Nov 29, 2013

Pinjamkan

Assalamualaikum.


Genap seminggu demam panas tak kebah-kebah. Nocturnal fever. Minggu ni aku amik mc hari Isnin tapi kelas Mandarin tetap aku datang sebab ada listening test. Hari-hari selepas itu tak ubah macam ribut taufan. Suhu turun naik. Lagi-lagi bila kelas pagi sampai petang. Start pukul empat petang tu dah rasa azab gila dengan hidung berair, badan sakit-sakit and pening kepala.


It ain't easy to get through all day long with fluctuated fever and tonnes of work on your shoulder. Mana aku nak siapkan CAS presentation lagi, ILA untuk breast lump lagi, BPSS Genetics and arghhh banyak gila kerja nak kena buat memandangkan exam lagi seminggu notes pulak satu hapak tak print lagi. Sad Qila is sad.


Setiap kali balik rumah lepas kelas, aku takkan terlarat nak buat apa-apa. Tengok buku pun rasa nak muntah hijau apatah lagi nak selak hmm kirim salam siap-siap Selasa lepas aku muntah pun sebab pening kepala dengan CAS presentation. So balik rumah lepas solat maghrib dan isyak terus baring atas katil, gulung badan dalam selimut and tidur tepi kotak tisu, losyen mustajab, ubat batuk cap kelapa laut, air mineral and tong sampah. And then I'll sleep for the whole night till morning.


Asalnya minggu lepas aku balik rumah sebab mama ajak makan rambutan depan rumah yang dah masak. Masa aku balik, Wafi demam. Malam tu aku tidur dengan Wafi, macam biasa yang aku buat setiap kali aku balik rumah. Tak tersangka pulak pagi esoknya dengan aku sekali terheret demam. Sepanjang hari terlantar depan tv sambil mengerang sakit-sakit badan. Dah lama aku tak demam seteruk tu. Seingat aku, kali terakhir aku demam macam tu masa form five. Siap sembahyang baring lagi sebab kalau bangun je roboh muntah-muntah haha amekkau.


Jadi Ahad kemudian masa aku rasa aku dah sihat sikit, aku balik ke Ipoh naik bas macam biasa. Isnin tetap mc sebab nak rehat tapi arghh rupanya seminggu tak baik-baik. Makin teruk hado. Khamis lepas kelas mama suruh balik rumah and yeah, that night I was admitted to the hospital for dengue suspect.


Sepanjang seminggu aku sakit teruk macam ni, cuma mama yang setia ada dengan aku setiap malam. Kalau kat rumah, mama tidur sebelah aku. Suapkan aku makanan, ubat, dan picitkan kepala aku. Kalau kat Ipoh, mama whatsapp setiap malam tanya dah baik demam ke belum. Kejutkan aku pagi-pagi. Ingatkan aku suruh makan ubat. Pujuk aku balik sebab tak sanggup biarkan aku sakit sorang-sorang kat Ipoh. Mama ada dengan aku setiap masa tak kira mana pun aku pergi.


Jadi masa malam aku kat KPJ Selangor, ada satu masa yang mana tiba-tiba perasaan menyucuk datang yang buat aku terfikir, satu-satunya sebab aku masih rasa selamat kat dunia ni ialah mama. Tiba-tiba aku rasa kalau ditakdirkan mama pergi dulu sebelum aku, akulah orang yang paling keseorangan dalam dunia ni. Aku orang yang paling hilang arah dan hilang jiwa raga bila suatu hari nanti, takde lagi mama disisi aku sebagai orang yang paling setia sayangkan aku bila setiap yang aku sayang tak lagi ada dengan aku.


Aku terfikir keadaan bila mama pergi sebelum aku dan dada aku rasa sakit. Senak. Sebu mencucuk-cucuk tangkai hati. Aku terus rasa keseorangan. Satu perasaan yang cukup aku tak suka, benci dan trauma.


Lepas sorang demi sorang yang aku sayang hilang lenyap jauh dari hidup aku, aku dah belajar untuk buat semuanya sendiri. Untuk tak bergantung kepada sesiapa pun lagi. Untuk bina tembok yang lebih tinggi dan tebal supaya at the end, I'll be just fine without getting hurt for being left alone. I couldn't bear that feeling of trusting someone and they betrayed you in just a click. Or left you behind  to go on with their life and you're all alone again without no one to stay with you.


Cuma mama yang setia disisi aku tak kira masa. Cuma mama yang buatkan aku rasa dunia aku masih ada makna dan arah. Cuma mama yang buatkan aku rasa, masih ada seseorang yang sayangkan aku selain diri aku sendiri.


Sakitnya bila terbayang satu hari nanti, akan tiba juga masanya mama tinggalkan aku. And I'm all alone by myself. Deserted in this world.


Aku, masih belum sedia untuk ditinggalkan keseorangan lagi.
Tuhan, tolong pinjamkan mama untuk aku sampai terbalas semua sayang yang dia tabur untuk aku.


Tolong pinjamkan lama sikit lagi..

Nov 11, 2013

Debat UniKL

Lepas habis Minggu Bahasa Dan Debat MRSM Se-Malaysia dua tahun lepas, aku dah tak pasang niat untuk teruskan lagi dalam bidang perdebatan dan pidato.


Aku nak lari dan lari daripada terus dipanggil untuk masuk lagi. Sebab secara jujur, aku tak suka bahaskan atau pidatokan sesuatu yang sebenarnya aku tak setuju.


Contoh : Aku perlu bahaskan kenapa Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam perlu dibubarkan dalam peringkat pengajian tinggi. Perlu dibubarkan? Sedangkan aku TAK SETUJU. Tapi for the sake of pertandingan, aku kena setuju dan tegakkan pendirian yang orang suruh aku tegakkan.


Aku rasa macam patung. Ikut telunjuk arahan dan kenyataan yang orang suruh aku bahaskan. Macam lalang ikut arah angin.


Orang kata sesiapa yang masuk bidang perdebatan ni punya pendirian yang teguh. Ah, bagi aku langsung tak. Orang suruh kau sokong usul tu, kau sokong. Orang suruh kau bangkang usul tu, kau bangkang.
Jadi bagitau aku, mana letaknya pendirian tetap tu?


Kau sokong atau bangkang usul itu semata-mata sebab nak menang pertandingan, bukan nak menegakkan apa pendirian yang sebenarnya kau pegang.


Memang setiap usul tu ada baik dan buruknya. Ada positif dan negetifnya. Tapi aku langsung tak setuju bila kita ditetapkan untuk sokong atau bangkang satu-satu usul tu. Kenapa tak sesiapa yang sokong, pergi pihak kerajaan? Sesiapa yang bangkang, pergi pihak pembangkang? Tak kiralah kau datang mewakili universiti mana pun. Kau perdebatkan sesuatu yang kau memang pegang, kan?


---


Jadi bila minggu lepas Aus panggil aku untuk bagi nama masuk pertandingan debat yang UniKL anjurkan, aku fikir banyak kali. Last-last aku masuk sebab dah takde orang yang sanggup masuk dan benda tu wajib ada wakil dari first year.


Tengok. Aku cukup tak suka jadi lalang. Akhirnya aku masuk for the sake of benda tu wajib dan korbankan pendirian yang aku dah tulis sepanjang lebar kat atas ni.


Malam tadi Shahir whatsapp dan bagitau aku abang Aidil year three ajak masuk tournament debat. Aku yang tengah tidur termangu-mangu nak fikir apa.


Macam taknak je. Macam malas je. Macam tak suka je.
Tapi dalam hati yang paling dalam, aku rasa macam nak masuk.


(-___-)"


Sebab sebenarnya aku suka bercakap. Aku suka je jadi part of perbincangan atau apa-apa yang perlukan komunikasi. Tapi itulah. Aku cuma tak suka bila aku perlu tegakkan pendirian yang orang suruh aku tegakkan. Itu je.


Sedih tau dilema camni.

Nov 10, 2013

Saturday

Macam yang ramai sedia maklum - Aku agak anti sosial dan socially awkward sejak masuk zaman degree kat Ipoh ni. Heh.


Nak bercakap depan orang ramai takde hal.
Nak aktif group discussion takde hal.
Nak hangout pun insyaAllah kalau kena dengan waktu dan tempat, takde hal.


Tapi bila takde apa-apa untuk dibuat, aku prefer duduk rumah. Enjoy my life with my own way. Hadap buku-buku. Basuh-sidai-lipat-susun baju. Kemas bilik.


Kalau bosan, bukak 9Gag.
Nak rileks sikit, tengok Top Chef dan Law And Order SVU (aku obsessed gila dengan dua series ni).


Bukak DIY videos pastu tiru. Buat origami.
Pastu kalau penat, tidur.


What a life, Qilot. Hahaha.


Don't get me wrong. I ain't hate going anywhere out of my house (at Ipoh). Its just I came here to study therefore I shall purified my intention and focus on the main purpose I came here. I've done several mistakes at UM back then, and I know well the consequences of being socially active, going out here and there and eventually waste a big portion of my money on some clothes or fast food.


I really learn things from the hard way =(


So when I stepped myself here, I'm hoping for a better management of me. Aku keluar untuk merasa semua landmark yang ada kat Ipoh. Sekadar pergi sekali untuk merasa cukup dan "Oh dah, aku dah pegi dah." Heh heh. Apart from that, lemme just stay here at the inside and get some books to read. Sumpah kau noob Qila, sumpah.


Hahaha.
Serious. Kalau niat nak amik medic tapi selalu malas baca buku, sila bersedia nak repeat paper final exam nanti. Kalau repeat paper pun fail, sila bersedia nak repeat the whole year. Ini serious.


Oh and by the way, malam ni aku dan housemates yang sama anti sosial keluar pergi Kinta Riverfront makan burger besor :)

Nov 9, 2013

Kawan (Syifa)

Untuk Syifa.
2011-2012 and beyond.


**********


Thank you for always be there for me.


Mungkin hampir dua tahun lepas kita tinggalkan zaman sekolah. And only God knew how much stories we've been missing apart. Takde lagi kau untuk aku menangis tiba-tiba out of sudden. Takde lagi kau untuk dengar semua cerita aku tanpa judge apa-apa. Takde lagi kau untuk faham dan tak rasa pissed off bila aku kadang-kadang emo pagi Isnin.


Takde lagi kau untuk jadi air bila aku jadi api.


:(


Aku cuma nak bagitau, terima kasih sebab sampai sekarang pun kau masih tak jemu tanya khabar aku walaupun kau dah sedia maklum aku selalu terlupa nak balas mesej/whatsapp/IM/tweet orang. Apa nak buat kawan kau Qilot Syahinot ni memang suka buat multitasking sampai kadang-kadang ada benda yang tercicir huahuahua me is sad.


Terima kasih sebab jadi salah sorang yang bersama aku sepanjang aku dari jalan bengkok sampai sekarang (walaupun belum lurus tapi dah kurang bengkok syukur weh). Terima kasih sebab sudi usap bahu aku bila kadang-kadang masa lepas yang gelap tu datang balik dan aku cuma nak seseorang dengar bila aku sendiri tak boleh pujuk diri aku.


Aku harap kau selalu tahu dan ingat yang aku selalu doakan segala yang terbaik di dunia dan seterusnya untuk kau. Untuk semua cabang hidup yang kau dan aku rasa, aku akan pastikan kita takkan tercicir antara satu sama lain. Kau dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku, tapi kita tetap boleh cerita perkembangan masing-masing.


Aku nak bila orang tanya aku "Weh Syifa camne sekarang? Ada berita tak?" - Aku nak jawab "Oh, Syifa sekarang camni camni... Pastu haritu dia sekian sekian..."


Bukan "Oh, emmm. Tak sure sangat. Lama tak contact."


Kita terpisah jarak - Tapi sampai sekarang kau tetap valuable dalam hati aku tau :)


Moga Dia jaga kau untuk semua yang kau lalui, kawan.
Forever sisters yo!


Nov 5, 2013

Salam Maal Hijrah dan Salam Perubahan

Kalau dulu kat PASUM, pantang ada public holiday mesti kaki aku tak duduk diam dalam bilik. Nak berjalan je kerjanya. Tak kisahlah pergi Mid Valley ke, Shah Alam ke, main ice skating kat Sunway ke. Kadang asal dapat keluar makan luar dari kawasan UM pun jadilah.
Yang pasti aku memang tak lekat dalam bilik. Hahaha.


Sekarang duduk kat Ipoh, lain ceritanya. Pantang ada cuti : MESTI MELEKAT KAT RUMAH. Hahaha.
Selagi boleh duduk rumah, aku memang nak balik rumah. Kalau kelas habis awal, satu rumah memang kerjanya nak balik rumah cepat-cepat. Cari kedai makan untuk beli makanan, pastu pecut balik rumah. Kalau dah malas sangat, masak nasi dengan sardin kat rumah je. Kalau lagi malas? Balik terus terjun katil. Akulah tu muahaha.


Hari ini Awal Muharam.


Dari pukul 10 pagi sampai sekarang, aku duduk tegak menghadap buku Malaysian Studies. Esok exam punya hal. Tangan pula kejap-kejap capai air. Kejap-kejap capai biskut. Kejap-kejap capai jelly dalam storage box. Tapi punggung tak beralih dari kerusi. Punyalah malas.


Ada baiknya aku duduk jauh dari segala jenis public transport dan shopping mall. Takdelah duit mengalir macam air. Pastu balik kolej buntu sebab nak makan pun dah tak cukup duit hahaha (sebab tu kat PASUM dulu aku kurus lol)


Aku tengah cuba perlahan-lahan nak get rid of my shophaholic trait. Perlahan-lahan. Biar lambat asalkan matlamat tercapai :)


Bukan shophaholic je. Semua benda pun aku perlu perbetulkan perlahan-lahan. Macam yang kawan baik aku si Dilla pernah kata : "I need to find my old self back. The better me."


Sebab sebenarnya, selama ini apa yang buat adalah salah. Aku berubah seperti ini - Seperti hari ini, lebih banyak disebabkan aku cuba untuk jadi macam dia. Cuba untuk jadi orang yang pandai macam dia. Tegas macam dia. Mesra macam dia. Baik macam dia. Penyayang macam dia. Disukai ramai macam dia. Berkepimpinan macam dia. Telus macam dia.


Even sampai ke India dia pergi pun, aku masih nak kejar supaya dapat belajar di sana sama macam dia.
Dia yang aku tak pernah sebutkan nama dalam blog ini.


Kalau dulu mungkin perasaan suka pada dia yang buatkan aku cuba ubah diri aku jadi lebih baik, hari ini aku rasa tidak lagi. Hari ini, perasaan suka itu mungkin lebih kepada kagum. Lebih kepada aku cuba nak contohi dia. Lebih kepada aku kagum kepada seseorang yang dah jadi macam navigation aku.


Apa saja jenis kebaikan yang dia buat : Aku tapis, kutip dan cuba contohi.
Apa saja jenis keburukan yang dia buat : Aku nilai dan cuba belajar cara untuk jadikannya positif.


Kalau dulu dia orang yang aku suka, hari ini dia orang yang aku admire. Kalau dulu dia impian, sekarang dia pedoman.


**********


Ada baiknya juga kau punya perasaan suka kepada seseorang. Dalam usaha kau cuba kejar supaya dia nampak kau, secara tak langsung kau dah memajukan diri kau sendiri. Secara tak langsung, kau berubah jadi lebih baik berbanding dulu. Tanpa kau sedar jugak sebenarnya masa dan usia akan buatkan kau sedar : Banyak mana perasaan suka kepada seseorang bukan segala-galanya. Tapi sejauh mana kau dewasa dengan perasaan itu. Dan sejauh mana kau dah melangkah walaupun sebenarnya kau tak sedar.


Semua yang mendewasakan kau boleh jadi disebabkan oleh perasaan suka kepada seseorang yang kau pernah kenal.


Simple je kan?


Tapi dari situ kau perlu kawal diri kau. Sebab lebih banyak perubahan negative yang kau boleh dapat melalui perasaan suka kepada seseorang. Kau nak dia nampak kau - Jadi kau hanyut dengan perasaan tu. Kau boleh buat banyak benda bodoh hanya disebabkan kau nak tunjuk pada dia yang kau suka dia.
Kalau dia balas perasaan kau, lagi parah. Maka jadilah seperti kebanyakan budak-budak yang kita nampak. Jaja kisah di You Tube. Tayang mesra depan public tanpa rasa malu. Lebih teruk, sanggup buang mak ayah sendiri semata-mata nak menangkan buah hati kesukaan.


Nauzubillah.


Mesej utama aku bukanlah untuk menyeru manusia untuk sukakan seseorang semata-mata nak dapatkan inspirasi atau hala tuju. Bila kau berniat untuk berubah kerana SEORANG MANUSIA, kau akan jatuh semangat bila dia tinggalkan kau satu hari nanti. Bukan itu mesej aku.


Mesej aku ialah, perasaan suka kepada seseorang sebenarnya boleh bantu kau mendewasakan diri - kalau kau pandai gunakan dan kawal perasaan itu. Dan bila kau dah cukup dewasa dan belajar, perlahan-lahan kau akan sedar - bila kau mampu berubah sebegitu banyak semata kerana seseorang yang kau suka, bayangkan berapa banyak perubahan yang kau boleh lakukan pada diri kau bila yang kau suka dan kau sayang itu ialah Allah.


:)


Sebab bila kau dah dewasa, kau dah pandai untuk bezakan mana baik dan mana buruk. Mana kekal dan mana sementara. Mungkin perasaan suka itu masih ada, tapi kali ini kau bukan ubah diri kau kerana dia. Kau ubah diri kau kerana kau mahu jadi yang terbaik untuk diri kau. Untuk Dia, yang Maha Menyayangi dan yang berkuasa bagi petunjuk melalui cara yang paling tak tersangka oleh kau.


Sebab cara Dia beri jalan itu unik. Tak terduga. Siapa sangka hanya kerana sukakan seseorang, kau mampu jumpa jalan untuk kembali pada Dia. Mungkin Dia akan hilangkan perasaan suka itu, tapi yang pasti Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Siapa tahu mungkin kau juga pernah jadi inspirasi kepada seseorang untuk berubah, kan?



Perasaan suka dan sayang itu fitrah.
Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan kau nak menghalalkan maksiat hati. Yang haram tetap haram.


Selagi boleh cuba elak - Elak lah.


Sebab itu perasaan suka atau sayang sebaiknya disimpan je dalam hati. Jangan diheboh. Doa je pada Dia. Dia tahu apa yang terbaik :)


Jadi untuk itu, aku nak berterima kasih kepada dia yang aku pernah suka. Mungkin masih suka tapi tak apa. Perlahan-lahan, kan?


Salam dari aku yang pernah buat banyak kesilapan sepanjang 19 tahun merantau bumi Allah dan tulis semula kisah ini untuk dijadikan pedoman supaya orang-orang yang pernah alami nasib sama seperti aku akan lebih kuat untuk mencari Dia.


Salam Maal Hijrah.
Dari aku yang tengah fikir nak makan apa untuk lunch.
Hihi :)

Nov 3, 2013

Ucap Sayang

Assalamualaikum. Hai.


Haritu tiba-tiba Obie random tanya aku. "Kau selalu tak tunjukkan perasaan sayang kat parents kau?"


Aku tengah makan biskut masa tu. Aku angguk. "Aku tak cakap face to face. Peluk cium pun tak. Tapi aku tunjuk je dari random action."


"Contoh?"


"Kalau ayah aku masak untuk anak-anak, aku makan depan dia sungguh-sungguh. Kalau mak aku buangkan sampah bilik aku, aku gosokkan baju dia. Benda-benda simple camtu je. Tak semestinya kena cakap baru nak tunjuk yang kita sayang dorang."


"Yelah, tapi malu kot. Aku nak cakap I love you dalam phone boleh lah. Depan-depan awkward gila."


Aku senyum je. Boleh kata hampir semua anak-anak sebenarnya ada masalah malu nak cakap pada parents yang kita sayang mereka. Alah aku pun sama.


Dalam blogpost, Twitter ke Pesbuk ke senang je nak tulis 'I love you mom and dad' tapi kalau kat rumah susah jugak. Dengan kawan ke, boipren (which I don't have haha) ke, gelpren ke, senang je nak cakap I love you. Siap berjanji sehidup semati susah senang bersama lagi.



Tapi mak ayah?
Krik krik krik.



**********



Aku ada terfikir jugak.


Sebenarnya yang buat kita rasa malu atau rasa tak perlu nak luahkan sayang kita pada mak ayah adalah : Kita tau dan yakin yang mak ayah takkan tinggalkan kita.



Tak kira apa kita buat, mak ayah ialah manusia yang paling menerima kita dalam apa keadaan sekalipun. Kita anak-anak ni tau yang mak ayah takkan tinggalkan atau tikam belakang atau khianati kepercayaan kita pada mereka.


Sebab tu kita rasa perkataan "Saya sayang mak dan ayah" tu tak perlu.



Tapi lain bila dengan kawan atau boipren atau gelpren.


Senang je nak sebut perkataan "Aku sayang kau weh".
Sebab kita takut dorang took step away daripada kita. Yelah cuba kau bayangkan boipren gelpren yang tak pernah cakap perkataan sayang. Mestilah bosan ye tak? Haha.



Entah aku tak tau sangat bab-bab ni. Aku tak merujuk pada sesiapa. Ini berdasarkan apa yang aku selalu dengar dan baca lah. Yelah hidup kan berdasarkan pengalaman orang jugak. Kita kutip - Kita belajar.


Hati kawan kita jaga. Kita susun kemas-kemas biar tak tersakitkan mereka. Tapi hati mak ayah? :(


Sebab itulah aku cuba mengingatkan diri aku, dan diri orang lain yang aku kenal juga. Jangan malu untuk tunjuk/cakap yang kita sayangkan mak ayah kita. Biar kita muka tembok dengan mak ayah. Biar tiba-tiba mak ayah pening tengok pe'el lain macam kita. Tak apa.


Dengan orang yang berpotensi tinggalkan kita masa susah dan lupakan kita - Kita cakap sayang.


Tapi dengan orang yang sentiasa ada untuk kita, sentiasa tak berkira duit dan harta, sentiasa sokong kita, sentiasa doakan kita dalam sembahyang - Kita malu cakap sayang.


Atau lebih teruk, tak sayang langsung.


**********


Jadi marilah kita beramai-ramai tunjuk dan cakap rasa cinta kasih kita pada mak ayah. Tunjuk, walaupun sikit yang kita berterima kasih kepada mereka.


Sebelum mak ayah pergi selamanya dan ucap sayang itu kita boleh layarkan pada angin saja :(