Nov 29, 2013

Pinjamkan

Assalamualaikum.


Genap seminggu demam panas tak kebah-kebah. Nocturnal fever. Minggu ni aku amik mc hari Isnin tapi kelas Mandarin tetap aku datang sebab ada listening test. Hari-hari selepas itu tak ubah macam ribut taufan. Suhu turun naik. Lagi-lagi bila kelas pagi sampai petang. Start pukul empat petang tu dah rasa azab gila dengan hidung berair, badan sakit-sakit and pening kepala.


It ain't easy to get through all day long with fluctuated fever and tonnes of work on your shoulder. Mana aku nak siapkan CAS presentation lagi, ILA untuk breast lump lagi, BPSS Genetics and arghhh banyak gila kerja nak kena buat memandangkan exam lagi seminggu notes pulak satu hapak tak print lagi. Sad Qila is sad.


Setiap kali balik rumah lepas kelas, aku takkan terlarat nak buat apa-apa. Tengok buku pun rasa nak muntah hijau apatah lagi nak selak hmm kirim salam siap-siap Selasa lepas aku muntah pun sebab pening kepala dengan CAS presentation. So balik rumah lepas solat maghrib dan isyak terus baring atas katil, gulung badan dalam selimut and tidur tepi kotak tisu, losyen mustajab, ubat batuk cap kelapa laut, air mineral and tong sampah. And then I'll sleep for the whole night till morning.


Asalnya minggu lepas aku balik rumah sebab mama ajak makan rambutan depan rumah yang dah masak. Masa aku balik, Wafi demam. Malam tu aku tidur dengan Wafi, macam biasa yang aku buat setiap kali aku balik rumah. Tak tersangka pulak pagi esoknya dengan aku sekali terheret demam. Sepanjang hari terlantar depan tv sambil mengerang sakit-sakit badan. Dah lama aku tak demam seteruk tu. Seingat aku, kali terakhir aku demam macam tu masa form five. Siap sembahyang baring lagi sebab kalau bangun je roboh muntah-muntah haha amekkau.


Jadi Ahad kemudian masa aku rasa aku dah sihat sikit, aku balik ke Ipoh naik bas macam biasa. Isnin tetap mc sebab nak rehat tapi arghh rupanya seminggu tak baik-baik. Makin teruk hado. Khamis lepas kelas mama suruh balik rumah and yeah, that night I was admitted to the hospital for dengue suspect.


Sepanjang seminggu aku sakit teruk macam ni, cuma mama yang setia ada dengan aku setiap malam. Kalau kat rumah, mama tidur sebelah aku. Suapkan aku makanan, ubat, dan picitkan kepala aku. Kalau kat Ipoh, mama whatsapp setiap malam tanya dah baik demam ke belum. Kejutkan aku pagi-pagi. Ingatkan aku suruh makan ubat. Pujuk aku balik sebab tak sanggup biarkan aku sakit sorang-sorang kat Ipoh. Mama ada dengan aku setiap masa tak kira mana pun aku pergi.


Jadi masa malam aku kat KPJ Selangor, ada satu masa yang mana tiba-tiba perasaan menyucuk datang yang buat aku terfikir, satu-satunya sebab aku masih rasa selamat kat dunia ni ialah mama. Tiba-tiba aku rasa kalau ditakdirkan mama pergi dulu sebelum aku, akulah orang yang paling keseorangan dalam dunia ni. Aku orang yang paling hilang arah dan hilang jiwa raga bila suatu hari nanti, takde lagi mama disisi aku sebagai orang yang paling setia sayangkan aku bila setiap yang aku sayang tak lagi ada dengan aku.


Aku terfikir keadaan bila mama pergi sebelum aku dan dada aku rasa sakit. Senak. Sebu mencucuk-cucuk tangkai hati. Aku terus rasa keseorangan. Satu perasaan yang cukup aku tak suka, benci dan trauma.


Lepas sorang demi sorang yang aku sayang hilang lenyap jauh dari hidup aku, aku dah belajar untuk buat semuanya sendiri. Untuk tak bergantung kepada sesiapa pun lagi. Untuk bina tembok yang lebih tinggi dan tebal supaya at the end, I'll be just fine without getting hurt for being left alone. I couldn't bear that feeling of trusting someone and they betrayed you in just a click. Or left you behind  to go on with their life and you're all alone again without no one to stay with you.


Cuma mama yang setia disisi aku tak kira masa. Cuma mama yang buatkan aku rasa dunia aku masih ada makna dan arah. Cuma mama yang buatkan aku rasa, masih ada seseorang yang sayangkan aku selain diri aku sendiri.


Sakitnya bila terbayang satu hari nanti, akan tiba juga masanya mama tinggalkan aku. And I'm all alone by myself. Deserted in this world.


Aku, masih belum sedia untuk ditinggalkan keseorangan lagi.
Tuhan, tolong pinjamkan mama untuk aku sampai terbalas semua sayang yang dia tabur untuk aku.


Tolong pinjamkan lama sikit lagi..

No comments: