Nov 11, 2013

Debat UniKL

Lepas habis Minggu Bahasa Dan Debat MRSM Se-Malaysia dua tahun lepas, aku dah tak pasang niat untuk teruskan lagi dalam bidang perdebatan dan pidato.


Aku nak lari dan lari daripada terus dipanggil untuk masuk lagi. Sebab secara jujur, aku tak suka bahaskan atau pidatokan sesuatu yang sebenarnya aku tak setuju.


Contoh : Aku perlu bahaskan kenapa Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam perlu dibubarkan dalam peringkat pengajian tinggi. Perlu dibubarkan? Sedangkan aku TAK SETUJU. Tapi for the sake of pertandingan, aku kena setuju dan tegakkan pendirian yang orang suruh aku tegakkan.


Aku rasa macam patung. Ikut telunjuk arahan dan kenyataan yang orang suruh aku bahaskan. Macam lalang ikut arah angin.


Orang kata sesiapa yang masuk bidang perdebatan ni punya pendirian yang teguh. Ah, bagi aku langsung tak. Orang suruh kau sokong usul tu, kau sokong. Orang suruh kau bangkang usul tu, kau bangkang.
Jadi bagitau aku, mana letaknya pendirian tetap tu?


Kau sokong atau bangkang usul itu semata-mata sebab nak menang pertandingan, bukan nak menegakkan apa pendirian yang sebenarnya kau pegang.


Memang setiap usul tu ada baik dan buruknya. Ada positif dan negetifnya. Tapi aku langsung tak setuju bila kita ditetapkan untuk sokong atau bangkang satu-satu usul tu. Kenapa tak sesiapa yang sokong, pergi pihak kerajaan? Sesiapa yang bangkang, pergi pihak pembangkang? Tak kiralah kau datang mewakili universiti mana pun. Kau perdebatkan sesuatu yang kau memang pegang, kan?


---


Jadi bila minggu lepas Aus panggil aku untuk bagi nama masuk pertandingan debat yang UniKL anjurkan, aku fikir banyak kali. Last-last aku masuk sebab dah takde orang yang sanggup masuk dan benda tu wajib ada wakil dari first year.


Tengok. Aku cukup tak suka jadi lalang. Akhirnya aku masuk for the sake of benda tu wajib dan korbankan pendirian yang aku dah tulis sepanjang lebar kat atas ni.


Malam tadi Shahir whatsapp dan bagitau aku abang Aidil year three ajak masuk tournament debat. Aku yang tengah tidur termangu-mangu nak fikir apa.


Macam taknak je. Macam malas je. Macam tak suka je.
Tapi dalam hati yang paling dalam, aku rasa macam nak masuk.


(-___-)"


Sebab sebenarnya aku suka bercakap. Aku suka je jadi part of perbincangan atau apa-apa yang perlukan komunikasi. Tapi itulah. Aku cuma tak suka bila aku perlu tegakkan pendirian yang orang suruh aku tegakkan. Itu je.


Sedih tau dilema camni.

No comments: