila terbayang muka mama dan ayah sewaktu hari pertama aku bertugas dengan labcoat tersarung. Dengan stetoskop yang tergantung. Dengan amanah yang tertimbun di bahu.


Sekarang pun, aku gembira dengan semua silibus yang banyak. Dengan semua buku yang tebal. Dengan semua exam yang buat pecah kepala. Dengan semua stress dan hardship dan emosi yang tenggelam timbul. 


Aku gembira. Serious. Aku syukur :)


---


"Untuk susah dan masalah, terpulang pada kita untuk pilih bagaimana jalan keluarnya."


"Takkan nak sia-siakan hidup buat benda separuh hati sekerat jalan?"


"Belajar untuk cintakan diri sendiri."


Ya. Belajar untuk cintakan diri sendiri.


Cinta, dan hormat pada diri sendiri.
Sebab kalau bukan kita yang buat benda terbaik untuk diri sendiri, sampai mati pun sila jangan beharap akan ada orang lakukannya untuk kita.


Mama and ayah. I'll be a daughter both of you can be proud of.


---


p/s : Minggu depan wa exam. Peace.

No comments: